Tuesday, February 27, 2018

Muktamad, Mukhriz Senyum Lebar, Parti Mana Tercorot?


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan Bersatu beroleh jumlah kerusi Dun terbanyak berbanding rakan pakatannya di Kedah.
Bagaimanapun, katanya, ia mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan).

“Biasalah ada agihan kerusi yang memihak kepada kita, ada tidak. Atas persetujuan bersama, jumlah kerusi terbanyak Dun Kedah diberikan kepada Bersatu,” katanya, sambil senyum lebar.

Menurut Pengerusi Harapan Kedah itu, semua empat parti berpuas hati dengan rundingan 36 kerusi Dun yang dimuktamadkan.

“Yang penting kita kena menang walau siapa pun calon yang bertanding mewakili Harapan. Rasa tak puas hati itu biasa, namun jika kita dapat kesan awal, masih ada masa untuk redakan keadaan,” katanya.

Sebelum ini, empat kerusi dalam rundingan akhir adalah Gurun (PKR/DAP), Kulim (Bersatu/PKR/DAP), Guar Chempedak (Bersatu/Amanah) dan Pantai Merdeka (Bersatu/Amanah).

Spekulasi awal yang dibuat berdasarkan kepada kekuatan parti itu, kemungkinan menyaksikan formula yang diguna pakai Harapan Kedah adalah 14-10-10-2 (Bersatu/Amanah/PKR/DAP).

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, beberapa siri sidang media yang didakwa melibatkan ahli Bersatu mengkritik kepimpinan tertinggi parti itu meragukan.
Katanya, sepatutnya sebarang permasalahan parti hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan negeri untuk kenal pasti persoalan dibangkitkan.

Menurutnya, sebelum ini beberapa ahli Bersatu di negeri lain turut mengadakan siri sidang media menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan parti, di mana terbukti wujud ‘tangan ghaib’ yang mengatur drama bersiri berkenaan.

AGAKNYA PARTI MANA YANG TERCOROT?


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

13 comments:

  1. Replies
    1. http://www.kedahnews.com/2018/01/kecewa-pemimpin-pan-makin-meluap-desak.html

      Kecewa Pemimpin PAN Makin Meluap, Desak PH Agih Semula Kerusi PRU14

      PARTI Amanah Negara (PAN) yang ternyata tidak puas hati dengan pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang mendesak Pakatan Harapan mengatur semula kerusi yang diberikan kepada parti itu.

      Presiden PAN, Mohamad Sabu sebeum ini berharap agar kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dapat memberi lebih banyak kerusi negeri kepada parti itu dalam PRU14 nanti.

      Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan berunding dengan pimpinan Pakatan Harapan selepas ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

      "Ya, kita akan runding untuk dapat lebih kerusi negeri dalam PRU14 nanti,"ujarnya lagi ketikaditanya tentang kerusi yang sedikit diperolehi PAN.


      Sementara itu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mencadangkan platform Pakatan Harapan digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam parti itu.

      Salahuddin berkata, dua perkara akan dibawa ke meja rundingan iaitu “Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi.

      “Jalan penyelesaian kepada situasi sekarang adalah melalui Harapan iaitu kita atur balik kerusi yang kita rasa boleh berbincang tentang faktor kemenangan dan masih ada kerusi-kerusi negeri masih dalam proses rundingan. Masih ada jalan keluar dan dapat kita selesaikan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

      Pada Ahad lepas PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor. Turut menyuarakan protes ialah pemimpin PAN Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

      Salahuddin berkata, beliau menghormati pendirian PAN Johor dan sesetengah individu yang rasa kecewa dalam soal pembahagian kerusi.

      “Itu hak mereka dan kekecewaan mereka kerana PAN ditubuhkan di Johor tetapi hanya dua kerusi diperuntukkan kepada parti ini.

      Namun Salahuddin yakin protes itu tidak akan meruntuhkan PakatanHarapan yang telah dibina selama ini.

      Di samping itu, kata beliau rasa tidak puasa hati tersebut masih berada dalam kerangka demokrasi dan tidak akan menjurus kepada perpecahan dalam PAN.

      Sebelum ini, Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan mahu mereka yang tidak puas hati itu bincangkan perkara itu dalam parti mereka.

      " Semua parti tidak akan merasa puas hati kerana kurang atau tak dapat kerusi, " kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu.


      PPBM yang tidak mempunyai kerusi Parlimen kecuali Pagoh, Johor yang dimenangi atas tiket BN pada PRU13,bagaimanapun 'dikurniakan' 52 kerusi Parlimen berbanding PAN (2 kerusi) walaupun kedua-kedua parti itu baharu ditubuhkan.

      PAN berhak menuntut kursi yang lebih atau adil kerana parti itu melakukan pergorbanan yang tinggi dengan memberikan sokongan pada kepada DAP dan PPBM untuk menjatuhkan kerajaan BN, khususnya UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

      Ia menjadi matlamat utama perjuangan Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang walaupun kedua mereka saling bermusuhan pada masa dahulu,. - Kedahnews.com

      Delete
  2. Yg gembira mestilah PAN kerana paling sedikit kerusi diberikan walaupun Pasma berasal dari Kedah.

    Bukan jasamu dikenang tetapi jasamu dibuli. Pi la mengadu kat Husam tak da pingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemuda PAN Kelantan kecewa

      KOTA BHARU: Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan kecewa kerana parti itu hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

      Ketuanya, Hazmi Hassan, berkata pengagihan kerusi itu tidak boleh dianggap sebagai satu berita yang memuaskan hati penyokong pakatan pembangkang khususnya PAN.

      "Kami agak kecewa dengan bilangan kerusi yang diumumkan itu dan tidak dinafikan ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

      "Bagaimanapun, kami kena menganggap itu adalah proses biasa dan hanya mampu letakkan senyuman bagi memastikan kemenangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

      Semalam, konvensyen pembangkang mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung membabitkan 165 kerusi iaitu 52 kerusi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR (51), DAP (35) dan PAN (27)

      Delete
  3. Perlumbaan belum bermula. Digarisan penamat nanti barulah diketahui siapa yang dihadapan dan siapa yang corot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.1media.my/2018/01/pan-ibarat-rumah-siap-pahat-masih.html

      PAN IBARAT RUMAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI?

      Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam 7 Januari lalu memutuskan PPBM bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala PAN (27) bagi kerusi parlimen di Semenanjung.

      Belum apa-apa Parti Amanah Negara (PAN) buat kecoh kononnya kecewa sangat dengan pembahagian kerusi dalam Muafakat Pakatan Harapan ni. Pada hal, DAP pun banyak juga “bertolak ansur” bila mereka hanya tinggal 35 kerusi daripada 36 kerusi yang ditandingin di Semenanjong pada PRU ke-13 yang lepas.

      Di kalangan PAN, paling tidak mencerminkan Muafakat PH adalah PAN Johor bila sanggup melakukan boikot. “Ini (boikot konvensyen) sebagai signal supaya Pakatan Harapan lebih adil dalam agihan kerusi. Daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kita hanya dapat dua, tak sampai 10 peratus jumlah keseluruhan.


      Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, parti itu kecewa apabila hanya diberikan dua kerusi Parlimen iaitu Pulai dan Parit berbanding dengan lima kerusi yang diminta termasuk Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.

      Aminolhuda menegaskan, kelima-lima kerusi parlimen yang diminta parti itu majoriti pengundi Melayu dan ditandingi calon dari PAS dalam PRU lalu.

      Begitu juga dengan PAN Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14 akan datang dengan hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk PAN di negeri itu iaitu di Temerloh tetapi permintaan PAN Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu, Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan begitu sahaja.

      PAN ni boleh diibaratkan, rumah siap, pahat masih berbunyi. Di Perak pun dilaporkan tidak berpuashati dengan 4 kerusi, iaitu Parit, Parit Buntar, Bukit Gantang dan Lumat. Nampak paling malang. seolah-olah tak wujud langsung bila tidak ada diberikan satu kerusi pun untuk ditandingi pada PRU ke-14 adalah PAN Wilayah Persekutuan dan Perlis.

      Delete
  4. Assalamualaikum,

    Link ke Video yg menunjukkan Mahfuz Omar Panggil Mukhriz Mat Blur

    ini dia punya link. Kasi tengok jangan tak tengok

    http://www.tv14.my/2016/02/04/mahfuz-omar-pernah-gelar-mukhriz-sebagai-mat-blur-penyokong-sudah-lupa/


    Kira Khadam2 PAN dibuli oleh Mat blur. kah kah kah

    http://www.tv14.my/2016/02/04/mahfuz-omar-pernah-gelar-mukhriz-sebagai-mat-blur-penyokong-sudah-lupa/

    VIDEO : MAHFUZ OMAR PERNAH GELAR MUKHRIZ SEBAGAI ‘MAT BLUR’. PENYOKONG SUDAH LUPA?

    RAMAI suka apabila Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen dari PAS dilihat bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam siri-siri ‘kempen Kekal Mukhriz’ sebelum beliau sendiri meletakkan jawatan?

    Malah, ada yang menyerang Tv14 mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Menteri Besar sekarang) sudah mula gelabah kerana masih tidak berdaya menjatuhkan Mukhriz walaupun sudah masuk ke minggu kedua pada ketika itu.

    Kehadiran Mahfuz dalam acara-acara ‘kempen Kekal Mukhriz’ itu seolah-olah telah memberi suntikan vitamin kepada para penyokong Mukhriz dan penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

    Mereka anggap Mukhriz sedang di pihak yang benar dan kuat sehingga tokoh dari parti lawan seperti Mahfuz pun sanggup bersama-sama mempertahankan Mukhriz dari dipecat.

    Itu cerita dan apa yang mereka rasa sebelum ini.

    Datuk-Mahfuz-Omar4

    Tetapi menitis air mata dan meleleh air liur apabila pada 3 Februari 2016 jam 10.15 pagi, Mukhriz dalam satu sidang media mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai MB Kedah.

    Kemana Mahfuz waktu itu? Entah lari kemana dah tanpa dapat dikesan.

    Satu lagi cerita, tahukah kalian bahawa tahap kebencian Mahfuz terhadap Mukhriz dan bapanya Mahathir amat mendalam.

    Mahfuz telah melabelkan Mukhriz sebagai ‘Mat Blur‘ dan merendah-rendahkan bekas MB Kedah tersebut.

    Ikuti ceramah Mahfuz tersebut seperti dalam video ini :



    Mahfuz dalam ceramahnya dipercayai pada Februari 2014, pernah meminta agar Mukhriz mengambil cuti tiga bulan dan berniaga menjual ikan di pasar supaya dapat merasai kehidupan rakyat sebenar.

    Malah, Mahfuz juga pernah berkata dalam ceramahnya itu bahawa bapa Mukhriz iaitu Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pun mengamalkan ‘politik ugut’ terhadap barisan menteri kabinetnya dengan memegang fail peribadi setiap daripada mereka.

    “Sikap Menteri Besar ini akan merosakkan Negeri Kedah… Akan merosakkan rakyat Negeri Kedah,” katanya dalam ceramah tersebut seperti dalam video di atas.

    Wahai para penyokong Mukhriz dan penyokong Mahathir, sila tengok kembali video tersebut dan nilai sendiri siapa dia Mahfuz Omar yang kalian julang sangat dek kerana dia sokong Mukhriz untuk tidak berundur. – Tv14


    ReplyDelete
  5. Ada golongan yg kecewa? Sila berubat dengan PAN. Mereka dah banyak kali kecewa. Tak percaya, sila baca statetment2 diatas yg diucapkan oleh hero-hero PAN


    ReplyDelete
  6. Wah barua-barua ternakan pakatan suka menyondol dedak cap roket sedang bergaduh dan tindas menindas kerana berebut kerusi antara sama lain.

    Dahulu pemimpin-pemimpin parti PANIPU mendabik dada kononnya merekalah penyamun yang hebat berjaya melarikan kerusi parti Islam.

    Sebagai khadam DA-Pig, pemimpin dan ostad PANIPU berlagaj hero bangga dipuji oleh sifu evangelis.

    Malang bagi parti PANIPU kerana kerusi yang disamun PANIPU kini disamun oleh geng sendiri.

    Maka menangislah para pemimpin dan ostad PANIPU tergolek-golek sedangkan sifu evangelis parti kafir harbi DA-Pig tersenyum gembira mendapat banyak kerusi.

    ReplyDelete
  7. xpe sikit dapat yang penting berapa nak bagi kat PCM dengan ikatan tu. takkan nak bagi sikit kesian deoa nanti melukut jadinya. jangan tamak sangat. kan PIGs

    ReplyDelete
    Replies
    1. PIGS = Pan In Garbage Shits

      PIGS pimpinan Mike Selfie khadam DA-Pig.

      Delete

  8. Formula nya mudah dan tepat cantik...

    Selangor... PKR
    Penang.... DAP
    Kelantan.. AMANAH
    Kedah...... BERSATU lah...

    Ini paling minima punya target... ada.. adaaa banyak lagi.. tapi tak boleh lah di dedahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Mat Jenin, PRU belum bermula sudah sibuk tubuh kerajaan negeri. Bodoh seperti lembu makan rumput!

      Delete