Thursday, March 08, 2018

DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH -Zulkifli Noordin.




AIDCNews -07/03/18 –DAP tetap dominan dalam Pakatan Harapan (PH), walaupun ianya dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tegas bekas aktivis PKR, Dato’ Zulkifli Noordin.
Beliau berkata apa-apa sahaja nama gabungan disertai DAP, sama ada Pakatan Rakyat (PR) gabungan antara tiga parti; DAP, PKR dan PAS atau PH, gabungan empat parti; DAP, PKR, Amanah dan PPBM, namun DAP merupakan ketua sebenar dalam kedua-dua gabungan tersebut.
Kata Zulkifli, dominasi DAP dibuktikan dengan kes pemecatan Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali daripada ahli PAS pada Januari 2012 apabila beliau bertelagah dengan aktivis DAP Selangor, Ronnie Liu.
“Apa dosa Hassan Ali ? Hassan Ali nak pertahankan akidah orang Islam. Nak cegah kemungkaran arak. Nak cegah murtad.
“Tapi apa jadi dengan Hassan Ali ?..Hassan Ali kena pecat.
“Ini fakta. Orang yang nak selamatkan aqidah, cegah kemungkaran, amalkan kerja makruf, Exco Agama (Selangor), dia (Hassan Ali) kena pecat. Sebab yang dominan (dalam Kerajaan Negeri Selangor) adalah DAP.
“(Hassan Ali) Dipecat daripada partinya sendiri atas tuntutan DAP, “katanya dalam Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-10, bertemakan Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia di Putrajaya, semalam.
Tambahnya kes yang sama juga berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada terus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
“Tuan-tuan jangan jadi naif, bila Tun Dr Mahathir jadi PM, hebatlah. Tapi (hakikatnya) Dr Mahathir pun tak boleh buat apa-apa bila yang dominannya adalah DAP.
“Hebat kuat macam manapun Khalid Ibrahim..PKR gabung dengan PAS (Selangor) ada 27 kerusi DUN, lawan dengan DAP 15 kerusi DUN sepatutnya gabungan PKR dan PAS yang menang (tetapi) tidak berlaku begitu. DAP juga yang menang.
“Itu dalam keadaan PKR dan PAS mempunyai kerusi majoriti lebih daripada DAP,”katanya.
Zulkifli juga turut mempersoalkan motif DAP mencalonkan Dr Mahathir sebagai PM semula sedangkan parti itu lantang mengkritik Dr Mahathir ketika menjadi PM selama 22 tahun.
“Apatah lagi Dr Mahathir mereka (DAP) pernah panggil bapa penyamun..tiba-tiba bapa penyamun ini mereka nakkan Perdana Menteri semula.
“Tuan-tuan tak rasa ada sebab kah ? tak rasa pelik ? 22 tahun dia meratib, berwirid kata Dr Mahathir penyamun, perasuah, tiba-tiba nak lantik Perdana Menteri. Mesti ada benda yang tak kena,”katanya lagi.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2018/03/06/fahaman-liberal-bencana-kepada-ummah-muafakat/

Fahaman liberal bencana kepada ummah: Muafakat

Khalid Jaafar, Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, G25, IRF, SIS, IDEAS antara pejuang liberal

PUTRAJAYA, 18 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kewujudan gerakan dan individu yang berpegang dengan ideologi liberalisme secara terbuka boleh membawa bencana kepada ummah.

Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), Dr Wan Adli Wan Ramli berkata, kebebasan yang diperjuangkan puak liberalisme ini bercanggah dengan ajaran Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Namun amat dikesali, puak-puak ini sewenang-wenangnya bebas mempromosikan idea mereka, dengan membawa hujah ulama sehingga memberi fahaman salah.

“Misalnya Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar, Khalid Jaafar, antara orang kuat yang memperjuangkan liberal. Dalam kenyataan dia sebelum ini, antaranya pernah menghentam Sultan Nazrin. Dia mengkritik pemikiran politik yang melihat sultan dan raja sebagai institusi pemerintahan.

“Bagi puak liberal seperti Khalid ini, mereka menolak institusi kesultanan dan kerajaan. Bagi mereka, mempertahan institusi sultan dan raja sebagai puncak pemerintahan adalah bertentangan dengan kebebasan yang mereka perjuangkan.

“Khalid menganggap agama boleh menjadi ilham untuk bebas, dalam konteks agama Islam, dia menggunakan kitab wahyu dan tafsiran berbeza untuk anjur idea kebebasan dan kesamarataan. Sebab itu dia menggunakan agama untuk menentang sultan dan raja,” katanya dalam kertas kerja Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-10, bertemakan Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia di Putrajaya, hari ini.



Mengulas lanjut Wan Adli berkata, bukan sahaja Khalid, bahkan ramai lagi pejuang liberalisme di negara ini.

Antaranya, Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, G25 Malaysia, Islamic Renaissance Front (IRF), Sister In Islam (SIS), Institue For Democracy And Economics Affairs (Ideas).

Jelas beliau, puak-puak liberal ini memperjuang penolakan atau pengabaian ajaran agama, sekiranya bertentangan dengan kebaikan rasional mengikut fahaman mereka.

“Contohnya, mereka menentang Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah. Mereka menentang meskipun rang undang-undang tersebut selaras dengan Islam dan Perlembagaan Negara.

“Kononnya mereka menuduh pindaan Akta 355 memberi imej buruk kepada Islam, atau mewujudkan dua sistem undang-undang yang memberi kesan buruk berdasarkan rasional manusia.

“Sebab itu wacana pemikiran Islam oleh puak liberal bersungguh-sungguh mengangap pelaksanaan Syariah bertentangan dengan Maqasid Syariah, kononnya untuk menjaga hak orang bukan Islam,” katanya.

Hakikatnya Wan Adli berkata, pemikiran liberalisme ini tidak pernah selari dengan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Masyarakat dinasihatkan untuk berhati-hati dengan fahaman liberalisme, pemikiran ini sangat bahaya dan ia adalah bencana yang merosakkan akidah umat Islam.

“Jika tidak ditangani dengan baik, ia pasti menyeleweng dan merosakkan lagi pemikiran masyarakat umat Islam secara keseluruhannya,” katanya.

Anonymous said...

c/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...



MUSANG LIBERAL BERBULU AYAM CUBA MEMUSNAHKAN PARTI ISLAM

Sebenarnya kita telah mengetahui pemimpin-pemimpin liberal seperti Sumbu Kuasa 10 Mimpi 15 Kali, Kalit Greja, Mu Jahat, Mike Selfie Dada Amoi, Ha Selipar Mydoom adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang diternak oleh parti kafir DA-Pig untuk melemahkan parti Islam dan merampas pucuk pimpinan parti Islam dan menukarkan idoelogi Islam kepada ideologi 'Islam' liberal.

Munafik-munafik inilah yang menyokong dan membela gereja yang menuntut penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible dan gereja dan menentang tindakan jabatan agama Islam menyiasat gereja yang cuba memurtadkan umat Islam sejak pengkhianat-pengkhianat ini berada dalam parti Islam lagi.

Konspirasi parasit-parasit inilah yang bertanggung-jawab menyebabkan Hasan Aly yang berusaha membela agama Islam dan melindungi umat Islam dari murtad tersingkir dari parti Islam. Dan sesungguhnya kita merasa satu kerugian besar bagi parti Islam kerana kehilangan pemimpin Islam seperti Hasan Aly.

Bahkan MUSANG LIBERAL BERBULU AYAM inilah yang membela pemimpin-pemimpin kafir harbi DA-Pig setiap kali pemimpin kafir harbi menghina, memaki hamun dan memfitnah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam dan ulama Islam.

Apabila para munafik ini gagal merampas pucuk pimpinan parti Islam dari ulama-ulama Islam, mereka mendedahkan kemunafikan mereka dengan menubuhkan parti PANIPU di bawah payung parti kafir harbi sambil mendakwa parti PANIPU adalah parti 'Islam' konon.

Bagaimana boleh pemimpIn dan ostad parti PANIPU yang manjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig mendakwa parti PANIPU adalah parti 'Islam'?

Wahai umat Islam, menyokong dan mengundi Pakatan Sesat pimpinan parti kafir harbi DA-Pig adalah seperti kita menggali kubur sendiri kerana mereka adalah musuh Islam yang sangat jelas dan terang kerana mereka menyokong, membela dan mempromosi semua bentuk kemungkaran dan kesesatan di kalangan umat Islam seperti kebebasan untuk murtad, ajaran sesat seperti Syiah dan Qadiani, pesta arak terbuka, judi, zina, LGBT, atheis dll.

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan melindungi umat Islam dari kesesatan dan murtad.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails