Haniyeh anggap gelaran pengganas itu adalah satu penghormatan baginya
GAZA: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bangga apabila namanya telah dimasukkan ke senarai Amerika Syarikat sebagai pengganas antarabangsa dan menyifatkannya sebagai "pingat kehormatan."
Haniyeh bercakap buat kali pertama sejak AS mengumumkan keputusan itu pada Rabu. Beliau memberi reaksi itu semasa mengadakan perhimpunan di Gaza City yang mengumpulkan beratus-ratus penyokong Hamas.
AS secara rasminya melabelkan Hamas sebagai "organisasi pengganas", terhadap gerakan yang telah melancarkan tiga siri peperangan dengan Israel serta menguasai Jalur Gaza sejak 2007.
Menurut Haniyeh, apa sahaja yang dilakukan AS itu tidak akan melemahkan perjuangan Hamas untuk terus menentang Israel. Selain Haniyeh, beberapa lagi pegawai Hamas lain yang berada dalam senarai AS itu turut berkumpul bagi menyatakan protes terhadap AS dan rejim Israel.
Haniyeh telah menganggotai kepimpinan politik Hamas sejak 1990an dan menggantikan Khaled Mashaal pada Mei 2017 untuk menjadi pemimpin tertinggi gerakan itu. (IH)
HAMAS
Lahir: 1 Januari 1937, Al-Jura, Israel
Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.
Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin.
Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan. Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.
Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas.
Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri.
Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.
Hamas حركة المقاومة الاسلامية حركة المقاومة الاسلامية | |
---|---|
Ketua | Khaled Mashal, Ismail Haniyeh |
Pengasas | Sheikh Ahmed Yassin |
Diasaskan | 1987 |
Ibu pejabat | Bandar Gaza |
Ideologi | Islam |
Tapak web | |
www.palestine-info.com |
Lihat sebelum ini...
No comments:
Post a Comment