Saturday, March 17, 2018

Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh



ACEH - Kerajaan autonomi Aceh dilapor sedang mengkaji hukuman pancung bagi kesalahan membunuh. 
Media Indonesia melaporkan, Pengarah Pejabat Undang-Undang Syariah dan Hak Asasi Manusia Aceh, Syukri M Yusuf berkata, kerajaan Aceh sudah meminta pihaknya mengkaji pelaksanaan hukuman pancung itu.

Liputan6 melaporkan, Syukri berkata, selepas kajian yang akan dilakukan pada tahun ini, pihaknya akan menggubal undang-undang. Syukri menegaskan hukum kisas itu perlu bagi mengurangkan kadar jenayah di Aceh, khususnya pembunuhan.

Menurutnya, jika hukum Syariah dilaksanakan secara konsisten, jenayah seperti pembunuhan akan menurun bahkan tiada lagi kerana ada ketakutan untuk melakukannya.

“Ketika orang takut membunuh, maka nyawa orang lain selamat, nyawa dia juga akan selamat,” katanya.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Syariah, termasuk sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi. Buat masa ini, hukuman bagi jenayah lain termasuk membunuh masih menggunakan undang-undang kebangsaan Indonesia.

Menurut Daily Mail, Syukri dilapor berkata, hukuman bagi kes bunuh yang diamalkan sekarang dianggap ringan dan pesalah biasanya melakukan kembali jenayah itu selepas dibebaskan dari penjara. – Agensi/myMetro Online


Ibnu Hasyim (kanan sekali) semasa menjadi tetamu jemputan pemimpin Aceh di Dewan Undangan Negeri Aceh.

Lihat juga..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails