HALAMAN HIBURAN
SIAPA tidak kenal dengan pelakon, Adam Corrie yang sememangnya popular menerusi watak ‘Dragon’ dalam filem aksi KL Gangster ini.
Pelakon yang lebih mesra disapa dengan nama panggilan Corrie ini melahirkan rasa syukur apabila perkongsian di media sosial berjaya memberi inspirasi kepada banyak pihak termasuk golongan mualaf sepertinya.
Ekoran itu, beliau berharap perkongsian yang menceritakan pengalaman sendiri sebagai saudara baharu, sedikit sebanyak mampu bantu menarik minat mereka yang ingin mendalami agama Islam secara lebih dekat.
“Ada yang menghantar mesej secara peribadi meminta saya membawa pasangan mereka untuk mendalami agama dengan lebih dekat, terutama bagi menarik golongan mualaf seperti saya.
“Bukan tempat saya sebenarnya untuk menyedarkan orang mengenai agama Islam, sebaliknya perkara itu harus wujud atas kesedaran sendiri. Oleh itu, saya menjelaskan perkongsian yang dibuat sekadar berkongsi keindahan Islam.
“Saya sendiri masih perlu banyak belajar. Setiap Jumaat, saya menghadiri kelas menuntut ilmu daripada mereka yang berpengetahuan dalam agama,” katanya dipetik BH Online.
Alhamdulillah , saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah - Saudara Kita peringkat Negeri Selangor . . Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya. La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) Alhamdulillah . Salam Maal Hijrah 1439h buat semua. #adamcorrie#maalhijrah #sayaBukanUstaz #sayaArtis
SEPTEMBER 21, 2017
Dalam pada itu, tambah pengerusi program Usrah Fitrah ini lagi, jika ada rakan artis ingin mendalami Islam dalam skala kecil, mereka boleh berbuat demikian dengan hadiri perjumpaan program itu diadakan setiap minggu.
“Mungkin ada dalam kalangan selebriti yang ingin belajar, namun segan hadiri kelas secara terbuka. Kami menyediakan platform untuk dalami agama dalam skala kecil, khas bagi golongan yang dikenali ini,” tambahnya.
Untuk rekod, pelakon berusia 49 tahun ini memeluk Islam pada Julai 2007 dan beliau juga dikatakan telah berjaya menarik kira-kira 15 orang bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak bergelar mualaf. (IH)
“Mungkin ada dalam kalangan selebriti yang ingin belajar, namun segan hadiri kelas secara terbuka. Kami menyediakan platform untuk dalami agama dalam skala kecil, khas bagi golongan yang dikenali ini,” tambahnya.
Untuk rekod, pelakon berusia 49 tahun ini memeluk Islam pada Julai 2007 dan beliau juga dikatakan telah berjaya menarik kira-kira 15 orang bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak bergelar mualaf. (IH)
3 comments:
MOGA2 ALLAH MEMBERKATI ADAM CORRIE. SEWAKTU ADAM CORRIE BERDAKWAH, PADA MASA YG SAMA HANIPA PAN BIKIN ONAR DENGAN MEMBELA ATHEIST. MARI KITA BACA SERTA LINK DI BAWAH
http://www.ismaweb.net/2017/11/29/apa-sudah-jadi-dengan-hanipa-maidin-pemimpin-parti-pan/
‘Apa Sudah Jadi Dengan Hanipa Maidin Pemimpin Parti PAN’
BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – “Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?”
Demikian persoalan dilontarkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berikutan kontroversi pemimpin parti PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berhubung isu membela ateisme.
Beliau turut berasa hairan dengan pendirian Hanipa sebelum ini, terutama ketika berada di dalam PAS, yang begitu lantang memperjuangkan hukuman bunuh ke atas umat Islam yang murtad.
Bagi, Dr Kamarul, Hanipa kini bukan sahaja tidak lagi berani memperkatakan mengenai kemurtadan anak muda Melayu atau penyebaran ateisme di kalangan mereka, malah mengatakan ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hujah bahawa ateisme dilindungi Perlembagaan Malaysia adalah menyimpang daripada fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
“Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.
“Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, menurut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.
“Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang,” katanya.
Mengimbau kembali suatu masa dahulu, Dr Kamarul berkata, ketika Hanipa masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an.
“Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membandingkan tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?
“Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.
“Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian,” katanya.
Share With:
SEWAKTU ORANG BERDAKWAH, PAN MAHU HARGA ARAK MURAH DENGAN CUKAI RENDAH
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/
PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum
ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.
“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,†katanya yang dipetik Free Malaysian Today.
“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,â€Â tambahnya lagi.
Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.
Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.
Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.
Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.
Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosaâ€, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC
SYABAS DAN TAHNIAH UNTUK SAUDARA ADAM CORRIE kerana gigih berdakwah menyeru manusia ke jalan yang benar. Semoga Allah memberkati saudara sekeluarga. Amin.
Post a Comment