Tuesday, February 27, 2018

1000 Pemuda Bersatu Merbok Pula Kecewa..



SUNGAI PETANI- Selepas 11 ahli Pemuda Bersatu Jerai meluahkan kekecewaan terhadap kepimpinan parti itu minggu lalu, hari ini sembilan lagi ahli Pemuda Bersatu Merbok turut melakukan perkara sama.
Jurucakap, Mohd Adam Mohd Ali, 26, mendakwa, mereka mewakili suara kira-kira 100 orang yang enggan mendedahkan diri, tapi inginkan penjelasan berhubung dua isu penting iaitu melibatkan Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ahli kecewa apabila isu dibangkitkan oleh ahli Bersatu Jerai berhubung kekayaan luar biasa keluarga Tun tidak dijawab dengan jujur dan konsisten malah isu presiden membabitkan skandal isteri orang juga masih belum dijawab.

“Kami sarankan Presiden Bersatu menyaman pihak yang menuduhnya terlibat dalam hal yang mengakibatkan keruntuhan keluarga Nika Gee. Saman suaminya menamakan Presiden Bersatu antara punca beliau bercerai dengan isterinya,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media khas PPBM Pusat....(Tun/Tan Sri) 'Jangan Pecat Keahlian Kami Hanya Kerana Bertanya' di Kelab Cinta Sayang, sebentar tadi. Menurut Mohd Adam, perkara berbangkit yang tiada penjelasan itu sedikit sebanyak mengganggu tugas ketika berkempen sewaktu pilihan raya kelak.

“Apa kami nak jawab jika pengundi tanya bagaimana anak Tun Mahathir boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia?
“Betulkah Tan Sri Muhyiddin punca perceraian keluarga itu, nama Tan Sri disebut dalam mahkamah.
“Jawablah. Jaga parti baik-baik sebelum kritik parti lain. Jangan bagi orang kata kepada parti, serta masalah kepimpinan parti juga, wajib jujur dan tulus kepada ahli di bawah.
“Jangan kami diminta berkorban tenaga dan wang ringgit tapi kepimpinan atas bagai maharaja.
“Malam minta derma tapi siangnya naik jet ke sana sini,” dakwanya.
Beliau juga kesal apabila rakan Bersatu Jerai yang mengadakan sidang media sebelum ini dianggap pengkhianat serta diugut bakal dikenakan tindakan tatatertib.
“Parti sudah bermasalah dengan pihak RoS dan kami tidak mahu parti ini diharamkan seperti Umno diharamkan sewaktu Tun Mahathir menjadi presiden Umno dulu,” katanya.

Menurut Adam, semua mereka adalah ahli biasa Bersatu Merbok dan sudah berdaftar sebagai ahli kira-kira dua tahun lalu.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

4 comments:

  1. PAKAT-PAKAT KECEWA MENCARI-CARO HARAPAN

    https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/01/372682/pemuda-pan-kelantan-kecewa

    Pemuda PAN Kelantan kecewa

    KOTA BHARU: Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan kecewa kerana parti itu hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Ketuanya, Hazmi Hassan, berkata pengagihan kerusi itu tidak boleh dianggap sebagai satu berita yang memuaskan hati penyokong pakatan pembangkang khususnya PAN.

    "Kami agak kecewa dengan bilangan kerusi yang diumumkan itu dan tidak dinafikan ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

    "Bagaimanapun, kami kena menganggap itu adalah proses biasa dan hanya mampu letakkan senyuman bagi memastikan kemenangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Semalam, konvensyen pembangkang mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung membabitkan 165 kerusi iaitu 52 kerusi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).

    ReplyDelete
  2. http://www.kedahnews.com/2018/01/kecewa-pemimpin-pan-makin-meluap-desak.html

    Kecewa Pemimpin PAN Makin Meluap, Desak PH Agih Semula Kerusi PRU14

    PARTI Amanah Negara (PAN) yang ternyata tidak puas hati dengan pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang mendesak Pakatan Harapan mengatur semula kerusi yang diberikan kepada parti itu.

    Presiden PAN, Mohamad Sabu sebeum ini berharap agar kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dapat memberi lebih banyak kerusi negeri kepada parti itu dalam PRU14 nanti.

    Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan berunding dengan pimpinan Pakatan Harapan selepas ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

    "Ya, kita akan runding untuk dapat lebih kerusi negeri dalam PRU14 nanti,"ujarnya lagi ketikaditanya tentang kerusi yang sedikit diperolehi PAN.


    Sementara itu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mencadangkan platform Pakatan Harapan digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam parti itu.

    Salahuddin berkata, dua perkara akan dibawa ke meja rundingan iaitu “Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi.

    “Jalan penyelesaian kepada situasi sekarang adalah melalui Harapan iaitu kita atur balik kerusi yang kita rasa boleh berbincang tentang faktor kemenangan dan masih ada kerusi-kerusi negeri masih dalam proses rundingan. Masih ada jalan keluar dan dapat kita selesaikan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

    Pada Ahad lepas PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor. Turut menyuarakan protes ialah pemimpin PAN Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

    Salahuddin berkata, beliau menghormati pendirian PAN Johor dan sesetengah individu yang rasa kecewa dalam soal pembahagian kerusi.

    “Itu hak mereka dan kekecewaan mereka kerana PAN ditubuhkan di Johor tetapi hanya dua kerusi diperuntukkan kepada parti ini.

    Namun Salahuddin yakin protes itu tidak akan meruntuhkan PakatanHarapan yang telah dibina selama ini.

    Di samping itu, kata beliau rasa tidak puasa hati tersebut masih berada dalam kerangka demokrasi dan tidak akan menjurus kepada perpecahan dalam PAN.

    Sebelum ini, Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan mahu mereka yang tidak puas hati itu bincangkan perkara itu dalam parti mereka.

    " Semua parti tidak akan merasa puas hati kerana kurang atau tak dapat kerusi, " kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu.


    PPBM yang tidak mempunyai kerusi Parlimen kecuali Pagoh, Johor yang dimenangi atas tiket BN pada PRU13,bagaimanapun 'dikurniakan' 52 kerusi Parlimen berbanding PAN (2 kerusi) walaupun kedua-kedua parti itu baharu ditubuhkan.

    PAN berhak menuntut kursi yang lebih atau adil kerana parti itu melakukan pergorbanan yang tinggi dengan memberikan sokongan pada kepada DAP dan PPBM untuk menjatuhkan kerajaan BN, khususnya UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Ia menjadi matlamat utama perjuangan Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang walaupun kedua mereka saling bermusuhan pada masa dahulu,. - Kedahnews.com

    ReplyDelete
  3. http://www.1media.my/2018/01/pan-ibarat-rumah-siap-pahat-masih.html

    PAN IBARAT RUMAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI?

    Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam 7 Januari lalu memutuskan PPBM bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala PAN (27) bagi kerusi parlimen di Semenanjung.

    Belum apa-apa Parti Amanah Negara (PAN) buat kecoh kononnya kecewa sangat dengan pembahagian kerusi dalam Muafakat Pakatan Harapan ni. Pada hal, DAP pun banyak juga “bertolak ansur” bila mereka hanya tinggal 35 kerusi daripada 36 kerusi yang ditandingin di Semenanjong pada PRU ke-13 yang lepas.

    Di kalangan PAN, paling tidak mencerminkan Muafakat PH adalah PAN Johor bila sanggup melakukan boikot. “Ini (boikot konvensyen) sebagai signal supaya Pakatan Harapan lebih adil dalam agihan kerusi. Daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kita hanya dapat dua, tak sampai 10 peratus jumlah keseluruhan.


    Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, parti itu kecewa apabila hanya diberikan dua kerusi Parlimen iaitu Pulai dan Parit berbanding dengan lima kerusi yang diminta termasuk Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.

    Aminolhuda menegaskan, kelima-lima kerusi parlimen yang diminta parti itu majoriti pengundi Melayu dan ditandingi calon dari PAS dalam PRU lalu.

    Begitu juga dengan PAN Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14 akan datang dengan hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk PAN di negeri itu iaitu di Temerloh tetapi permintaan PAN Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu, Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan begitu sahaja.

    PAN ni boleh diibaratkan, rumah siap, pahat masih berbunyi. Di Perak pun dilaporkan tidak berpuashati dengan 4 kerusi, iaitu Parit, Parit Buntar, Bukit Gantang dan Lumat. Nampak paling malang. seolah-olah tak wujud langsung bila tidak ada diberikan satu kerusi pun untuk ditandingi pada PRU ke-14 adalah PAN Wilayah Persekutuan dan Perlis.

    ReplyDelete
  4. Amaran: Jangan banyak bertanya pada mahafiraun bimbang kerusi terbang seperti yang telah berlaku dalam program everything to hide.

    ReplyDelete