Tuesday, March 27, 2018

Boleh Percaya Ke Model Baru Perpaduan PAS-UMNO Begini?

Hasil carian imej untuk umno/pas


Jong pecah yu yang kenyang. UMNO dan PAS berlawan sengit di kawasan majoriti Melayu. PH yang gatal bertanding menunggu peluang. Modal fitnahnya umpama menahan lukah di pergentingan. Ini menyebabkan undi Melayu berpecah. Natijahnya nanti, kemenangan akan diraih PH yang dianggap gatal tadi,  kerana undi sokongan non-muslim.


Situasi ini membuka jalan kepada PH mendominasi kerusi dalam PRU14 nanti. Akhirnya, PAS hanya berputih tulang, UMNO berputih mata. PH merayakan kejayaan. Dek perpecahan,  ummah merana.

Ketika UMNO kukuh di teraju kuasa, PAS dijadikan seteru. Apabila lemas di badai lautan, bertalu-talu PAS diajak bersatu. Namun kini dalam berhadapan dengan cabaran sengit dari PH yang dikuasai DAP, ummah ini mesti berpadu. Lupakan segala sentimen kebencian dan permusuhan.

Kinilah masanya semua ummah bersatu memberi undi kepada PAS. Tak perlu keluar UMNO dan bubar cawangan. Memadai memilih calon-calon PAS dalam PRU14 nanti. Biarlah majoriti kerusi Melayu dimenangi oleh PAS.

Apabila PAS mengatasi UMNO dari segi bilangan kerusi Parlimen, maka sikap UMNO akan lebih lunak. Kerajaan PAS/GS/UMNO dengan simple majority akan terbentuk. Ketika itu nanti, akan ada parti-parti lain yang bersedia bersama kerajaan ini. Najib dengan 1MDB-nya bukan lagi Perdana Menteri. Yang pasti, perpaduan Islam sebenar lebih tepat di bawah pimpinan ulama haraki.
BDA
26/3/2018 (TKO)

Subky Latif
Subki 1



SEKURANG-kurangnya tiga malam Jumaat Forum Perdana TV1 membincangkan topik pimpinan yang dikehendakinya. Ia diadakan di ambang PRU14, satu ruksah yang disediakan oleh sistem demokrasi betapa pimpinan – Presiden, Perdana Menteri dan lain-lain – boleh diganti atas kemahuan rakyat mengikut tempoh yang ditentukan oleh perlembagaan.


Ruksah itu satu rahmat yang Allah bagi dan tidak bercanggah dengan Islam. Ia adalah pilihan terbaik dari terbelenggu di bawah kezaliman kuku besi baik dalam sistem monarki mahupun republikan.

Allah bagi peluang kepada Malaysia secara bebas menentukan pemimpinnya lima tahun sekali. Ia seperti permit akta mesin cetak dibaharui setiap tahun. Ia tidak automatik disambung, tetapi dibaharui atas permohonan.

Pemimpin yang Forum Perdana ajak cari itu ialah ketua kerajaan. Pemimpin kerajaan itu sudah ada, tetapi ia patut ditukar atau dikekalkan sepenggal lagi? Oleh kerana dalam salah satu forum itu Perdana Menteri hadir bersama lain-lain pembesar, ia mencerminkan Forum Perdana mahu pemimpin dan sistem yang dipakainya dikekalkan. Keputusan itu ada pada rakyat, tetapi Forum Perdana mengajak semua memilih pemimpin kemahuannya.

Kerana program itu bersifat agama dan Islam, diajaklah pemikir Islam memberi panduan tentang pemimpin yang Islam mahu mengikut skop yang TV kerajaan mahu. Maka pembicara pun bebaslah menyarankan antara pemimpin yang Islam mahu.

Maka pemimpin itu selain dari Rasulullah SAW tidak terlepas dari kelemahan, mereka ingatkan juga pemimpin itu ada kelemahannya. Mereka boleh ditegur mengikut adabnya. Jika dibuat terbuka dibimbangi lebih negatif dari positifnya. Cari masa dan tempat yang sesuai.

Dalam masa kurang dari tiga bulan menjelang pemilihan bagaimana berjuta rakyat dapat menyampaikan apa yang hendak disampaikan supaya semua faham ciri pemimpin yang hendak dipilih?

Kerana adab tadi tidak menjamin teguran itu positif, ada kala penalis lebih fokas terhadap negatif penegur dari negatif pemimpin. Hingga kurang terserlah lebih banyak keburukan menegur dari mengetahui ciri positif pemimpin yang dicari.

Allah memberi ruksah menukar pemimpin tetapi Allah tegaskan manhaj Allah/Islam tidak boleh diganti. Pemimpin yang lemah wajar diganti tetapi manhaj Islam jalan terus. Jika tuntutan Islam pemimpin abai atas apa alasan jua maka kena sebutkan pemimpin itu tidak terpakai.

Forum tidak jadi wadah Islam jika tidak disebutkan apa yang Islam mahu dari seorang pemimpin yang patut dikekal atau digantikan. Semua patut tahu pemimpin itu mesti berakhlak mulia. Jika akhlak dan peribadi pemimpin itu disangsikan, maka menggantikannya adalah wajib. Pemimpin yang dikehendaki bukan sekadar bersih tetapi mesti dilihat bersih.

Pemimpin yang baik pada Islam ialah seorang yang tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil. Bagi yang pernah terjerumus dalam dosa basar, hendaklah diketahui taubatnya. Taubat seorang pemimpin tidak memadai dilafazkan seorang diri sebelum solat dan selepas solat, tetapi mesti dinyatakan di khalayak umum. 

Pemimpin tidak taubat di depan umum, ditakuti pengaruh dosanya diteruskan oleh pengikutnya. Betul teguran itu ada adabnya, tatapi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khatab tidak melarang siapa menegurnya secara terbuka. Bahkan mereka menggalakkan.

Jika khalifah besar mengalu-aulkan teguran terbuka, mengapa ustaz Forum Perdana tidak suka pemimpinnya ditegur? Ditakuti kita tidak menolong pemimpin yang zalim. Menolong pemimpin zalim itu ialah menegurnya supaya dia pencen zalimnya. –HARAKAHDAILY 27/3/2018

Video: PRU14: PAS ada cara kekang sabotaj - Hadi


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails