Friday, February 23, 2018

Ahli DAP Dyana Sofya Ditanya Tentang Peluk Lelaki...

Ditanya tentang video peluk lelaki, Dyana Sofya jawab lain


KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tidak menjawab soalan berhubung sebuah video kontroversi berpeluk dengan seorang lelaki dikatakan mirip Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

DAP semasa pilihan raya kecil Teluk Intan itu semasa wawancara “Anda Tanya Mereka Jawab” hari ini anjuran Sinar Harian disoal oleh moderator berhubung video tersebut, sebaliknya Dyana Sofya memberikan jawapan yang sama sekali tidak berkaitan dengan soalan diajukan.

“Pada saya, masyarakat memang suka memangsakan wanita, terus terang sebelum saya berhenti merokok, ada gambar saya merokok, viral merata-rata gambar Dyana hisap rokok, tapi apabila Datuk Seri Rahman Dahlan upload sendiri gambar cigar kenapa tidak dikecam dan dihakimi seteruk saya,” kata beliau semasa menjawab soalan diajukan.


Soalan yang diajukan oleh moderator forum adalah: “Lama dahulu, Dyana terpalit juga nama dikatakan dalam satu video dilihat seorang figura sebagai Dyana beraksi dengan seorang figura lelaki, jadi isu-isu ini satu cabaran kepada seorang wanita. Jadi, bagaimana Dyana berdepan isu ini?”.

Dalam salah satu gambar yang viral April tahun lalu, seorang wanita dilihat melentokkan kepalanya di bahu seorang lelaki sambil lelaki berkenaan merangkul lehernya.

Foto lain menunjukkan mereka dalam ‘kedudukan bercium’. Ini bukanlah kali pertama gambar-gambar yang mirip wajah kedua-dua mereka muncul.

Selain itu, muncul juga dua klip video menunjukkan seorang lelaki sedang memeluk seorang wanita berambut panjang di sebuah lokasi yang kelihatan seperti sebuah kelab malam.

Klip pertama memaparkan seorang lelaki menyerupai wajah Zairil, menari sambil berpelukan dengan seorang wanita. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila atau di mana rakaman itu dibuat.

Pada Oktober 2014, Zairil menjadi tajuk berita apabila gambar seorang lelaki, sekali lagi menyerupai wajahnya bersama seorang wanita menjadi viral.
Wanita itu dikatakan menyerupai Dyana Sofya. Pada masa itu, beliau merupakan calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan. – MalaysisGazette

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam suruh sampaikan yang baik dan mencegah mungkar..

عن أبي سعد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “ ( رواه مسلم )
  • Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وستم bersabda: “ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )
Tahap Cegah Mungkar..

Umat Islam telah bersepakat atas wajibnya mencegah kemungkaran. Maka wajib ke atas setiap Muslim mencegah kemungkaran mengikut kemampuannya dan mengubahnya mengikut keupayaannya untuk mengadakan pengubahan dengan perbuatan dan perkataannya iaitu, dengan tangan, lidah dan hatinya (membenci perkara mungkar ).

Cegah Mungkar Dengan Hati Bila Kurang Mampu/Tidak Berupaya

Seseorang itu akan terlepas dari pertanggungjawaban apabila ia mencegah kemungkaran dengan hatinya kerana ia tidak berupaya untuk mencegah dengan tangan dan lidahnya. Ibnu Mas’ud ( r.a ) berkata:
  • “Hampir-hampir orang-orang yang hidup dari kalangan kamu apabila melihat kemungkaran tidak berupaya untuk mencegahnya melainkan Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hatinya bahawa dia amat benci kepada kemungkaran itu.”
Begitu juga hukumnya sekiranya seseorang itu takutkan kemudharatan yang bakal menimpa diri dan hartanya sekiranya kemungkaran itu dicegah dengan tangan atau lidah memandangkan ia tidak berupaya untuk menanggung yang sedemikian itu. Walau bagaimanapun, jika benar-benar dalam sangkaan bahawa kemudharatan sebegitu tidak akan menimpa diri dan hartanya, maka hukum wajib mencegah mungkar dengan hati itu masih belum gugur darinya, bahkan hendaklah seorang Muslim itu mencegah kemungkaran tersebut dengan tangan atau lidahnya bergantung kepada kemampuannya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
  • “ Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah SWT akan bertanya kepada hamba-Nya sehingga Allah SWT berfirman: ‘Apakah yang menghalang kamu dari menafikan kemungkaran apabila kamu melihatnya?” Apabila Allah SWT selesai mengajar kepada si hamba hujahnya, si hamba pun berkata: ‘Ya Tuhanku, aku mengharapkan-Mu dan aku menjauhi manusia.’ (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Sa’id al-Khudri)
Iaitu (maksud hadis ), aku mengharapkan kemaafan dan keampunan-Mu dan aku takut sekiranya manusia menimpakan kemudharatan ke atas diri dan hartaku.

2 Hukum Cegah mungkar dengan tangan atau lidah.. 

1. Fardhu Kifayah

Jika kemungkaran tersebut disaksikan oleh lebih daripada seorang dari kalangan kaum Muslimin, pencegahan dan pengubahan kemungkaran itu adalah wajib ke atas sekalian kaum Muslimin di mana apabila sebahagian dari mereka melaksanakan tugas itu walaupun seorang, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada bahu yang lain-lain. 

Apabila tiada seorang pun bangun melaksanakan kwajipan itu, maka berdosalah setiap orang yang berupaya berbuat demikian jika tidak beralaskan sebarang keuzuran atau ketakutan. Allah SWT berfirman, maksudnya:

  • “Hendaklah ada segolongan dari kamu yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran….” (Surah Ali-‘Imran: 104)
Maksud umat di dalam ayat tersebut (rujuk mushaf) bermaksud jama’ah, iaitu sebahagian kaum Muslimin.

2. Fardhu ‘Ain

Jika kemungkaran itu disaksikan oleh seorang individu dan beliau berupaya melakukan pencegahan atau pengubahan, maka wajiblah hukum ke atasnya berbuat demikian. Begitu juga jika kemungkaran itu disaksikan atau diketahui oleh satu jama’ah, namun mereka tidak berupaya melaksanakan pencegahan kecuali seorang daripada mereka, maka wajiblah hukumnya ke atas yang seorang itu. Jika seseorang itu tidak bangun untuk melaksanakannya, berdosalah ia. 

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

  • “Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran…
Iaitu, apabila tiada orang lain melihat kemungkaran itu kecuali dia seorang. Seumpama dengan ‘ melihat dan menyaksikan ‘ ialah pengetahuan mengenai kemungkaran itu dan keupayaan untuk mencegah atau merubahnya.

Akibat Tinggalkan Tugas Hapuskan Mungkar Sedangkan Dia Berupaya Melaksananya.

Jika kerja mencegah kemungkaran ditinggalkan, maka merebaklah kejahatan di seluruh bumi, lalu tersebarlah maksiat dan lain-lain perkara yang keji. Justeru itu terhapuslah penunjuk-penunjuk kebaikan lalu diganti dengan kehinaan yang mengumumi kehidupan masyarakat kita. Ketika itu, kesemua mereka layak untuk menerima kemurkaan Allah SWT serta penghinaan dan pembalasannya. 

Firman Allah SWT, maksudnya:

  • “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.” (Surah al-Ma’idah: 78-79)
Manakala hadis mengenai perkara ini banyak sekali, antaranya: 

  1. Daripada Abu Bakar ( r.a ), daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah satu kaum itu apabila maksiat dikerjakan di kalangan mereka kemudian mereka tidak mengubahnya sedangkan mereka berupaya berbuat sedemikian melainkan hampir-hampir Allah akan mengenakan azab-Nya ke atas mereka.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud )
  2. Daripada Jarir ( r.a ), belia mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seorang lelaki itu mengerjakan maksiat di dakam satu kaum yang berupaya untuk mengubah maksiat yang dilakukannya, namun mereka tidak mengubahnya melainkan Allah menimpakan azab-Nya ke atas mereka sebelum mereka mati.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud )
  3. Daripada ‘Adi bin Umair ( r.a ), bahawa beliau telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mengazab golongan umum ( orang-orang yang tidak melakukan kemungkaran ) disebabkan apa yang dikerjakan oleh golongan khusus ( orang-orang yang mengerjakan kemungkaran ) hinggalah apabila kemungkaran dikerjakan dihadapan mereka di mana mereka mampu untuk mencegahnya, namun tidak mencegahnya. Apabila mereka melakukan sedemikian, maka Allah pun mengazab golongan umum dan golongan khusus.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
Perbetulkan Fahaman Yang Salah..

Ramai dikalangan kaum Muslimin yang tersilap apabila mereka mengemukakan alasan mereka terhadap ketidakprihatinan dan sikap tidak bertanggungjawab mereka dalam mencegah kemungkaran dengan berhujah sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
  • “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk….” (Surah al-Ma’idah: 105 )
Sedangkan ayat itu sendiri mewajibkan pelaksanaan pencegahan kemungkaran. Telah diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Bakar ( r.a ), katanya:
  • “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu membaca ayat ini dan meletakkannya bukan pada tempatnya ( yakni surah al-Ma’idah: 105 tersebut ). Dan sesungguhnya kami telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya manusia itu apabila melihat orang yang zalim namun mereka tidak mengahalang dan mencegah (kezaliman) nya, hampir-hampir Allah mengenakan azab-Nya ke atas mereka.”
Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah menukilkan di dalam Syarah Muslim dengan berkata:
  • “Mazhab yang shahih di sisi para muhaqiqqun ( mereka yang mentarjihkan dan menshahihkan sesuatu perkhabaran ) tentang penafsiran ayat ini ( surah al-Ma’idah:105 ) ialah: ‘Sesungguhnya apabila kamu melaksanakan tuntutan pencegahan mungkar itu yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu, maka kelemahan dan kekurangan orang lain tidak akan memudharatkan kamu seperti di dalam firman Allah SWT yang maksudnya: “ …. Dan seorang, yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain….” (Surah ali-‘Imran: 164 )
Maka, apakah lagi alasannya seseorang itu yang telah terpikul di bahunya untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran?

Redha Dengan Dosa Adalah Satu Maksiat Besar..

Barangsiapa tahu tentang satu dosa dan dia redha akannya, sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar dan mengerjakan seburuk-buruk perkara haram sama ada dia melihat perbuatan dosa tersebut atau tidak, maka dosanya adalah seperti dosa orang yang melihatnya tetapi tidak mencegahnya.
Daripada al-‘Urs bin Umairah ( r.a ), daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
  • “Apabila satu dosa dilakukan di muka bumi ini, maka orang yang melihatnya serta membencinya ( Baginda bersabda pada ketika yang lain: dan mengingkarinya ) maka dia sama seperti orang yang tidak melihat kemungkaran itu berlaku dihadapan matanya, tetapi redha dengannya, samalah seperti orang yang menyaksikannya.” ( Diriwayatkan oleh Abu Daud )
Disebabkan redha dengan dosa, hal ini akan mengakibatkan seseorang itu tidak akan mampu mencegah kemungkaran tersebut dengan hatinya. Kita telah mengetahui bahawa mencegah kemungkaran hukumnya adalah fardhu ‘ain dan meninggalkan fardhu ‘ain adalah tergolong ke dalam dosa-dosa besar.

Wallahu 'aklam.

Sumber: Al-Wafi, fi syarh al-arba’in an-nabawiyyah Hadis ke-34. (IH)

Dalam masalah redha dengan dosa adalah satu maksiat besar. Salah satu cara solusinya ialah menyokong perjuangan Islam di Malaysia iaitu PAS, terutama dalam tugas menolak kemungkaran masa kini. Mudah saja, undilah PAS dalam PRU akan datang!

UNDILAH PAS dalam PRU14. 

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

8 comments:

Anonymous said...

Guna kan lah tangan dengan jari memegang pensel.. MEMANGKAH AMANAH DAN PAKATAN HARAPAN SAHAJA.

Sejak kebelakangan ini banyak kemungkaran iaitu penipuan, pembohongan dengan menjual agama dan memberi dedak..

Jadi lah rakyat yang baru dengan memilih pemimpin PAKATAN HARAPAN.

Lobai Spenda Xxl said...

Sebenarnya adalah lebih baik pentafsiran bermula dari ayat 104 ~107 surah AlMaidah untuk mengulas isu ini. Jangan ambil sekerat-sekerat ,kerana hanya mahu membenarkan hujah Tuan Ibnu. Tak baik tau....Hehehekikikihahahakahkahkah

Lobai Spenda Xxl said...

Imej Islam yg dibawa oleh Chief Lobai mencandat sotong, menyimpang dari tuntutan agama. Menyebabkan agama Islam dipandang jelik. Mempunyai unsur-unsur Talibanisasi. Hehehekikikihahahakahkahkah

Lobai Spenda Xxl said...

Kerana pengaruh Talibanisasi BONGGOL PARADONG, maka saudara Ibrahim Libya tersungkur tersembam bumi. Siapa nak jawab tu?. Sendiri jawab lah!. Hehehekikikihahahakahkahkah

Lobai Spenda Xxl said...

UMNO masih mengekalkan SISTEM yg SAMA, cuma FATWA CHIEF LOBAI yg BERUBAH. Macamana tu...?. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...


“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Ayat ini lebih di khususkan kepada kemungkaran pemimpin dan pemerintah kerana kemungkaran tersebut boleh melenyapkan sesuatu kaum atau membinasakan kehidupan yang telah di tetapkan oleh Islam.

Kemungkaran seperti lelaki perempuan atau mabuk, sepatutnya menguna ayat lain yang lebih sesuai.

Apa maknanya jika dosa lelaki perempuan atau mabuk di lawan dengan hati sahaja.?

Ada pun guna kan tangan kalau tidak dengan mulut atau paling kurang dengan hati ialah kerana orang yang perlu kita lawan dengan tangan mempunyai kuasa. Jika pemerintah itu sangat zalim dan berulang-ulang melakukan nya sehingga semua tindakan kita tidak berhasil seperti persempadanan semula atau skandal yang di tutup dengan menguna helah dan subahat maka kita lawan lah dengan mulut.

Ini yang di buat oleh Mahathir dan semua pemimpin dalam Pakatan Harapan.

Mulut Lobai Parti Suci macam kena kontrol pulak..

Tapi jika guna tangan tak dapat berbuat apa-apa... guna mulut pemerintah buat pekak.. maka tiba hari mengundi.. guna kan lah hati..

Hati yang bersih dan berpegang pada ayat tersebut akan menolak UMNO dan juga parti Suci.

Wallahuaklam

Anonymous said...

BARUA TERNAKAN PAKATAN HAPRAK PIMPINAN PARTI KAFIR HARBI DA-Pig BUTA MATA BUTA HATI

Selepas membaca komen-komen bodoh berlapis yang ditulis oleh barua-barua dedak ternakan Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig , maka bolehlah kita membuat kesimpulan berikut:

(1) Jika Nabi Muhammad s.a.w. memuliakan ulama Islam sebagai Pewaris Nabi, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula suka menghina dan memfitnah ulama Islam.

(2) Jika parti Islam PAS pimpinan ulama Islam berjuang membela ajaran Islam dan hak umat Islam, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

(3) Jika parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menyeru manusia melaksanakan Amar Makruf Wa Nahi mungkar , barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula menyokong , membela dan mempromosi LGBT, ahtheis, pesta arak terbuka dll.

(4) Jika parti kafir harbi DA-Pig menghina ajaran Islam dan menindas umat Islam, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula diam membisu seribu bahasa yang bererti mereka merestui tindakan zalim DA-Pig.

(5) Jika parti Islam PAS mengkritik puak liberal dan puak kafir harbi kerana mereka menghina Islam dan menafikan hak umat Islam, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula bangkit membela puak liberal dan puak kafir harbi mengutuk parti Islam PAS.

(6) Jika parti Islam PAS berusaha menjadikan Hudud sebagai undang-undang untuk umat Islam sahaja, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula menentang, menghina, menafikan, menolak, memfitnah dan memburuk-burukkan Hudud sedangkan kita semua mengetahui Hudud terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

Bukankah ini bererti barua-barua dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig telah membatalkan iman mereka sendiri?

(7) Jika parti Islam PAS berusaha membentangkan pindaan RUU355 di parlimen untuk memperkasakan dan memartabatkan undang-undang Syariah dan mahkamah Syariah untuk kebaikan umat Islam, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula sibuk menentang, menghina, menafikan, menolak, memfitnah dan memburuk-burukkan RUU355 secara terbuka untuk menakut-nakutkan umat Islam dan orang kafir.

(8) Jika parti Islam PAS menyeru manusia kembali kepada kebenaran (Islam) dan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula menggalakkan manusia melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad secara terbuka.

Anonymous said...

SAMBUNGAN ....


(9) Pemimpin-pemimpin parti Islam PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah, salah laku, salah guna kuasa dan pecah amanah, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula terlibat dalam pelbagai skandal seperti:
skandal banglo terlajak diskaun,
skandal kertas kerja,
skandal terowong bawah laut,
skandal tanah rakyat,
skandal tanah kerajaan,
skandal merobohkan berpuluh kampung Melayu Islam
skandal projek yang tidak mendapat kelulusan jabatan alam sekitar ,
skandal lombong pasir
dll yang merupakan skim cepat kaya bagi pemimpin dan kroni DA-Pig terutamanya dan Pakatan Haprak amnya.

(10) Jika parti Islam PAS menentang puak evangelis yang cuba menyesatkan umat Islam, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig pula menyokong puak evangelis.

(11) Jika hakim membuat keputusan memurtadkan kanak-kanak Islam, yang paling gembira ialah barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig .

(12) Jika parti kafir harbi DA-Pig menghina ajaran Islam, fatwa, ulama Islam,mufti dan jemaah Islam dll, barua dan pemimpin Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig merestui, menyokong dan membela DA-Pig.

(13) Dll.

Jika anda semua masih lagi menyokong Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig, anda adalah manusia yang bermasalah besar kerana anda tidak mampu berfikir, tidak mampu menggunakan akal untuk membezakan antara baik dan buruk dan anda tidak mempunyai prinsip moral dan anda meragui atau menolak ajaran Islam yang menentang kemungkaran dan kesesatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails