BANDAR SERI BEGAWAN – Meskipun sudah diharamkan penjualannya dan dilarang minum arak secara terbuka, namun masih ada lagi ingkar biadab menghina undang-undang syariah di Brunei.
Terbaharu, rakyat negara itu gempar apabila puluhan orang berjaya ditahan Polis Diraja Brunei (PDB) di dua buah hotel kelmarin, sekali gus mencabar hukum Islam yang ketat dilaksanakan di negara kecil kaya minyak tersebut.
Untuk rekod, Brunei mencatatkan sifar peminum arak dalam kalangan rakyatnya sejak 2012, bahkan tiada produk alkohol dijual di seluruh negara, tetapi warga asing bukan Islam diizinkan minum air itu yang dibeli dari Malaysia.
Bagaimanapun ia perlu diisytiharkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei di sempadan dengan syarat hanya membawa sebanyak dua botol standard dan 12 tin kecil yang perlu dihabiskan dalam tempoh 48 jam sahaja.
Malangnya ada berdegil dan media tempatan melaporkan, kegiatan pusat hiburan secara haram itu dibongkar dalam operasi khas di Hotel Palm Garden, Kiulap dan Hotel Mulia di Anggerek, Berakas, dengan 68 individu ditahan.
Serbuan mengejut melibatkan dua lokasi berkenaan dijalankan oleh pasukan PDB Daerah Brunei Muara bersama-sama dengan pihak ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, PDB itu turut mendedahkan aktiviti maksiat di situ.
Semasa operasi di Hotel Palm Garden, pihak PDB dapat membongkar operasi pusat hiburan yang diharamkan kerajaan, malah menjalankan kegiatan tidak bermoral di salah sebuah bilik penginapan pelanggan di tingkat tiga.
Serbuan berkenaan juga mendapati aktiviti penjualan minuman keras, menyaksikan seramai 25 orang suspek terdiri daripada 14 warga tempatan dan 11 orang rakyat asing yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dicekup.
Serbuan berkenaan juga mendapati aktiviti penjualan minuman keras, menyaksikan seramai 25 orang suspek terdiri daripada 14 warga tempatan dan 11 orang rakyat asing yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dicekup.
Baca: Puluhan Negara Tidak Cuti Krismas Tapi Hanya Brunei Dihentam
Turut ditemui penyiasat PDB adalah bermacam-macam jenama minuman keras import yang dipercayai diperoleh secara tanpa permit sah dikeluarkan oleh pihak kastam atau ada kebenaran khas Kementerian Kewangan Brunei.
Manakala serbuan kedua di tingkat dua Hotel Mulia juga telah berhasil menahan seramai 43 orang suspek terdiri daripada masing-masing 35 orang lelaki dan lapan orang perempuan meliputi warga tempatan dan rakyat asing.
Kesemua suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat di sini bagi siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Akta Lesen Hiburan Awam Penggal 181 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda.
Mahkamah lazimnya mengenakan denda tidak lebih B$10,000 (kira-kira RM29,681). Namun jika pesalah beragama Islam dan terbukti minum arak, dia boleh dihukum sebat 40 kali mengikut Kanun Hukuman Jenayah Syariah.
PDB dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai bahawa negara Islam itu melarang tegas perniagaan minuman keras secara terbuka mahupun secara tertutup, bahkan ia merupakan satu kesalahan berat di bawah akta tertentu.
Sehubungan itu, PDB menyeru masyarakat setempat agar aktif memberikan kerjasama padu dalam mengongsikan maklumat tentang apa jua aktiviti warganya yang jelas menyalahi undang-undang selain kegiatan tidak bermoral.
Pihaknya juga sentiasa memantau dan memastikan gejala negatif itu dibanteras sejajar titah perintah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika pelaksanaan undang-undang Islam pada 2013 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Brunei, puluhan degil minum arak secara rahsia. Syabas Brunei! Teruskan perjuangan menegakkan perundangan dan negara Islam. Allahu Akbar!
Di Malaysia, perjuangan tersebut diteruskan oleh parti Islam se Malaysia (PAS) tetapi melalui 'peti undi'.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Pakatan Harapan membenci Syariah kerana ia dipunyai oleh DAP, dan DAP pula anti Islam. PAN, PKR dan Bersatu hanyalah khadam dalam Pakatan
ReplyDeleteandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html
10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.
Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’,
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Ketujuh,
DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.
Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,
“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.
Sokong PAN, Bersatu dan PKR = Sokong DAP
DeleteSokong DAP = Sokong anti Islam
Sokong DAP = Sokong LBGT
http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
ReplyDelete“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.