Sunday, February 04, 2018

Perlu Tambah Enakmen Pentadbiran Agama Negeri -PGSM


Post Pic
KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa semua Kerajaan Negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan tambahan di bawah enakmen berkenaan.

Presidennya, Musa Awang berkata, peruntukan tambahan itu adalah peruntukan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi Majlis.

Ujarnya, ia susulan keputusan mengejutkan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini bersabit kes penukaran agama sepihak anak pasangan guru tadika, M Indira Gandhi dan bekas suaminya yang beragama Islam, Mohd Ridhuan Abdullah.

Menurut Musa, kes itu sepatutnya dijadikan “wake-up call” kepada pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama negeri untuk segera memperkemaskan undang-undang syariah masing-masing.

“Peruntukan baru tersebut agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan tidak memberi sebarang ruang untuk dibawa ke mahkamah sivil, dalam memutuskan perkara berkaitan orang Islam.

“Pindaan sedemikian telah pun dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada Mei 2015 dengan memasukkan peruntukan baharu Seksyen 66A dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2015) Seksyen 66A-Bidangkuasa Mahkamah Tinggi syariah bagi semakan kehakiman,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu memutuskan penukaran agama tiga anak Indira kepada agama Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Dalam pada itu Musa berkata, Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.

Dalam masa sama, kata Musa, PGSM sedar bahawa dalam kes berkenaan, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan “judicial review” bagi menentukan keesahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam Perak.

“Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah atau batal di sisi undang-undang, lantaran “anak-anak tersebut” tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004.
“Oleh itu, PGSM berpandangan bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut adalah disebabkan Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana Jawatankuasa atau institusi di bawah Majlis Agama Islam,” ujarnya.

Musa berpandangan, disebabkan itu, apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana institusi Islam, kebanyakannya akan dibawa ke mahkamah Sivil.

“Maka, di situlah berlakulah campur tangan mahkamah sivil terhadap perkara-perkara yang sepatutnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah,” ujarnya.
-sh-

8 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Anonymous said...

Flashback Khalid Samad 2012


http://semuthitam80.blogspot.my/2011/08/isu-murtad-serlahkan-kebodohan-khalid.html?m=1

ISU MURTAD SERLAHKAN KEBODOHAN KHALID GEREJA!!!


Seawal pagi tadi, Si Khalid Gereja ni dah mula menyerang tindakan Datuk Dr. Hassan Ali mengenai serbuan yang dijalankan oleh pihak JAIS.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga turut menyatakan bahawa ianya tidak salah bagi orang bukan Islam mempergunakan kalimah Al - Qur'an dan doa.

Tambah Si Khalid Gereja ni lagi, kenyataan Dr. Hassan itu bukan pendirian PAS Selangor dan menjauhkan kepimpinan PAS Negeri berhubung isu tersebut.

Walaubagaimana pun, dalam masa yang sama, pihak PAS Negeri telah memanggil Dr. Hassan Ali untuk memberikan penjelasan berhubung tindakan JAIS itu.

Sebelum ini, Khalid turut mengeluarkan satu kenyataan yang jelas nampak sangat bongoknya Si Ahli Parlimen Shah Alam ini. Kata dia:
“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?” kata Khalid
Alasan macam budak sekolah. Apa, dia tak nampak ke isu sebenarnya atau dia saja buat - buat buta? Dia tak baca ke laporan yang disiarkan sebelum ini?

JAIS buat serbuan tu sebab ada laporan menyatakan bahawa wujud gerakan yang mahu memurtadkan orang Islam dengan cara mengadakan jamuan makan.

Sedangkan PM pergi ke Vatican City diatas jemputan dan juga bagi menjalinkan persahabatan dengan Pope. Takkan itu pun dia tak faham?

Takkan benda yang semudah itu pun dia tak tahu nak bezakan? Buat rugi je dia jadi Ahli Parlimen sedangkan benda yang macam tu pun dia boleh jadi bengong.


Nampak sangat la diorang memang mengamalkan 'double-standard' dalam menegakkan hukum Islam. Kalau sesama Islam, berani la dia nak berbunyi. Kena dengan DAPigs tengok, senyap!!! Kecut telur!!! Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu? Ceit!!! Pigidah!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan Ibnuhasyim yang dihormati,

Dengan segala hormatnya, saya mohon tuan sudi menerbitkan artikel bertajuk 'Mahkamah Syariah Bukan Tribunal Rendah' ismaweb kerana isinya bagus untuk dibaca oleh pembaca lamanweb ibnushayim. Saya percaya ia berfaedah untuk kita semua.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas

Syed

Ibnu Hasyim said...

Ya, saya setuju. Insya Allah!

Anonymous said...

Sekadar bagus di baca ..!

Tidak ada cacat cela nya dengan Islam dan apa jua yang berkaitan dengan nya.

Dari dulu sampai hari ini kita hanya 'mempromosi' Islam..

Sampai ada yang jadi melampau kerana terlebih 'promosi'.

Islam bukan untuk 'di promosi' macam artikel tersebut yang di promosi kan ..

Anonymous said...

Terima kasih tuan Ibnu Hasyim. Semoga Allah memberkati tuan sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin.

Anonymous said...

Adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk mempromosi agama Islam sebagai cara hidup yang terbaik secara berhikmah dan bijaksana dan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.

Anonymous said...

Islam mana boleh di promosikan.
Nak 'Test Drive' pun tak boleh.

Jadi kan Islam itu betul pada setiap individu. Dan individu yang Islam nya betul dengan berpegang pada keyakinannya sendiri yang hadir pada dirinya atas amalan nya meng'ingati' Allah sepanjang masa adalah individu yang tidak perlu Islam itu di promosikan.

Islam nya bukan kerana terpengaruh atau terikut-ikut. Apa lagi mengikut agamawan yang lidah nya selalu terkehel.

Individu ini akan tolak Islam yang di promosikan oleh ahli politik terutama sang Lobai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails