Wednesday, February 07, 2018

Rafizi Ramli DiPenjara 30 Bulan, Kes Bafia


Rafizi Ramli

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), enam tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan.
Zamri menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan Mohd Rafizi dan Johari gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari dan peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Mohd Rafizi.
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.
Mohd Rafizi, 41, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun bank Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Johari, 47, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta sama. – BERNAMA
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


13 comments:

ted manoff said...

Tak berbaloi rasanya..patut sharizat dan suaminya turut serta kedalam..takpelah boleh buat rayuan..apa pandangan ibnu hasyim dlm kes nii..takkan salah dap lagii..🐮🐮🐍🐒🐵

Anonymous said...

Ini Jawapan Kepada Ted Manoff

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/669033-rafizi-kata-dedah-rasuah-kerana-allah-fitnah-kepada-khalid-ibrahim-salah-siapa.html

Rafizi Kata Dedah Rasuah Kerana Allah, "Habis Tu Fitnah Khalid Ibrahim Kerana Siapa?"

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa tindakannya mendedahkan isu rasuah adalah kerana Allah dan beliau meminta keampunan daripada Maha Esa sepanjang masa.

"Malah, ia kerana saya takut kepada Allah daripada segala-galanya," kata Ahli Parlimen Pandan itu dipetik portal berita.

Beliau juga secara sinis menyatakan rasa gembira kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaafkannya diatas fitnah PAS menerima rasuah daripada UMNO, sungguhpun Rafizi tidak pernah meminta dirinya dimaafkan.

"Saya gembira beliau memaafkan saya, walaupun saya tidak memohon maaf kepadanya," katanya.



Mengulas isu fitnah oleh pemimpin PKR berkenaan, penganalisis politik Lim Sian See mengingatkan Rafizi untuk tidak menggunakan nama tuhan dalam menjustifikasikan fitnah yang disampaikannya.

Kata beliau, Rafizi sebelum ini terbukti menabur fitnah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi 'Langkah Kajang' dalam usaha menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sudah-sudahlah Lapiji (Rafizi). Siapa masih tidak tahu kamu pernah terus-terang mengaku bahawa tugas kamu hanya untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari?" katanya dipetik Facebook beliau.

Langkah Kajang dilancarkan oleh Rafizi bersama bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014 menyaksikan pencalonan Pemimpin De Facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang turut memperakuinya di mahkamah pada awal tahun ini walaubagaimanapun terpaksa berundur diri selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.

BACA: Anwar Mengaku Penyingkiran Khalid Menerusi Langkah Kajang Demi Rampas Jawatan Menteri Besar Selangor

PKR kemudiannya menamakan isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim sebagai calon parti berkenaan.

Selepas memenangi PRK tersebut, usaha untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar giat dijalankan, namun, Khalid yang masih lagi Menteri Besar Selangor yang sah enggan melepaskan jawatan berkenaan.



Ekoran keengganan tersebut, Rafizi bersama Saifuddin mengeluarkan 'dossier' setebal 91 muka surat kononnya bukti salah laku Khalid sepanjang tempoh menjadi Menteri Besar.

Pembantu Peribadi Khalid, Faekah Husin menerusi temubualnya bersama Malaysian Digest sebelum ini menyifatkan Langkah Kajang sebagai drama terbesar dalam sejarah PKR demi menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar.

Jika anda rajin baca 91 muka surat itu, satu pertiga daripada tuduhan itu adalah pertanyaan 'mengapa Khalid tak nak bayar lebih kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)?'

"Sepatutnya jika PKR nak tuduh Khalid mengamalkan rasuah, mereka patut tanya kenapa Khalid bayar lebih. Itu baru betul ada potensi berlaku rasuah. Tapi dalam dossier itu, mereka tanya kenapa Khalid tak mahu bayar lebih," katanya.

Tambahnya, selepas perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, terbukti bahawa segala dakwaan Rafizi dan Saifuddin adalah fitnah.

Anonymous said...

Jadi saya berharap Rafizi dan Ted Manoff bertaubat. Apa yg terjadi kepada Rafizi adalah kerana balasan fitnah beliau antaranya kpd TSKI

Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform

ted manoff said...

Kes khalid tuu lain cherita..kita ckp pasal lembu kondo..

Anonymous said...

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].



Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

Anonymous said...

Rafizi bukan minta di maafkan. Rafizi minta dia di saman.

Macam saya dengan tuan Admin. Minta maaf, mintak juga. Tapi belasah tetap belasah.

Anonymous said...


Ini pasal si Khalid.. Cakap tak nak bertanding tapi akan bekerja kempen untuk PAS dan tolong UMNO. Itu nama nya busuk hati, kalau tak, pengecut.

Khalid terpengaruh dengan hasutan Hadi. Kalau dia pandai berpolitik selain dari berjaya dalam pengurusan ekonomi, tak kan lah Anwar sendiri yang bertanding di Kajang.

Apabila Wan Azizah menang, bererti orang Kajang tolak Khalid jadi MB.

Begitu lah kerja Iblis. Orang yang selama ini di jalan yang betul dan yakin pada kebenaran, akhir nya tergelincir jua.

Iblis tidak akan menyerupai Lim Kit Siang atau Ramasamy untuk memperdaya kan orang Islam.

Anonymous said...

Dah kantoi bohong lagi. PAS dah saman Sarawak Report

ted manoff said...

Ibnu hasyim.. Kenapa waktu pas bersama pakatan dulu kitsiang ank beranak tk tertarik dgn islam sebaliknya guan eng pilih kristian..adakah pas tk beri contoh yg baik kepada dap dulu..bila dah berpisah diungkit2 kisah dulu..sedarlah ibnu hasyim yg pas takkn dpt perintah malaysia nii..📓

Anonymous said...

Kerana DAP mahu PAS meninggalkan Islam. Mengapa begitu? Kerana DAP anti Islam

DAP amat membenci Islam maka apa jua usaha mendualatkan Islam akan ditentang oleh DAP.


http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

Nama tad manoff tapi org sebenar sapa tahu. Dari komen ternyata dia adalah sibertrupp anti islam. Faktar takda bukti tak payah janji tabur fitnah dan sebar kebencian pada pas sebab pas perjuangkan islam. Teruska tad manoff moga kamu akan jumpa kebenaran sebenar dan beriman kepada allah swt tuhan sekalian alam maha agung lagi maha mencipta kita semua hambanya. Ameen

Anonymous said...

ORANG-ORANG YANG MEMUSUHI PERJUANGAN ISLAM SEDANG DITIMPA PELBAGAI BENTUK BALA. KITA MENYOKONG PERJUANGAN PAS KERANA PAS MEMBELA AGAMA ISLAM DAN HAK UMAT ISLAM.

Anonymous said...

Ted adalah barua @ cybertrooper ternakan parti kafir harbi yang diupah dedak untuk menjaja fitnah memburuk-burukkan agama Islam, ulama Islam dan parti Islam.

Semua dakwaan karut yang ditulis ted adalah tidak berasas yang bererti semua dakwaan tersebut adalah fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails