Thursday, February 01, 2018

Boleh Pun Ikut Islam. Kru Kabin Lelaki AirAsia Ke Aceh

AirAsia - Acheh

BOLEH pun Ikut cara Islam. 

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hanya akan menempatkan kru kabin lelaki untuk penerbangan ke dan dari Aceh. Keputusan dibuat selepas pihak berkuasa wilayah Indonesia itu mengeluarkan arahan bahawa semua kru kabin wanita Muslim perlu memakai hijab ketika tiba di wilayah tersebut.

“AirAsia akur kepada peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa wilayah Aceh. Kami komited untuk memastikan kru operasi kami mematuhinya.
“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan oleh anak-anak kapal lelaki,” kata AirAsia dalam satu kenyataan ringkas. 

Pada Rabu, pihak berkuasa Aceh mengemukakan surat untuk mengarahkan kru kabin wanita Muslim memakai tudung semasa ketibaan atau berdepan hukuman oleh pihak berkuasa. Ini termasuk kepada pihak syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia sendiri, Garuda Indonesia dan pelbagai syarikat tambang murah lain seperti AirAsia dan Firefly.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat penerbangan itu mungkin hanya akan menempatkan kru lelaki atau bukan Islam dalam penerbangannya ke Acheh.

Ong juga berkata syarikat penerbangan bajet itu sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakaian seragam yang sesuai untuk kru kabin wanita Muslim.

“Kami masih menilai keadaan. Tiada keputusan kukuh telah dibuat,” katanya ketika dihubungi.

AirAsia dan Firefly adalah syarikat penerbangan utama yang mengendalikan penerbangan ke Banda Aceh. Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang telah menerapkan hukum syariah. 

Boleh pun ikut Islam, Malaysia bila lagi?  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails