Saturday, February 03, 2018

MB Jadi Imam Solat Gerhana Bulan Sempena 27 Tahun K'tan.


Kuliah YAB ustaz Dato Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan semperna 27 tahun kerajaan Membangun Bersama Islam di Masjid Magfirah Felda Ciku 1, Gua Musang.

Beliau turut mengimami Solat Gerhana Bulan sejurus solat Isya' dan khutbah telah disampaikan oleh Dato' Pengarah JAHEIK.








Kredit
Hawk


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana ada Ketua Menteri atau MB-MB negeri lain di Malaysia kecuali kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang pernah jadi imam kepada rakyatnya dalam solat, apa lagi seperti solat gerhana bulan ini? Bukan KM atau MB saja, bahkan Perdana Menteri Malaysia pun belum ada! 



UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

4 comments:

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/02/azmin-berani-engkar-tuduh-pan-tak-amanah.html?m=1

AZMIN BERANI ENGKAR, TUDUH PAN TAK AMANAH!!!

Nampak gayanya, isu kesepakatan dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke tahap yang cukup kronik dan menyebabkan gabungan itu semakin rapuh.

Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan pencalonan Perdana Menteri menjadi bahan polemik Politik yang masih menjadi bahan pertikaian walaupun keputusan pucuk pimpinan sudah dibuat.

Sehingga ke hari ini, kemelut berkaitan dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan mengundang rasa kurang senang sehingga mereka melancarkan kempen #UndiRosak.

Namun hakikatnya, konflik berkepentingan Peribadi yang melanda Pakatan Haprak itu bukan sahaja membuktikan bahawa mereka tidak sepakat. Malah keputusan penting pun gagal dicapai.

Misal contohnya, isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih juga menemui jalan buntuk biarpun arahan supaya ianya diselesaikan segera sudah pun dikeluarkan.

Tetapi malangnya, ada juga pihak yang enggan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan dengan memberikan alasan kononnya isu berkaitan dengan pembahagian kerusi itu masih dibincang.

Azmin Ali dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya tidak akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu pembahagian kerusi di Selangor seperti yang diarahkan oleh Tun Mahathir.

Sebaliknya, Si Azmin Ali tu pula mendakwa PAN Selangor sebagai pihak yang tidak beramanah kerana sengaja memburukkan keadaan serta menyebar tuduhan buruk terhadap PKR.
"Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini 'Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya kepada pemberita.
Dalam erti kata mudahnya, gabungan Pakatan Haprak tu masih lagi dilihat mempunyai agenda mereka yang tersembunyi bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi masing - masing.

Bayangkan! Kalau isu seperti ini pun mereka masih GAGAL nak selesaikan, bagaimana mungkin mereka dapat mentadbir Negara dimasa akan datang? Seandainya mereka diberi kuasa kelak, maka jahanam la negara ni dibuatnya!!!

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

A LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

- Utusan Malaysia

Anonymous said...


PAS bertopengkan agama.

Anonymous said...

Syarat dalam Islam, menjadi pemimpin kena jadi imam ke?

Kalau benar, kenapa tidak semua calon PAS jadi imam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails