Wednesday, February 07, 2018

Tokoh Politik Jerman Anti-Islam, Kini Pilih Islam, Mengapa?




BERLIN – Arthur Wagner, anggota kanan parti politik Jerman, Alternative for Germany (AfD), yang memeluk agama Islam, baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana beliau berbuat demikian.

Ia sebenarnya bertitik tolak daripada prinsip hidup dirinya yang memang tidak bersetuju dengan tindakan gereja negara itu mengiktiraf perkahwinan sesama jenis dalam kalangan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).
Tahun lalu, AfD menjadi parti nasionalis pertama memenangi kerusi Parlimen Jerman sejak 1960-an dengan kempennya anti-Islam malah menggunakan slogan ‘Islam tiada tempat di Jerman’ ketika pilihan raya tempatan.
Menurut laporan akhbar The Telegraph, Wagner, yang kini menggunakan nama mualaf sebagai Ahmad, kemudian meletakkan jawatan ahli jawatankuasa kanan dalam parti  politik ketiga terbesar di Jerman itu awal tahun ini.
Namun beliau mahu kekal dalam AfD untuk membina semula hubungan baik antara umat Islam Jerman dengan komuniti setempat. Keputusannya untuk menganut agama Islam malah merupakan satu kejutan besar di negara itu.
Bayangkan Wagner pernah cuba mengekang projek pembinaan masjid di Jerman, menggesa polis sempadan untuk menembak mati pelarian Muslim dan pendatang Afrika daripada cuba berhijrah memasuki negara Eropah tersebut.
Beliau bahkan dahulu hebat beri amaran terhadap ancaman Muslim dibenarkan kerajaan Jerman memasuki negara itu dan menuduh Canselor Jerman, Angela Merkel melakukan “kesilapan besar ” dengan dasar pelarian Muslim.
Jika sebelum ini Wagner lantang beri amaran bahawa “Jerman sedang bertukar menjadi negara berbeza”, setelah menjadi Muslim, beliau pula merahsiakannya kerana tidak pasti bagaimana memberitahu rakan-rakan dalam parti.



Menerusi temuramah dengan akhbar popular Bild, Wagner, 48, berkata antara sebab beliau terbuka hati untuk tiba-tiba berubah apabila memeluk agama Islam ialah kerana tidak dapat menerima perubahan drastik dalam gereja.
Menurut laporan portal terkenal Britain, Daily Mail, bekas penganut Kristian Protestant itu berkata: “Satu sebab ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam pihak gereja yang tidak lagi sesuai dengan jiwa saya sendiri.
“Sokongan gereja tempatan terhadap usaha perkahwinan LGBT yang sebelum ini dikutuk dan penyertaan pastor ketika perarakan tradisional Christopher Street Dayyang turut disertai kanak-kanak, itu tidak boleh saya terima.”
Menurut Wagner, beliau pernah menimbangkan untuk memeluk Islam sejak 2015, ketika mengunjungi bandar Ufa di Rusia yang majoriti penduduknya secara kebetulan merupakan masyarakat Islam domestik daripada etnik Tatar.
Sementara itu, Ketua Bahagian AfD di Brandenburg, Kai Berger, berkata mereka hanya mengetahui berita mengenai Wagner sudah memeluk Islam melalui media massa dan meluahkan perasaan amat kecewa dengan tindakannya.
“Ramai ahli parti mahu dia meninggalkan AfD tetapi malangnya kami tidak boleh memecatnya sebagai ahli parti kerana Wagner tidak pula melakukan sebarang kesalahan mengikut peruntukan undang-undang,” kata beliau.
Namun begitu, media Jerman melaporkan Wagner, bapa kepada dua anak, meluangkan masanya melakukan kerja sukarela dengan pendatang Muslim, termasuk memberikan bantuan penterjemahan kepada pendatang Chechen.
Interaksi beliau secara peribadi, menurut laporan portal Vox, kemungkinan besar berjaya menyebabkan hatinya langsung terbuka memeluk ajaran Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

8 comments:

Anonymous said...

Tetapi yh pelik adalah PAN. Pergi usrah bagai tapi jai khadam DAP walaupun DAP anti Islam

DAP amat membenci Islam maka apa jua usaha mendualatkan Islam akan ditentang oleh DAP.


http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

ted manoff said...

Alangkah indahnya kalau pas berjaya mentarbiah kitsiang dan guan eng dulu..

Anonymous said...

http://www.ibnuhasyim.com/2018/02/jakim-ini-bukti-ph-tiada-komitmen.html?m=1

JAKIM: Ini Bukti PH Tiada Komitmen Daulatkan Islam. -Dr Kamarul Zaman.

MENONTON Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, tengahari tadi, 6 Februari 2018, menampakkan dengan nyata betapa PH tidak ada komitmen jelas untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.
Di dalam sidang media ini, Tun Dr Mahathir ditanya oleh seorang wartawan mengenai kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dalam portal berita Free Malaysia Today pada 1 Februari lalu bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak berperlembagaan.
Disebabkan JAKIM ditubuhkan sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, wartawan itu bertanya, “apa pendirian PH dengan JAKIM, adakah sekiranya PH memerintah JAKIM itu diperlukan lagi pada pengamatan Tun?”
Agak mengejutkan bila Tun Dr Mahathir gagal mempertahankan JAKIM yang ditubuhkan oleh beliau sendiri dengan hanya menyebut: “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)”.
Malah jawapan Tun Dr Mahathir bahawa “nothing is permanent (tiada yang kekal)” dalam konteks kewujudan JAKIM ini boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud bahawa beliau sendiri pun boleh bersetuju dengan cadangan beberapa pihak supaya JAKIM dihapuskan.
Selain itu, turut ditanya adalah dakwaan Tengku Razaleigh bahawa penubuhan JAKIM ini adalah antara usaha Tun Dr Mahathir “untuk menjadikan Umno lebih Islam daripada PAS” di mana ini dinafikan oleh beliau yang menyatakan “kita buat yang ini bukan kerana PAS”.
Kata Tun Dr Mahathir: “Kita buat kerana kita nak dekatkan kerajaan dengan ajaran-ajaran Islam. Bukan kita nak ambik semua masuk, cuma so that what we do is not in contradiction with the teachings of Islam (supaya apa kita buat tidak bertentangan dengan ajaran Islam)”.
Tidak syak lagi, kenyataan Tun Dr Mahathir ini mengesahkan bahawa pendekatan Islam beliau tidak selaras dengan kesyumulan Islam seperti yang tertera dalam Ayat 208 Surah al-Baqarah, “Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan”.
Kegagalan Tun Dr Mahathir mempertahankan kewujudan institusi Islam seperti JAKIM yang yang ditubuhkan oleh beliau sendiri ini sebenarnya tidak begitu sukar untuk difahami jika kita teliti susur-galur kewujudan cadangan beberapa pihak supaya JAKIM dihapuskan.

Anonymous said...



Baca lah artikel tu. Arthur Warner tu anti Islam jugak. Siap suruh tembak pelarian Islam.

Mungkin ada pemimpin DAP yang anti Islam pun macam tu jugak. Allah bagi hidayah pada orang yang Dia kehendaki. Suka Dia.

Ini petunjuk akhir zaman, dunia nak khiamat. Ulama kejar habuan dunia semata-mata. Dan orang yang tidak beriman di angkat menjadi orang yang beriman.

Sepatutnya suka lah DAP anti Islam... tapi masalah nya kata sini pemimpin dan ulama menunjukkan contoh yang salah. Itu yang melambatkan mereka menerima hidayah.

Itu sebab sebaik-baik nya bersederhana sahaja supaya kita selamat. Mana yang terover guna Islam untuk buat orang lain memusuhi dan membenci orang lain, orang itu lah yang akan menyesal. Apalagi guna agama dalam berpolitik.

Wallahuaklam.

Bagi anon yang guna copy paste artikel mengenai DAP, anon tak dapat petunjuk bila baca artikel mengenai Wagner.

Islam anon aje yang terhebat!

Anonymous said...

Makin ramai pengikut2 PAS ikut pemimpin mereka yg suka maki memaki, memBARUAkan, mengHARAMJADAHkan orang lain sampai lupa ikut Sunnah Rasulullah bila berkomunikasi atau mengeluaerkan pendapat. Aliran PAS sekarang semakin condong ke arah Syiah Iran yang senantiasa memaki cerca sahabat2 baginda Nabi Mumamad saw. MasyaAllah..Lupakan anda, semua yang berlaku atas muka bumi ini adalah atas kehendah Allah azzawajalla...sedarlah, jangan biarkan Parti Islam ikut cara Yahudi taau Syiah, ikutlah al-quran dan sunnah Nabi Muhamad saw. Dari pemimpin tertinggi sampai rakyat bawahan yg menyokong PAS hendaklah sentiasa beristifar atas kebiadaban kelakuan anda (bagi yg biadap).Bagaimana Islam nak menang andainya pemimpin dan penyokong parti tak ikut Islam? Ikut Yahudi..ikut Iran...

Anonymous said...

Wah barua-barua @ cybertrooper dedak ternakan parti sekular, liberal dan kafir harbi berlagak 'suci' dengan menyamar menjadi 'ostad' dedak untuk menipu dan mengelirukan umat Islam sedangkan kita semua mengetahui barua-barua ini adalah penjilat pemimpin-pemimpin parti sekular, liberal dan kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan memusuhi umat Islam.

Inilah jawapan kita untuk menolak semua dakwaan karut yang tidak berasas ciptaan barua-barua dedak ternakan parti sekular, liberal dan kafir harbi :

(1) Ulama Islam dan PAS telah berusaha menyampaikan dakwah Islam kepada pemimpin-pemimpin parti sekular liberal dan parti kafir harbi tetapi pemimpin-pemimpin sekular liberal dan kafir harbi tersebut menolak dakwah Islam. Bahkan mereka dan geng liberal mereka memusuhi PAS kerana PAS mahu membela agama Islam dan hak umat Islam.

Ini bererti PAS telah menunjukkan jalan ke syurga tetapi puak kafir harbi dan sekular liberal memilih jalan ke neraka dengan menentang ajaran Islam.

(2) Tindakan barua-barua dedak roket mendewa-dewakan dan memuja pemimpin-pemimpin sekular liberal dan kafir harbi yang terlibat dalam pelbagai skandal dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan memfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS yang membela agama Islam dan hak umat Islam.

Fakta: Nabi Muhammad s.a.w. telah memuliakan ulama Islam sebagai Pewaris Nabi. Sebaliknya barua-barua dedak ternakan parti sekular, liberal dan kafir harbi harbi roket telah menghina dan memfitnah ulama Islam.

Ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa barua-barua ini dan pemimpin-pemimpin mereka adalah makhluk yang tidak bermoral dan mereka sama ada munafik atau kafir harbi.

(3) Selama ini kita telah melihat bagaimana barua-barua dedak ternakan parti sekular, liberal dan kafir harbi menulis pelbagai komen longkang untuk:

(i) mengampu, mendewa-dewakan dan memuja pemimpin-pemimpin kafir harbi dan pemimpin sekular liberal yang telah memfitnah, memusuhi dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam,

dan

(ii) menafikan hak umat Islam dan memfitnah, memburuk-burukkan, menghina dan memaki hamun parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana jemaah Islam tersebut sedang berusaha membela agama Islam dan hak umat Islam.

Maka apakah gelaran yang sesuai untuk barua-barua dedak cap roket tersebut? Barua @ macai @ balaci dedak cap roket? Munafik? Kafir harbi? Haiwan ternakan? Penjaja fitnah? Abu Jahal? Abu Lahab? Kepala bapak munafik Abdullah bin Ubai?

Allah sendiri telah berfirman dalam Al-Qur'an:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti HAIWAN TERNAKAN, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179) |

Maka barua-barua dan pemimpin-pemimpin parti sekular liberal dan parti kafir harbi yang menentang, memfitnah dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam seperti menyokong keputusan memurtadkan kanak-kanak Islam adalah seperti HAIWAN TERNAKAN, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(4) Tindakan barua-barua dedak ternakan parti sekular, liberal dan kafir harbi menyamakan PAS dengan Syiah Iran yang senantiasa memaki cerca sahabat2 baginda Nabi Mumamad saw adalah tindakan yang sangat terdesak dan bodoh berlapis-lapis kerana fakta menunjukkan dasar perjuangan parti Islam PAS ialah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan PAS dipimpin oleh ulama-ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Bahkan PAS memuliakan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan perjuangan PAS adalah mengikut ajaran Rasulullah s.a.w. . Ini membuktikan parti Islam PAS dan ulama-ulama Islamnya tidak menganut ajaran Syiah.

Anonymous said...

MENGAPA MUSUH ISLAM CUBA MELEMAHKAN ATAU MENGHAPUSKAN PARTI ISLAM PAS?

JAWAPAN:

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai dasar perjuangan politik PAS dan PAS sentiasa berjuang untuk menegakkan dan membela agama Islam dan hak umat Islam. Ini bererti PAS menjadi penghalang kepada rancangan jahat pemimpin-pemimpin sekular, liberal dan kafir Islam untuk membentuk kerajaan anti-Islam.

Anonymous said...

Walaupun PAS mengaku menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai dasar perjuangan politik PAS dan PAS sentiasa berjuang untuk menegakkan dan membela agama Islam... belum tentu Allah terima cara PAS lebih baik dari cara orang yang di musuh PAS.

PAS lawan UMNO tapi juga sayang UMNO.

PH lawan UMNO kerana benci dengan skandal rasuah dan penipuan UMNO.

Dua perkara ini akan di pertimbangkan oleh neraca Allah.

Sekarang semua orang boleh mengaku masing-masing ikut Islam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails