Saturday, February 24, 2018

Mereka Akui Kekuatan PAS, UMNO, DAP &PAN Juga...

Hasil carian imej untuk Mereka Akui Kekuatan PAS, UMNO, DAP &PAN Juga...

Betul ke PAS ada kekuatan untuk hadapi PRU-14 nanti. Lihat apa kata UMNO.Walaupun PAS kini bergerak solo, kekuatan parti itu tidak boleh dipandang rendah, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurutnya di sebalik status PAS tidak menyertai gagasan pembangkang lain, parti itu tetap mempunyai ramai pengikut fanatik.

Itu UMNO, Kita dengar apa kata DAP musuh PAS paling lantang kritik PAS. Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.

Agaknya Macai DAP sokong tak kenyataan ini. Mereka malu nak cakap tapi tersalah cakap secara tak langsung akui kekuatan PAS terutamanya PAS Kelantan. Dengar apa kata Husam Musa.

Sementara itu, Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, kehadiran Tuan Ibrahim untuk bertanding di Kelantan disifatkan sebagai 'mencari tempat selamat'.

"Dia terpaksa cari tempat air tohor (selamat). Di Pahang (PAS) tak yakin boleh menang, terpaksa hantar orang bertanding di kelantan.

Bila Husam sebut bahawa Kelantan adalah tempat selamat bagi PAS ini bermakna tidak selamat bagi HARAPAN (termasuk PAN) dan UMNO.

Apa kata penganalisis politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata biarpun PAS kerap kali dilihat menyokong dasar yang dilaksana kerajaan Persekutuan, parti itu tetap berikrar untuk menentang Umno BN pada PRU14. 


"Orang sentiasa nak lihat Pakatan Harapan (PH), nak porak perandakan PH, tetapi selalu terlepas pandang tentang PAS. PAS pula seolah berpura-pura nak berbaik dengan Barisan (BN) tetapi tak buat (berbaik) sebab dia tahu dia punya status quo pada Umno BN. 

"Jadi dalam diam-diam dia  (PAS)mengumpul pengaruh dan mungkin kita tidak duga, kalau kita tidak awasi dia (PAS) dia boleh menang. 
"Sebab ada banyak beberapa perkara berkenaan dengan Islamik, dengan agama Islam sebagainya, yang diputuskan mahkamah baru-baru ini banyak menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia (PAS) boleh mengambil peluang disitu untuk memperkuatkan pengaruh PAS di kalangan pengundi," katanya.

Apa Kata Penganalisis UMNO pula.

Perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.


Beliau berkata berdasarkan landskap politik semasa, ada empat parti yang akan bertarung untuk undi Melayu iaitu Umno, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Namun, kata Shamsul Amri, hanya Umno dan PAS mempunyai akar umbi yang kukuh. Yang lain hanya sekadar memeriahkan pertandingan sahaja.

HANYA MACAI DAP, PAN YANG DUDUK DEPAN KOMPUTER SERANG PAS KONONNYA PAS LEMAH. MEREKA NI DAFTAR MENGUNDI ATAU TIDAK TAK TAHU. POSTING BODOH TANPA ILMU. Dapatlah sikit dedak.


XOXO - Makin PAS jelas prinsip perjuangan menegakkan Islam, makin rakyat faham dan sokong. Bukan sahaja Islam, malah PAS juga berusaha memertabatkan bangsa Melayu, itu membuatkan PAS pimpinan Abdul Hadi makin dipercayai oleh cerdik pandai Melayu Islam malah ada yang akan bersama PAS untuk memastikan PAS menguasai Malaysia. 
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

8 comments:

Anonymous said...

Yang tak mengaku adalah gang2 terlajak khadam yg bubuh posting pro liberal sekular kat sini.

Alaaaaaaa Khadammm

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyata

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/malaysianaccess.com/parti-amanah-terus-berdiam-dibuli-p4996/amp/

Parti Amanah Terus Berdiam, Dibuli Terima Kerusi Paling Sedikit

Jarang sekali Parti Amanah Negara (PAN) menyuarakan ketidakpuasan hati mereka walaupun kerap diberikan kerusi yang paling sedikit antara DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan.

Sumber dalaman menyatakan keyakinan parti-parti lebih dominan kurang terhadap PAN karana merka baru ditubuhkan dan kurang pengalaman. Diskriminasi ini tidak sejajar dengan segala usaha keras yang telah dibuat oleh ahli PAN dalam penubuhan parti itu sendiri.

Dominasi DAP dan PKR jelas dilihat apabila banyak kali membuatkan PAN seperti pekerja dan orang suruhan mereka dalam mempromosikan PH. Malangnya, usaha itu tidak dihargai kerana sentiasa menerima kerusi yang paling sedikit dalam PRU1.

Berbeza dengan pergaduhan yang berlaku ketika Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, mereka lantang bersuara atas diskriminasi yang terjadi dalam pembahagian kerusi.

Anonymous said...


Berhati-hati lah bila lawan puji, sebab ada makna bila di puji.

Dan berwaspada lah apabila lawan kata kita kuat. Jangan riak dan sombong.

Dalam perlawanan bola sepak malah tenis Federer yang 10 kali juara tetap akan kata lawan dia hebat dan mempunyai skill...

Sebagai parti Islam sepatutnya bukan begitu reaksi orang yang bertakwa..

DAP menang hampir semua kerusi yang di tandingi.. tetap merendah diri..


Parti suci menunjukkan riak apabila berulang kali memberi tahu hasil kejadian Merdeka Center.

Kini semua kenyataan yang kata PAS kuat di gunakan untuk mendabik dada.

Seperti kata Dr Salawati, tak semua parti akan menunjukkan kekuatan sebenarnya.

Parti yang di ketahui akan kekuatan nya sebelum perlawanan ada lah parti yang lemah.

Anonymous said...



Sejak bila PAS kuat?

Sebelum mendekati UMNO dan sebelum peluk UMNO, setiap hari muka depan Utusan menyiarkan keburukan PAS.

Hari ini tidak ada lagi berita yang menyerang PAS.

PAS kuat tapi di pandang hina oleh UMNO.

PAS kuat kerana akar umbi tapi bukan akar umbi yang bersuara dalam parlimen.

PAS kuat di Kelantan sebab kehadiran Tuan Ibrahim untuk bertanding di Kelantan. Kalau Tuan Ibrahim tidak bertanding di Kelantan maka Kelantan tak selamat bagi PAS. Sepatutnya Tuan Ibrahim kena bertanding di semua negeri..

Anonymous said...

Hang benci PAS maksudnya hang mau PAS lemah. Jika begitu apasal memekak dan complain.

Dasar Khadam penipu

Anonymous said...

Hang benci PAS maksudnya hang mau PAS lemah. Jika begitu apasal memekak dan complain.

Dasar Khadam penipu

Anonymous said...

9 44
9 45

Ini bukan soal benci..

Harimau yang bijak... Dia tak terus menerkam. Dia simpan kuku dia supaya berjalan dengan senyap.

Ramli MS Ketua Juri selalu bagi komen kepada peserta 'Awak boleh buat lebih baik lagi... Awak simpan kuku untuk final ya?

Dan bagaimana pula selepas PAS di hina kerana tak ada duit bayar gaji, tiba-tiba Nazri kata PAS kuat. Sekarang kalau orang dah tahu PAS tak ada duit macamana PAS boleh kuat?

Kan saya kata berwaspada..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails