Sunday, February 25, 2018

'mahu air bersih undi UMNO' Dr M Taun Kronik K'tan 90an, (bersama video).



Mungkin ramai tidak tahu Kelantan suatu masa dahulu pernah dilanda wabak taun yang kronik sehingga mengakibatkan ramai rakyat negeri tersebut meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Wabak taun era 1990-an itu berpunca daripada jangkitan bakteria vibrio cholera disebabkan oleh bekalan air tidak bersih disamping persekitaran tidak kondusif.

Kerajaan Persekutuan pada 1999 dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk mengakhiri penderitaan rakyat Kelantan yang rata-ratanya bergantung kepada air telaga sebagai sumber air harian dengan meluluskan pinjaman RM600 kepada kerajaan Kelantan.

Namun, dana tersebut disekat Dr Mahathir sebagai menghukum rakyat Kelantan kerana memilih PAS sebagai kerajaan negeri, kata penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin.

“Jika rakyat Kelantan mahu air bersih maka undi UMNO jadi kerajaan, itu kata mereka (kerajaan Mahathir) pada waktu itu,” ujar Raja Sara dalam sebuah video.

“Dan Mahathir siap bergurau yang Kelantan adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang apabila anda buka paip air anda akan dapat air teh dan bukannya air (bersih),” katanya merujuk kepada tahap kebersihan air di negeri tersebut.

Tegasnya, Mahathir bukan sahaja mendiskriminasi rakyat Kelantan tetapi membenarkan rakyat Kelantan mati akibat penyakit taun untuk menghukum mereka kerana mengundi PAS.

“Saya terkejut Husam sudah lupa semua ini atau dia dah lupa ke macam mana?” soalnya merujuk kepada kenyataan Pengerusi PAN Kelantan mendakwa Dr Mahathir tidak pernah mendiskriminasi Kelantan.

Kenyataan Husam menyokong Dr Mahathir dilihat cubaannya untuk membersihkan nama Pengerusi PPBM itu yang kini merupakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Ketika masih bersama PAS dan bertugas sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam sendir mengakui wujudnya diskriminasi sewaktu pentadbiran kerajaan Dr Mahathir.

Beliau didalam sebuah program di Kelantan Trade Centre pada 21 November 2011 membuat perbandingan dimana kerajaan Johor mendapat bantuan kerajaan pusat dalam bentuk geran kewangan sementara Kelantan diberikan pijaman yang perlu dibayar semula.

“20 tahun lalu Johor dapat RM1.2 bilion geran. Kelantan baru dapat dalam lima tahun lepas RM600 juta, pinjaman,” kata Husam.

Justeru Raja Sara mempertikaikan samaada Husam benar-benar berjuang diatas prinsip Islam sebenar kerana terbukti sikap berdolak-dalihnya tidak menampakkan sebegitu.

“Berjuang untuk Islam konon! Pergilah! Seperti orang Kelate kata, pelawok (penipu),” kata Raja Sara mengakhiri videonya. - http://siemens-melayumaju.blogspot.my

- http://siemens-melayumaju.blogspot.my

 
 



 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

16 comments:

Anonymous said...

Itu cara Mahathir.

Cara Najib bagi dulu apa yang rakyat Kelantan nak.. bukan untuk menangkan UMNO tapi untuk jinakkan pemimpin PAS. Dan secara tak langsung merendahkan martabat rakyat Kelantan yang terpaksa tunduk pada Najib.

Satu jangan kita terlepas pandang, walaupun air nya keruh, pemimpin PAS ketika itu hati nya jernih.

Tak ada pemimpin yang maki atau hina Mahathir sepertimana hari ini pemimpin PAS bukan sahaja maki dan menghina Mahathir tetapi termasuk pemimpin AMANAH.

Jika Mahathir menganaktirikan PAS, apa kurangnya PAS yang menganaktirikan peruntukan untuk ADUN AMANAH?

Anonymous said...

Husam dulu bising benda ni tapi sekarang sudah u turn. Al maklum makhluk kecewa---

Hilang Pangkat, kalah pemilihan anak dituduh jual pil kaldai dan terbaik hilang gelaran

Itu pasal laaa dia tak mau cerita dah mimpi jumpa kuman taun. Balik cwrita mimpi allayarham.15x. Inilah PAN

Poor Indon said...

MahaKUTTY Laknatullah! Bukan setakat pembunuhan beramai ramai di Memali, di Kelantan pun sama saja,
Memang Haram Jadah SIAL MahaKUTTY Laknatullah ni!

Hj Aduka said...

Anon 9:52 ni gila meroyan kot, berak tak basuh,,,,

Anonymous said...

Ramai orang GILA BABI di sini....suka memaki...mulut berpuaka

Anonymous said...

Bukanlag sedara, mereka ni penulis upahan untuk memaki PH, mereka terima dedak, dulu waktu PAS cium bontot DAP, mereka maki UMNO....

Anonymous said...

Eh, siapa kentut ni....bau dedak.....

Anonymous said...

Dedak...Dedak...Dedak....siapa mahu dedak percuma mari...mari...mari....

Lobai Lalok said...

Bukti Pemimpin Parti Isle yg cakap pelawak demi agama selama ini. Sehingga sekarang ,masalah air negeri Kelantan tak selesai. Sedangkan TUN pernah menyalurkan ratusan juta kepada kerajaan Negeri Semasa pemerintahan Nik Aziz lagi. Sebab apa masalah masih tidak selesai?.Sebab Lobai suka stim minum kencing Unta, maka KEPERLUAN ASAS utama iaitu hukum bersuci dalam melaksanakan ibadah pun , kerajaan PAS TAK BOLEH LAKSANAKAN. lagi nak gebang MEMBANGUN BERSAMA ISLE. Jangan nak panggil Negeri jolokan SERAMBI MEKAH,anak tangga MEKAH pun terasa geli nak sebut. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Sedara 10:33 Sebenarnya pemimpin PAS dah malu dan mereka membisu, yang bising2 di sini adalah penulis2 upahan PAS, dedak mereka UMNO yg beri....

Anonymous said...



Mengapa Najib pergi Kelantan cuma tolong selesaikan gaji kakitangan penjawat awam dan Najib pergi Langkawi di janjikan billion ringgit?

PAS tak rasa terhina ke ?

Anonymous said...

PAS bersubahat dengan kerajaan yg zalim...Bila bincang 1MDB atau GST, MP mereka tak hadir sidang Dewan Rakyat. JIKA KAMU BERSUBAHAT DENGAN KEZALIMAN KELAK KAMU AKAN DIHUMBAN KE DALAM API NERAKA.

Lobai Lalok said...

Fakta yg kononnya TUN menyekat peruntukkan RM 600 juta, tidak benar sama sekali. Mengapa Tuan Ibnu menjaja fakta fitnah Raja Fitnah Alam Melayu. Hilang akal ke apa Tuan Ibnu ni...Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

11:04 Bukan Tuan Ibnu hilang akal....Tuan Ibnu dapat sedikit dedak la....upahan ler

Anonymous said...

geng pas dah lari...ha ha ha .....

Anonymous said...

tak lari....UNDI PAS masuk syurga...undi PH masuk neraka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails