Tuesday, March 27, 2018

Ayer Hitam : Wajah Tun M Tambah Legam, DAP Tunggang...


Mesej Ayer Hitam : DAP Berjaya Tunggang Tun M Untuk Tawan Putrajaya

AIDCNews -26/03/18 –Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen Ayer Hitam, Johor pada 18 Mac lalu untuk mengumumkan calon DAP, Liew Chin Tong menentang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong cuba memberi mesej besar kepada pengundi Cina pada PRU 14, kata kolumnis The Star, Joceline Tan.
Ia boleh dibaca, semua pimpinan bukan Melayu, termasuk MCA, Gerakan dan MIC yang berada dalam Kerajaan Persekutuan sekarang bakal ‘dibunuh’ pada PRU 14 bagi memastikan matlamat DAP untuk menawan Putrajaya tercapai.
“Dr Mahathir berada di Ayer Hitam untuk meminjamkan kuasa bintangnya kepada Liew Chin Tong yang menentang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
“Pengerusi Pakatan Harapan (Dr Mahathir) juga dijangka akan berada di Teluk Intan apabila Nga Kor Ming secara rasminya diperkenalkan untuk menentang Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong,”kata kolumnis The Star itu.
Ia sekaligus mengesahkan dakwaan penceramah terkenal DAP sebelum ini, Hew Kuan Yau aka ‘Superman DAP’ yang merumuskan Dr Mahathir hanya kuda tunggangan DAP untuk mengalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dakwaan penceramah terkenal DAP itu konsisten dengan pendedahan awalnya bahawa DAP menggunakan strategi ‘Melayu Lawan Melayu’.
Kolumnis The Star Joceline Tan mendedahkan dalam ceramah-ceramah DAP kepada khalayak Cina membuat ejekan Dr Mahathir sebagai ‘kuda’ dan Najib Razak sebagai ‘ayam’
“DAP telah menunggang Dr Mahathir dengan semua kekuatan yang dia miliki. Tidak hairanlah bahawa pemimpin DAP merujuk kepada Dr Mahathir sebagai “Tun Mah” – “mah” bermaksud kuda dalam bahasa Cina.
“Semasa majlis makan malam DAP di Alor Setar pada malam Jumaat, penceramah kontroversi Hew Kuan Yau aka Superman berkata DAP perlu “menunggang Tun Mah untuk membunuh ayam”,”dedahnya lagi.
Kesungguhan DAP membunuh semua pimpinan bukan Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dibuktikan dengan perpindahan Damansara Utama, Selangor bertanding di Bakri, Johor dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dipindahkan ke Parlimen Labis bagi menentang Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Malah, ada sumber dalaman DAP menyebut Ahli Parlimen DAP Seputeh sejak tahun 1999, Teresa Kok akan dipindahkan ke Raub untuk menentang wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
“Johor adalah satu-satunya negeri di mana MCA masih mempunyai pegangannya dalam masyarakat dan DAP mahu mengubah keadaan itu.
“Malah, Teo Nie Ching telah menggunakan istilah Cina yang tegar, “wei jiao” (menghancurkan) untuk menerangkan usaha parti untuk menghapuskan MCA. Ia adalah satu istilah yang digunakan oleh Kuomintang dalam perang mereka dengan komunis untuk ketuanan ke atas China.
“Strategi naga-versus-naga juga bertujuan untuk mengepam momentum, terutamanya di Johor. Para pemimpin DAP dapat merasakan bahawa mood pengundi Cina di Johor tidak seperti tahun 2013,”kata Joceline lagi.
Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

2 comments:

Anonymous said...


Kita merasa sangat kasihan melihat barua-barua ternakan pakatan sarkis pimpinan puak evangelis menulis komen yang mengandungi pelbagai fitnah bodoh berlapis-lapis untuk memfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Semua dakwaan karut tersebut tidak mempunyai sebarang bukti maka jelaslah barua-barua dedak roket ini adalah penjaja fitnah @ pembawa kayu api yang menentang perjuangan Islam.

Sesungguhnya pakatan sarkis pimpinan puak evangelis ini adalah tentera Ahzab pimpinan rejim pengganas Israel abad ke 21 yang sedang menunggu kedatangan Dajal.

Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong parti Islam PAS kerana kegigihan dan komitment mereka memperjuangkan agama Islam dan membela hak umat Islam.

Anak ayam sedang berlari,

sedang berlari dengan mak siti,

walaupun penuh onak dan duri,

demi Islam harus ditempuhi.


Anak itik mandi sungai,

Mandi sungai di waktu malam,

Walau ditempuh onak dan badai,

Teruslah berjuang demi Islam

Anonymous said...


Wah hebat sebilangan pemimpin Melayu sekular dan liberal sanggup menjadi lembu dicucuk hidung dan keldai tunggangan ternakan pemimpin-pemimpin evangelis DA-Pig yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Ini jelas membuktikan bahawa pemimpin Melayu sekular dan liberal tersebut adalah pengkhianat yang sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mendapatkan kuasa , kekayaan, pengaruh jawatan walaupun mereka terpkasa mengkhianati agama Islam dan umat Islam !!!

Kita boleh bayangkan apa akan berlaku kepada negara kita, agama Islam dan umat Islam jika pengkhianat-pengkhianat ini memerintah negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails