KUALA LUMPUR – Gara-gara membawa terlalu banyak kondom ketika melawat Indonesia, aktivis politik dan pendukung kempen #UndiRosak, Maryam Lee diarahkan berbogel dan tonggek di hadapan sebuah cermin agar kemaluannya dapat diperiksa secara fizikal oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Adisucipto, Yogyakarta.
Kejadian berlaku pada 31 Disember lalu. Kondom berkenaan yang berkemungkinan untuk aktiviti seks Maryam di sana telah disalah tafsir sebagai digunakan dalam usaha menyeludup masuk dadah ke negara jiran itu.
Tiada sebarang bahan narkotik ditemui pada tubuh Maryam. Diketahui umum, kondom ada kalanya diisi dadah dan disorokkan dalam kemaluan bagi mengelakan dikesan. Kejadian pemeriksaan badan dan longgokan kondom dalam beg perjalanan didedahkan Maryam sendiri di akaun Facebook miliknya.
Maryam tidak menyatakan secara jelas kondom itu untuk aktiviti seksnya di masa lapang di negara itu sebaliknya memberikan jawapan yang bersifat menyindir pihak berkuasa negara itu ketika disoal bertalu-talu.
Beliau berkata, “Aku tenang saja kerana aku tahu aku tidak melakukan salah apa-apa, dan tidak melakukan hal yang melanggar undang-undang.
“Harus aku jelaskan di sini aku seorang perempuan muda yang belum menikah, pergi ke negara orang seorang diri dan berjalan sendiri ke mana-mana. Mungkin ini menjadi sesuatu yang aneh ketika ada beberapa kondom di dalam begku juga, untuk banyak sebab yang bukan urusan siapa-siapa.
“Ramai yang tidak memahami, dalam kehidupan sehari-hari seorang aktivis feminis, seks itu satu hal taboo yang paling sulit dibicarakan di ruang awam, apa lagi ketika berhadapan dengan pihak berkuasa.
“Ketika aku disoal berkali-kali oleh pegawai imigrasi, kenapa ada kondom di dalam beg, apa yang harus aku jawab selain; Apa lagi kegunaan kondom, Pak? Masa digunakan untuk basuh baju?” tulisnya.
Jawapan kurang menyenangkan itu menyebab pihak berkuasa Indonesia kemudiannya memintanya ke sebuah bilik khas sebelum diarahkan berbogel.
“Seterusnya aku hanya menurutkan segala arahan, aku disuruh tonggeng membelakangi cermin dan kemaluanku diperiksa secara fizikal untuk sebarang narkoba (dadah). Ternyata semua itu sia-sia kerana aku tidak bersalah.
“Once cleared, aku terus memakai pakaianku semula dan membereskan bagasi dengan cepat,” katanya.
Enggan mengulas banyak mengenai jumlah kondom terlalu banyak yang dibawanya, Maryam sebaliknya mempersoalkan apakah tindakan pihak berkuasa Indonesia itu didorong kerana bentuk tubuhnya.
“Adakah tubuh kecil aku ini begitu mencurigakan sehingga perlu begini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini...
6 comments:
KEMPEN UNDI ROSAK ADALAH KEMPEN PUAK KAFIR UNTUK MENIPU UMAT ISLAM SUPAYA UMAT ISLAM MEROSAKKAN UNDI SEDANGKAN PUAK KAFIR MENJAGA UNDI MEREKA SUPAYA TIDAK ROSAK. PUAK KAFIR MENGGALAKKAN ORANG KAFIR MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI WAKTU SEBILANGAN ORANG MELAYU JAHIL TIDAK MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENGUNDI.
AKIBATNYA PARTI KAFIR AKAN MENDAPAT KEMENANGAN BESAR DAN PARTI ISLAM DAN PARTI MELAYU AKAN MENGALAMI KEKALAHAN BESAR DALAM PRU14. SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI?
BERHATI-HATILAH DENGAN TIPU DAYA MUSUH ISLAM. ORANG BODOH SAHAJA AKAN MELAKUKAN UNDI ROSAK.
Puak munafik liberal anggap zina sebagai hak kebebasan individu sedangkan agama Islam mengharamkan zina.
Puak munafik liberal memang sesat dan menyesatkan kerana mereka menghalalkan yang haram seperti arak, judi, zina dll dan mengharamkan yang halal seperti Sunnah, hukum faraid dan poligami.
Maka tidak hairanlah puak munafik liberal menyokong parti kafir harbi biadapig menentang ajaran Islam dan menindas umat Islam.
Najib telah menghina PAS. PAS redha.
Kalau PAS ada maruah pulangkan lah duit yang Najib bagi.
Tak cukup kah penghinaan ke atas PAS ini?
BERSAMA PAS, Islam mundur..
Dahulu PAS mendakwa ia wujud demi sebuah Negara Islam tetapi kemudiannya ia mendakwa negara Islam tidak wujud dalam AlQuran dan yang ada ialah Negara Berkebajikan. Mutakhir ini pula ia menjadi pendokong Negara Kleptokrasi penindas rakyat yang diterajui UmNo.
Dahulu PAS mendakwa ia wujud demi hukum hudud, tetapi kemudian ia sendiri mengatakan 'hukum hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam' sebagai alasan untuk tidak melaksanakan. Kemudian itu tukar kepada RUU355 pula yang jelas bukan hukum hudud, dan itupun ia kelihatan lebih bersungguh-sungguh di jalan raya berbanding di Parlimen. Mutakhir ini kesemuanya sekali sudah disapu ke bawah karpet di bawah slogan politik matang. Yang kedengaran pula ialah 'king maker'.
Dahulu PAS mendakwa UMNO kafir sehingga wujud pecah belah teruk dalam masyarakat, malah sampai ke peringkat ada anggota keselamatan yang mereka bunuh dan ada anggota mereka sendiri yang jenazah tidak disempurnakan kerana didakwa syahid menentang UMNO. Sekarang mereka sendiri telah menjadi sekutu UMNO yang mereka dakwa sebagai kafir itu dan sehingga kini dakwaan kafir itu masih tidak ditarik balik melainkan hanya disapu ke bawah karpet.
Bagaimanakah mereka boleh terfikir pun bahawa Allah Yang Maha Adil ini telah terlupa dan telah lalai daripada apa-apa yang pernah mereka kerjakan?
Pakatan Haprak telah gagal melemahkan atau menghapuskan parti Islam pimpinan ulama Islam.
Maka kita tidak merasa hairan melihat barua dedak cap roket menulis komen longkang untuk memfitnah parti Islam.
Barua bodoh bertingkat muka tembok bersekongkol dengan abang besar dan tuang punahsihat roket terlibat dalam 66 skandal . Inilah lanun zaman moden.
Post a Comment