Sunday, March 18, 2018

Parti Melayu &DAP Ibarat Lembu Kenyang., -Abdul Hadi

Hasil carian imej untuk lembu



KOTA BHARU – Parti Melayu dan Islam dalam Pakatan Harapan layak digelar ‘lembu kenyang’ kerana tidak berani berdepan dengan DAP untuk mempertahankan Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP secara terang-terangan sudah mula menunjukkan penentangan terhadap Islam serta menolak agenda menegakkan agama ini di negara ini.
Katanya, ketika Pas nekad mengambil pendekatan memutuskan hubungan dengan DAP, parti-parti Melayu dan Islam yang lain pula masih tergamak untuk terus bersekongkol dengan DAP.
“DAP terang-terangan menyatakan penentangannya terhadap Islam. Dia tidak setuju dengan Islam. Tetapi parti lain ini masih bersama DAP. Mereka jadi lembu kenyang, tidak berani mempertahankan Islam.
“Maka, Pas rela bersendirian, berjuang bersama Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia) dan rakan-rakan lain (Gagasan Sejahtera) untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini,” katanya.
Beliau berucap dalam Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 penyokong parti itu di Padang Perdana, di sini malam semalam.
Abdul Hadi dalam pada itu berkata, selain menentang Pakatan Harapan, Pas juga mahu melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu gagal memperkasa Islam di Malaysia walaupun sudah memerintah negara ini lebih 60 tahun.
Beliau juga mengulangi cita-cita Pas untuk menjadi kuasa penentu kepada kerajaan yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika parti itu gagal membentuk kerajaan sendiri. – UTUSAN
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Barulh faham kenapa parti tu keluar dari PR dulu. Rupanya tak cukup makan lembu lembu ini. Bila dah kuar bole cari makan sendiri yang lebih sedap kot. Dulu asyik makan rumput sekarang dapat makan dedak gred A. Kesian tak cukup makan rupanya ya penunggang2 agama akhor zaman ni.

Anonymous said...

Komen 11:55 pm ditulis oleh lembu yang dicucuk hidung ternakan sifu terlajak diskaun yang pandai makan dedak cap roket dan rumput kering.

Kesian tak cukup makan rupanya lembu-lembu tunggangan sifu banglo terlajak diskaun walaupun sifu dan kroninya telah menjadi jutawan dll.

Bila sifu masuk penjara dan partinya kalah PRU14, lembu-lembu ini bolehlah mohon jawatan kosong jaga parking haram.

Anonymous said...

Kita umat Islam telah melihat bagaimana Pakatan Munafik pimpinan parti kafir harbi telah menentang, menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (67%) di negara ini.

Bahkan berpuluh kampung dan banyak gerai Melayu Islam telah dirobohkan dalam negeri yang diperintah olej rejim kafir harbi.

Pemimpin dan kroni parti kafir harbi juga terlibat dalam 66 skandal rasuah dll seperti skandal tanah, skandal terowong, skandal kertas kerja dll yang menyebabkan rakyat dan negara mengalami kerugian besar.

Projek-projek parti kafir harbi tersebut telah menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh dan rakyat juga uang menjadi mangsa.

Oleh sebab itu, orang yang tidak bermoral sahaja yang menyokong atau bersekongkol dengan parti kafir harbi tersebut.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama dalam PRU 14 untuk membeka agama Islan dan hak umat Islam dan rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails