Sunday, February 04, 2018

12 Maut, Makan Daging Lembu Beracun Ular Berbisa. Ini Tafsirnya!

12 maut makan daging lembu yang mati dipatuk ular


JOHANNESBURG: Sejumlah 12 orang dilaporkan mati setelah memakan daging seekor lembu yang mati dipatuk ular tedung selar.

Mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak dan tujuh warga emas, lapor portal All Africa.


Mangsa adalah antara 60 penduduk kampung Mpoza di Afrika Selatan yang dikejarkan ke hospital pada Jumaat akibat keracunan berpunca daripada daging tercemar itu.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa termasuk 16 kanak-kanak dari kampung tersebut mengalami cirit-birit dan muntah-muntah dan kini dirawat di Hospital Wilayah Mthatha dan Hospital Akademik Nelson Mandela.

Menurut kenyataan pihak hospital, daging lembu yang dimakan mangsa masih mengandungi racun ular berbisa itu walaupun ia telah dimasak.

Pihak berkuasa tempatan dalam pada itu dikatakan telah mengeluarkan arahan agar penduduk tidak memakan haiwan yang ditemukan mati tanpa mengetahui puncanya. (AA)

Hasil carian imej untuk ular beracun dalam daging lembu
Hasil carian imej untuk politik DAP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam politik pilihan raya di negara ini, bolehkah peristiwa di atas ditafsir begini?

Kerana ada sebahagian dari orang Islam yang memakan 'dedak DAP'  (contohnya seperti 'lebai celop DAP', tukang canang upahan DAP, Ustaz celop &tak celop upahan DAP, Anak Cina yang di'melayu'kan DAP, orang Melayu di'Cina'kan, bekas pemimpin negara tertolak dll).... 

Kerana adanya mereka, berperanan sebagai racun ular berbisa dalam daging lembu yang asalnya bersih halal, sudah menjadi virus yang merosakkan sendi-sendi agama Islam itu sendiri. 

Apa rosaknya? 

Negara yang sejak merdeka diperintah berketuakan  umat Islam, boleh bertukar kepada 'kuasa yang bukan Islam'.. Kalau ini berlaku, bahayanya lebih besar berkali-kali-kali ganda dari tragedi '12 maut makan daging lembu..' itu.

Sekian, acah-acah aje.

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

6 comments:

  1. Daging bail dimakan manakala bangkai adalah mudharat dan hukumnya najis.
    Memilih biar mesra Islam dan bukan anti Islam

    http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

    ReplyDelete

  2. Salah dap...?


    BERLIN: Sebuah mahkamah tempatan di Jerman mengeluarkan arahan tiada lagi laungan azan menggunakan pembesar suara ketika solat Jumaat selepas sepasang suami isteri yang bertindak memfailkan saman baru-baru ini.

    MalaysiaGazette melaporkan, walaupun pasangan suami isteri itu yang tinggal hampir satu kilomter dari lokasi masjid di barat laut Jerman namun mereka membuat aduan gangguan berikutan bunyi kuat dari pembesar suara tersebut.

    Menurut pasangan Kristian itu, mereka terganggu dengan bunyi laungan itu saban Jumaat dan azan itu dipercayai telah melanggar hak asasi mereka.

    Arahan serta merta itu juga menyebabkan masjid tersebut berkemungkinan besar tidak akan lagi dapat melaungan azan ketika solat Jumaat dengan menggunakan pembesar suara.

    Dalam pada itu, pegawai kanan masjid itu, Huseyin Turgut berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah mengecewakan.

    “Azan cuma dilaungkan selama dua minit, kira-kira sekitar pukul 1 petang tetapi hanya pada hari Jumaat. Saya tidak nampak mengapa itu menjadi isu dan memberi gangguan sehingga menyebabkan pasangan itu memfailkan saman kebebasan beragama.

    “Kami tidak pernah menerima aduan dan mempunyai jiran yang tinggal lebih dekat iaitu hanya 10 meter sahaja tetapi sehingga kini tidak pernah menerima aduan sedemikian,” ujarnya.

    Sentimen dan sokongan anti-Islam untuk dasar anti-imigrasi berkembang di banyak tempat di Jerman setelah kemasukan lebih dari sejuta pendatang dari Iraq, Syria dan negara-negara Islam yang kebanyakannya beragama Islam sejak tahun 2015.

    ReplyDelete
  3. ted manoff.

    T. Kasih, Al-hamdulillah. Kita jumpa lagi dalam perbincangan.
    Tuan dedahkan kisah dakwah penganut Islam di Jerman. Al-hamdulillah mereka hebat, terus memperjuangkan Islam, walaupun di dalam negara yang orang Islam bukan majoriti.

    Kerjaan mereka pun tidak salah bagi mereka, kerana mereka hidup di negara mereka yang majoriti, ingin mengamalkan cara hidup mereka sendiri.

    Tuan bertanya, salah DAP?

    Pada saya kalau di Malaysia, bukan parti DAP yang salah, tetapi orang yang mengaku
    dirinya Melayu/Islam tetapi kepalaotaknya seperti DAP, bahkan kadang-kadang lebih dari DAP. Mereka yang berjiwa hamba kepada pemimpin dan parti yang bukan Islam. Tidak percaya kepada keagungan dan kemampuan Islam akan menguasai dunia.

    Pada hal Ai-Quran melarang orang Islam melantik pemimpin dari kalangan orang bukan Islam yang diistilahkan sebagai 'kafir'. Atau juga disebut 'zhalimun', 'kafirun', 'fasiqun'. Kalau menolah pendapat Islam ini, sila kemukan hujah kamu, saya boleh jelaskan.

    Insya Allah, t.kasih daun keladi...


    ReplyDelete
  4. Tiada perbezaan antara barua yang makan dedak cap roket dengan babi ternakan towkay dedak cap roket.

    Bahkan barua dedak mempunyai ciri-ciri buruk yang sama dengan babi. Contoh: Jika babi menyebarkan penyakit seperti H1N1 , virus nipah dll yang berbahaya kepada manusia, barua dedak cap roket pula menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam dan parti Islam.

    ReplyDelete
  5. Ular kan suka belit mangsa. Lembu kan untuk di makan.

    Yang jadi ular ialah Lobai sebab kat kepala ada kain berbelit dan sekarang cakap pulak dah berbelit.

    Kerana lembu itu baik dan bermanfaat pada manusia maka lembu umpama agama.

    Yang belit lembu (agama) iala ular (ularmak@Lobai). Lobai (ular) yang menyuntik racun pada agama (lembu)

    Itu lah yang terjadi di Memali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barua dedak cap roket suka membuat pelbagai dakwaan karut yang tidak berasas untuk menghina dan memfitnah ulama Islam sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri memuliakan ulama Islam sebagai Pewaris Nabi.

      Mengapa MahaFiraun tidak mahu menubuhkan Suruhan Diraja (RC) untuk menyiasat kes pembunuhan beramai-ramai di Memali? Mengapa MahaFiraun tidak meminta penyiasat Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa untuk menyiasat kes ini?

      Bukankah takut kerana salah?

      Delete