SHAH ALAM: Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijalankan sejak awal bulan ini masih buntu.
Menurut sumber, kegagalan mencapai kata sepakat disebabkan pendirian PKR untuk bertanding paling banyak kerusi DUN Selangor, dengan alasan negeri ini adalah ‘milik’ mereka.
“Alasan diberi pemimpin PKR ialah Selangor ‘milik’ PKR, Pulau Pinang ‘milik’ DAP dan kemungkinan Kedah menjadi ‘milik’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Negeri ‘milik’ Parti Amanah Negara (PAN) pula akan dibuat berdasarkan keputusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-14) nanti.
“Sebanyak 14 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP yang dimenangi pada PRU-13 kekal ditandingi kedua-dua parti ini. PAN pula memiliki dua kerusi selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS keluar menyertai PAN,” katanya kepada BH Online.
Sumber berkata, perbincangan agihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.
“Jadi, baki 12 kerusi milik BN serta 13 kerusi PAS milik PAS perlu diagihkan antara DAP, PKR, PPBM dan PAN. Keadaan ini menyebabkan PPBM dan PAN tidak berpuas hati,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu kekal dengan pendirian untuk bertanding kerusi yang disandang BN.
Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.
PAN pula bertegas mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.
ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS untuk menyertai PAN.
Ketika ini, DAP menyandang 14 kerusi DUN Selangor, PKR (13), PAS (13), BN (12) dan PAN (dua) dan Bebas (dua).
Dua ADUN Bebas ialah Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang sebelum ini dari DAP.
Pada 9 Febuari lalu, BH melaporkan berdasarkan keputusan awal rundingan, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), PPBM (10), dan PAN (sembilan), namun ia dibantah PPBM dan PAN – BH
Iklan:
Tukang gunting lelaki,
Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia.
- Pendapatan basic komisen boleh dirunding.
- Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan.
- Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra.
Kelebihan / Kemudahan
- Majikan yang prihatin
- komisyen dan gaji terjamin.
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi
- oleh ramai penduduk.
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan.
- kedai berhawa dingin.
Muaz;:
Sila hubungi..
018 2018342
011 33111321
011 33111321
10 comments:
Tuan Ibnu. Dengan pendedahan audio PAS ambik DUIT UMNO yg Sedang hangat viral ketika ini, Adakah menjejaskan peluang PAS mengetuai blok Ikatan Gagasan Sejahtera, untuk menawan Selangor?
Habislah parti PANIPU yang megah berlagak hero DA-Pig melarikan kerusi parti Islam dan sekarang kerusi PANIPU pula disamun oleh geng sendiri. Mike Selfie, sumbu kuasa 10, mu jahat, kalit greja, ha-selipar mydoom, ostad PANIPU dll hanya mampu menangis seperti bayi lapar susu.
Kah kah kah kah kah kah.
Maka kita tahu pemimpin-pemimpin pakatan terdiri dari .....
Sudah dijawab oleh twit Omak Kau
Hanisya@omak kau
Hanisya@omak kau
@Nomy69
·
1h
Ketika era rakaman video dan audio berkualiti HD masih ada lagi balaci2 maya PH yg muat naik audio macam bercakap dlm perigi buta.
Audio ciptaan studio sumbu kuasa 10 menjejaskan peluang parti PANIPU dalam PRU 14 sebab orang tidak percaya dengan propaganda PANIPU.
https://aidcnews.wordpress.com/2018/02/27/kalau-percaya-rakaman-nik-abduh-terima-duit-umno-kena-percaya-juga-audio-mat-sabu-dan-normah/
Kalau Percaya Rakaman ‘Nik Abduh Terima Duit UMNO’ Kena Percaya Juga Audio ‘Mat Sabu dan Normah’
AIDCNews -27/02/18 –Jika ada yang mempercayai rakaman ‘Nik Abduh terima duit UMNO’ maka dalam masa sama perlu juga mempercayai rakaman ‘Mat Sabu dengan Rosmah’ dan “Anwar dengan China Doll’ kata Fais Al-Hajari.
“Jangan sekerat-sekerat, jangan separuh-separuh, jangan memilih-milih…perlu diingat rakaman audio “Mat Sabu dan Normah” itu dilegarkan pada ketika teknologi editing audio video sangat-sangat terhad masa tu.
“Bukan macam sekarang yang memang senang-senang je nak edit itu ini,”katanya dalam Facebook.
Dalam rakaman yang sedang giat disebar oleh aktivis-aktivis PAN itu mendakwa satu pertemuan tertutup diadakan di antara Ustaz Zaharuddin Mohamad dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan dengan isu terima duit daripada UMNO.
“Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan ‘beberapa orang’kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar.
“Suara yang kononnya Nik Abduh tu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar,” kata Ahmad Amzad Hashim dalam Facebook.
Menurutnya, keshahihan suara dalam rakaman itu adalah suara Nik Abduh juga dipertikaikan orang ramai.
“Jadi jika pertemuan ‘beberapa orang’ mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu?
“Content, Isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah.
“Biasanya kita kesan kandungan itu, satu satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodo saja yang cerita sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit!,”katanya lagi
YANG NYATA PAN AKAN MENANGIS KERANA KECEWA
https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/09/mengapa-mat-sabu-salahuddin-ayub-menangis-ketika-konvensyen-ph/
Mengapa Mat Sabu & Salahuddin Ayub Menangis Ketika Konvensyen PH ?
AIDCNews -09/01/18 –Mengapa Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Salahuddin Ayub menangis ketika Konvesyen Pakatan Harapan (PH) Ahad lalu.
Persoalan itu ditimbulkan oleh blog Revolusi Habib yang mendapat sumber dalaman bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi Amanah itu tidak gembira dengan pengagihan kerusi PH.
“Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan.
“Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN (Amanah) membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan.
“Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan.
“Walau bagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut.
“Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan,” dedah blog itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Amanah supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).
“Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Amanah yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.
Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, Amanah mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).
agaknya geng Pigs nanti berapa yang dapat ye. Pis tu kalau boleh semua dia nak maklum la ikut gurunya nanti duk dalam parlimen berkecuali je, lepas tu tulis dalam facebook. oh ye ketuanya selalu ponteng.percayalah kalau 5 mac ni ada persidangan mesti dia ponteng lagi. tak pe la nanti ada la orang bekap.
Aduh, sekarang makan dedak...lepas PRU nanti PAS aka ditalkinkan....Wan ji (PAS) dah masuk PH..aduh...Subki Latiff pun heran dengan PAS skrg yg berbeza dengan dahulu. PAS skrg tiada matlamat perjuangan dan suka memaki.
Barua-barua sondol dedak cap roket berlagak 'suci' sambil memfitnah dan memaki hamun ulama Islam dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS yang memperjuangkan Islam.
Maka kita tidak merasa hairan melihat barua-barua dedak ini membela sifu evangelis dan khadam-khadam sekular liberaknya setiap kali puak sesat dan menyesatkan ini menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.
Inilah sikap munafik yang berpura-pura beriman sambil menentang perjuangan Islam untuk menyesatkan umat Islam.
Kita merasa amat gembira melihat puak munafik keluar dari parti Islam supaya parti Islam menjadi lebih stabil, kukuh dan kuat dan selamat dari pengkhianat dan sabotaj.
Di zaman Rasulullah s a.w. pernah berlaku beratus-ratus munafik keluar dari tentera Islam dalam perjalanan ke medan perang tetapi akhirnya Rasulullah s.a.w. dan tentera Islam mencapai kemenangan besar.
PIGS = Pan In Garbage Shits
= khadam DA-Pig
= PANIPU sondol dedak roket.
Post a Comment