JIKA di Selangor ketika ini pesat tumbuh lebih 6,000 buah rumah urut tawar khidmat seks berbanding 420 buah sahaja pada 2008, lain pula halnya di Singapura yang ada masalah sama.
Media tempatan melaporkan pihak polis republik itu kini tidak lagi perlu waran mahkamah untuk memeriksa rumah urut yang disyaki turut menjalankan kegiatan maksiat terutama aktiviti pelacuran kepada pelanggan lelaki mereka.
Langkah keras itu diambil ketika pasukan polis meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap rumah urut terutama beroperasi tanpa lesen setelah Akta Rumah Urut yang diluluskan Parlimen Singapura berkuat kuasa pada bulan ini.
Setakat hari ini, hanya 10 wanita berjaya ditangkap atas kesalahan di bawah Piagam Wanita dan Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing ekoran masalah birokrasi untuk mendapatkan waran bagi melakukan penggeledahan premis.
Untuk rekod, sebahagian besar rumah urut di Singapura bijak berselindung di sebalik perniagaan spa yang memang dibenarkan mengikut peraturan tetapi menawarkan perkhidmatan seks bagi menarik pelanggan sentiasa datang.
Dengan dikenakan bayaran cuma sebanyak S$50 (RM149) sehingga S$80 (RM238) bergantung kepada jenis posisi persetubuhan, kewujudan rumah urut itu dikatakan antara punca utama kadar perceraian meningkat setiap tahun.

Ia berlaku akibat ramai suami di Singapura kecewa dengan layanan ‘dingin’ daripada isteri ekoran keletihan kerja seharian, kemudian beralih menikmati hubungan batin eksklusif di rumah urut yang lazim ditawarkan warga asing.
Sementara itu, media melaporkan 14 rumah urut dikesan polis yang beroperasi secara haram hasil operasi serbuan terhadap 41 premis tersebut di 15 estet perumahan termasuk Changi, Bukit Timah, Orchard dan Upper Thomson.
Siasatan masih dijalankan. Di bawah Akta baru itu, rumah urut yang beroperasi di premis tidak berlesen boleh dihukum denda sehingga S$10,000 (RM29,806) dan dipenjara sehingga dua tahun bagi kesalahan pertama.
Bagaimanapun untuk kes sabitan kesalahan yang selanjutnya, hukuman denda sehingga S$20,000 (RM59,613) atau boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau pun kedua-duanya sekali. – Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Urut dan seks bebas tanpa mengikut syariat memang dilarang oleh Islam dan sifat-sifat kemanusiaan sejagat. Tetapi banyak negara-negara yang tidak mahu ikut. Maka berlakulah jenayah tersebut seperti apa yang berlaku hari ini. Termasuk di negara Malaysia.
Renung sejenak 'Hadis 40 Imam Nawawi' ..
Hadis 34 - Amar Ma’ruf Nahi Munkar menyebutkan:
Daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

- Maksudnya: “Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya; jika tidak sanggup maka dengan lisannya; dan jika tidak sanggup juga dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Ahmad no. 11478, Muslim no. 49, Abu Daud no. 1140 dan al-Tirmizi no. 2172)
- Menentang pelaku kebatilan dan menolak kemunkaran adalah kewajiban yang dituntut dalam ajaran Islam atas setiap muslim sesuai kemampuan dan kekuatannya.
- Redha terhadap kemaksiatan termasuk diantara dosa-dosa besar.
- Sabar menanggung kesulitan dan amar ma’ruf nahi munkar.
- Amal merupakan buah dari iman, maka menyingkirkan kemunkaran juga merupakan buahnya keimanan.
- Mengingkari dengan hati diwajibkan kepada setiap muslim, sedangkan pengingkaran dengan tangan dan lisan berdasarkan kemampuannya.
- “Mengubah dengan tangan” itu ialah jika ada kekuasaan, bukan mengubah dengan kekerasan yang boleh membawa kepada perkelahian, kekacauan, peperangan dan pertumpahan darah.
- Mengubah dengan lisan ialah dengan kata-kata, dakwah dan tunjuk ajar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jihad yang utama ialah perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim.” (Riawayat Ahmad no. 11159 daripada Abu Said r.a)
- Mengubah dengan hati ialah dengan cara tidak bersetuju sepenuhnya kemungkaran yang berlaku dan menentang serta membenci kemungkaran tersebut dengan hati.
Jadi, Apa nak buat?
Inilah salah satu cara menolak mungkar. Iaitu menggunakan pen di tangan menolak mungkar... Dengan mengundi parti Islam se Malaysia/PAS..
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

1 comment:
Apabila kera-jaan munafik pimpinan kafir harbi roket memerintah sesebuah negeri, maka berkembanglah industri dosa besar seperti pelacuran dan bandar-bandar melalui 'transformasi' menjadi sin cities.
Itulah pencapaian 'kemajuan' yang berjaya dicapai oleh kepala-kepala tahi yang hipokrit, buta, bisu dan dungu dan tidak bermoral.
Mufti liberal perlih tak mahu kutukkah industri dosa besar? Asyik berkawan dengan berok-berok liberal.
Post a Comment