KENYATAAN OLEH DATUK SERI DR. WEE KA SIONG
1. Beberapa orang awam termasuk veteran DAP, Ronnie Liu yang telah mengulas pada siaran langsung Facebook saya bertanya mengapa saya menyebut angka setinggi RM20 bilion sebagai kerugian kewangan yang berpotensi ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang kerana projek terowong dan 3 jalan yang berkaitan.
2. Pertama, kos projek ialah RM6.34 bilion. Banyak NGO Pulau Pinang termasuk Penang Forum mengatakan bahawa jalan dan terowong ini tidak perlu kerana mereka tidak akan meringankan trafik di bahagian pulau dan masih terdapat kapasiti yang mencukupi di dua jambatan Pulau Pinang yang sedia ada – terutamanya Jambatan Pulau Pinang Kedua yang masih mempunyai 50% kapasiti.
3. Di samping itu dan walaupun janji Pakatan untuk menghapuskan semua tol, Kerajaan Pulau Pinang malah telah memberikan syarikat SPV Terowong konsesi selama 30 tahun untuk mengenakan tol di terowong pada kadar yang sama dengan Jambatan Pulau Pinang Kedua.
4. Projek konsesi tol biasa adalah di mana pemegang konsesi membiayai kos pembinaan lebuh raya atau terowong sendiri dengan menggunakan pinjaman dan kemudian mengumpul tol untuk membiayai pinjaman mereka dan membuat keuntungan.
5. Bagaimanapun, dalam hal Terowong Pulau Pinang, ia tidak seperti itu. Kerajaan Pulau Pinang membayar sepenuhnya untuk kos pembinaan terowong tetapi masih memberikan konsesi tol selama 30 tahun.
6. Bukan sahaja SPV Terowong dapat membuat keuntungan luar biasa daripada pembinaan terowong itu tetapi mereka akan membuat keuntungan tambahan daripada 30 tahun mengumpul tol di terowong itu. Ini adalah konsesi tol yang paling berat sebelah di dunia.
7. Adakah anda akan membayar seorang kontraktor kos penuh untuk membina sebuah rumah untuk diri anda sendiri di tanah anda sendiri dan masih membenarkan kontraktor yang sama mengumpul tambahan sewa selama 30 tahun di rumah yang sama? Tiada sesiapa yang waras akan setuju dengan itu!
8. Berdasarkan purata konservatif RM100 juta setahun dalam kutipan tol, yang mana adalah kurang daripada apa yang dikutip Jambatan Pulau Pinang yang pertama hari ini, konsesi tol selama 30 tahun akan memberi sebanyak RM3 bilion wang rakyat Pulau Pinang kepada SPV Terowong.
9. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga merupakan yang pertama dalam sejarah di mana projek diberikan pada tahun 2013 tetapi membenarkan pemenang projek untuk memulakan pembinaan hanya 10 tahun selepas penganugerahan iaitu pada tahun 2023.
10. Lebih pelik apabila kos terowong sebanyak RM3.6 bilion itu akan dibayar berdasarkan luas ekar tanah perdana tepi laut yang bernilai RM1,300 per kaki persegi pada tahun 2013. Walaupun Kerajaan Pulau Pinang akan mendakwa bahawa kos rasmi tanah hanyalah RM475 per kaki persegi, sesiapa pun tidak patut tertipu bahawa tanah tepi pantai yang sangat dikehendaki di sepanjang Persiaran Gurney itu begitu murah sekali.
11. Dalam 10 tahun apabila pembinaan terowong itu akan bermula, nilai tanah perdana ini pasti akan naik dengan banyak seperti yang dapat dilihat berdasarkan sejarah. Oleh itu, tanah bernilai RM3.6 bilion itu akan bernilai RM5.8 bilion pada tahun 2023 jika berdasarkan kenaikan tahunan sebanyak 5% setahun. Ini bermakna rakyat Pulau Pinang akan kehilangan RM2.2 bilion lagi dalam nilai tanah.
12. Selain itu, jika anda melihat gambarajah ini, Kerajaan Pulau Pinang juga akan menggunakan dana dan aset negeri bernilai RM9 bilion untuk membina infrastruktur yang akan memberi manfaat kepada RM15 bilion Nilai Pembangunan Kasar projek 100% milik swasta Pulau Pinang SPV Terowong.
13. Ini terdiri daripada Pan Island Link bernilai RM7.5 bilion, lebuh raya paling mahal dalam sejarah Malaysia dengan lebih daripada dua kali ganda pada RM385 juta setiap km, Gurney Wharf dan jalan persiaranGurney 8 lorong yang dirancang bernilai RM400 juta. (Lihat pautan sokongan di sini: http://www.thesundaily.my/news/2072790)
14. Jelas dari gambarajah itu siapa yang mendapat manfaat paling banyak dari projek-projek ini.
15. Jika anda menambah RM6.34 bilion, RM3 bilion, RM2.2 bilion dan RM9 bilion, impak kewangan kepada rakyat Pulau Pinang adalah sebanyak RM20.54 bilion.
16. Ini jelas menunjukkan betapa berat sebelahnya projek Terowong Pulau Pinang dan betapa murah hatinya Kerajaan Pulau Pinang kepada syarikat SPV Terowong.
17. Tambah kesan kewangan RM20.54 bilion kepada hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang nampaknya tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kelewatan yang lama dalam projek ini walaupun selepas 5 tahun atau bahawa Kerajaan Pulau Pinang nampaknya tidak peduli jika SPV Terowong tidak pernah memenuhi modal berbayar minimum RM381 juta untuk melayakkannya mendapat projek itu, anda tidak boleh menyalahkan orang ramai kerana mengesyaki bahawa ada orang dalam kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dengan kepentingan peribadi – sama ada dalam saham langsung atau dipegang melalui proksi – dalam mempertahankan projek ini.
18. Jumlah besar sebanyak RM20.54 bilion ini dapat menjelaskan mengapa sesetengah pihak didakwa membayar wang tunai bernilai RM22 juta dalam cubaan untuk menghentikan siasatan SPRM ke dalam projek Terowong Pulau Pinang itu.
19. Jumlah besar itu dan bayaran RM22 juta itu adalah sebab utama mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang harus berbahas dengan saya secara terbuka dan bukannya kekal menjadi penakut nombor satu dalam DAP
20. Jadilah seorang yang berani, wahai CM.
(Stv)
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
No comments:
Post a Comment