Monday, February 05, 2018

Homoseksual Sebagai Pesakit Gangguan Mental. Itu Wajar.



INDONESIA, kementerian kesihatannya pada Jumaat lepas memberitahu ia akan mengeluarkan garis panduan kesihatan yang mengklasifikasikan homoseksualiti sebagai gangguan mental.

Bercakap kepada Efe News, pengarah Pencegahan dan Kawalan Masalah Mental kementerian itu berkata, menurut garis panduan badan pseudo-psikiatrik, komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berisiko mengalami gangguan mental berikutan orientasi seksual mereka.
Garis panduan itu bersandarkan pada dua laporan, 

  • yang pertama dirangka pada 2016 oleh Persatuan Pakar Psikiatri Indonesia dan 
  • laporan kedua diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, tahun lalu.
Persatuan yang diterajui pakar-pakar psikiatri itu turut mengesyorkan beberapa hak golongan LGBT seperti akses rawatan dan kesedaran perubatan.
Dalam pada itu, pasangan sejenis yang berhasrat untuk melancong ke Indonesia mungkin perlu mempertimbangkan semula hasrat mereka kerana seks sejenis disabitkan sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Parlimen Indonesia kini sedang membincangkan pindaan kepada kod panel untuk mensabitkan kesalahan homoseksual sebagai satu jenayah di negara itu.
Namun, ia tidaklah seteruk sesetengah negara yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan berkenaan.
Terbaru, beberapa salun kecantikan di Indonesia diserbu pihak berkuasa bagi menyekat kegiatan golongan LGBT di negara itu yang mencatatkan bilangan umat Islam paling banyak di dunia.
Setakat ini, hanya Acheh yang melaksanakan hukuman bagi kesalahan homoseksual di negara itu.

Demikian lapor India Today/mStar Online. Menurut Weblog Ibnu Hasyim, tindakan itu adalah wajar. (IH)


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Malaysia juga hendak lah mengeluarkan garis panduan kesihatan yang mengklasifikasikan 'Mereng' dan 'Sindrom Jenin' sebagai gangguan mental.

Apa macam?

Maaf Ya..

Anonymous said...

Kita mohon pihak berkuasa mengklasifikasikan LGBT sebagai sejenis sakit mental yang boleh mengancam masyarakat dan melabelkan penyokong dan pembela LGBT sebagai pesakit mental.

Jika cadangan ini diluluskan, Pakatan Sarkis dan puak gay, lesbian dan homo layak mendapat rawatam mental di hospital.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails