Friday, February 02, 2018

Bukalah Mata, Perasan &Maruah. Lagi 'Natrah' Hari Ini.




PADA tanggal 11 Disember 1950 Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan untuk mengembalikan seorang gadis Belanda yang telah masuk Islam dan menikahi seorang lelaki Melayu kepada suaminya. 

Hak penjagaan gadis tersebut diperintah diberikan kepada ibu-bapanya pasangan Roman Katolik Belanda. Ini bermakna Mahkamah yang didominasi penjajah itu membatalkan pengislaman gadis berkenaan sekaligus perkahwinannya dan beliau dengan itu kembali menjadi seorang Katolik mengikut agama ibu-bapanya. 

Keputusan mahkamah berkenaan telah mencetuskan rusuhan besar-besaran dikalangan masyarakat Islam di Singapura yang mengakibatkan 18 orang terkorban dan 173 orang tercedera dengan 778 orang khususnya aktivis dan pejuang Muslim ditahan pihak polis.

Itu kes NATRAH atau MARIA HERTOGG yang berlaku kira-kira 68 tahun dahulu dan sebahagian kita termasuk penulis belum lahir pun ke dunia lagi. Betapa umat Islam pelbagai keturunan berani bangkit sewaktu penjajah British berkuasa lantaran tidak redha dan rela melihat seorang gadis Muslim dimurtadkan oleh campurtangan mahkamah.

Terbaru diwaktu hidup kita ini. Tatkala bumi bertuah ini sudah Merdeka dengan kuasa dan pemerintahan berada di tangan anak bangsa dan umat Islam rupanya keputusan mirip NATRAH lebih 60 tahun dahulu berulang. Mahkamah Persekutuan dalam kes INDERA GANDHI memutus membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dengan mengisytiharkan ianya tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya yang masih Hindu iaitu INDERA GANDHI.

Keputusan ini memberi maksud bahawa kedudukan Islam tiga orang anak Muhammad Ridhuan Abdullah yang di Islamkan sejak tahun 2009 tidak sah dan terbatal. Ketika mereka diIslamkan tahun tersebut, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan. Keputusan ini juga memaksa si bapa, Muhammad Riduan Abdullah, memulangkan anak bongsu mereka kepada ibunya.

Pihak polis kini sedang memburu Muhammad Riduan untuk mendapatkan anak bongsunya itu untuk diserahkan kepada INDERA GANDHI untuk dikembalikan sebagai seorang Hindu sebagaimana kakak dan abangnya yang kini bersama-sama ibu mereka. Tanahair tercinta tenang dengan keputusan berkenaan. Seorang Muslim bakal dimurtadkan atas perintah Mahkamah.

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

Natrah bersama suaminya, namun dipisahkan oleh mahkamah penjajah..

Kita bukan minta umat Islam keluar ke jalanraya dan merusuh sebagaimana dalam kes NATRAH dahulu. Ia tidak perlu. Dahulu kita di bawah penjajah yang sedia menjajah agama, bangsa, budaya dan pemikiran kita. Kita lesu dan tiada daya.

Hari ini bumi dipijak milik sendiri namun murtad berlaku berlalu begitu sahaja. Semoga perkara ini membuka mata dan perasaan semua pihak yang memegang kuasa dari Istana hinggalah kuasa yang dimandatkan rakyat. Mana maruah dan harga diri kita kalau dalam kes kecil ini pun kita tumpas.



Berani lagi rupanya moyang dan datuk nenek kita sewaktu zaman penjajah dahulu berbanding kita hari ini yang kononnya bevas Merdeka. Hari ini kuasa ditangan tetapi maruah hilang tah kemana.

ROSLAN


XOXO - Atas nak sedikit kekuasaan kononnya nak jatuhkan Najib, ada orang Melayu bersama-masa memurtadkan mualaf.  
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/


E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...

Dulu PAS berjuang mengatakan tentang perlembagaan penjajah.

Tapi hari ini PAS kata sistem penjajah yang di amalkan oleh UMNO, ok. Sebab Islam telah di terima walaupun perlembagaan nya kekal.

Sistem yang sama lah yang di pakai semasa Hakim memutuskan kes Indra Ghana.

PAS UMNO perintah ke... PH perintah ke.. itu lah keputusan nya..

Anonymous said...

Bodoh lagi..

Anonymous said...

Undi pas tolak umno bn dan ph mereka tidak terima sistem pemerintahan islam dan jelas bekerjasama untuk jatuhkan pas yg berjuang untuk kemenangan islam.

Anonymous said...

Mengapa keputusan hakim dalam kes terbaru bertentangan dengan keputusan-keputusan hakim-hakim yang terdahulu berkaitan kes mualaf sedangkan para hakim menggunakan Perlembagaan Persekutuan yang sama ?

Bukankah Perlembagaan Persekutuan menjamin dan melindungi hak agama Islam dan hak umat Islam?

Mengapa 'parent' didakwa bererti ibu dan bapa sedangkan pelbagai kamus Bahasa Inggeris UK dll menyatakan parent adalah 'singular' bukan 'plural' yang bererti parent bererti ibu ATAU bapa ( seorang penjaga sahaja).

Dalam kes terbaru , hakim guna kamus apa?

Pelbagai NGO Islam dan parti Islam mempersoalkan keputusan kes mualaf terbaru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails