Monday, February 05, 2018

PAS Tanding Permatang Pauh &3DUNnya. Termasuk 20 DUN PP..


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof (kanan) menyerahkan borang keahlian baru kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Amanat Presiden Pas di hadapan Masjid Jamek Kubang Semang, Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

PERMATANG PAUH: PAS mengesahkan akan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu ceramah di Kampung Kubang Semang, di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, kerusi parlimen itu dimiliki PAS pada Pilihan Raya Umum 1978 menerusi wakilnya, Zabidi Ali.

"Ketika itu, kita tidak menang banyak kerusi di Kelantan , begitu juga di Terengganu. Namun, kita menang di Permatang Pauh. Ini adalah kerusi PAS dan kita mesti mendapatkannya semula," katanya.

Selain kerusi parlimen Permatang Pauh, PAS juga dikatakan akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir. 

Kerusi parlimen Permatang Pauh kini wakili oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang memenanginya menerusi pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada Mei 2015 berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

PAS bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999. Anwar mewakili parlimen itu sejak 1982 atas tiket UMNO. Pada 1999, Anwar tidak bertanding, namum, isterinya Wan Azizah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh hingga 2008, sebelum mengosongkannya pada 2009 untuk memberi peluang kepada suaminya kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, berkata

PAS sudah memuktamadkan calon yang akan bertanding di kerusi parlimen itu. Beliau enggan mendedahkan butiran calon itu, namun mengesahkan calon itu berasal dari Pulau Pinang dan antara pemimpin PAS negeri.
PAS juga, katanya, sudah menyenarai pendek 20 nama untuk bertanding kerusi DUN Pulau Pinang pada pilihan raya umum kelak. (BH)

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

4 comments:

Anonymous said...

Hadi Jenin sedang panjat pokok sedang angin kencang ketika ini.


Nak tunjuk bertanding banyak kerusi bukan bererti parti itu kuat.

Parti ramai ahli tapi pemimpin tak bijak dan Mereng pun buat apa?

Anonymous said...

Cayalah PAS..baru Ada akaiiii pakatan haprak..hidup PAS

Anonymous said...

Jauh lebih baik drp parti yang berebut kerusi tak habis2..

Anonymous said...

Ikut perangai PAS ..

Berebut lepas perang.

Masa itu mereka akan tinggalkan perjuangan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails