Friday, March 09, 2018

Derma, Pelancaran Manifesto PH Memalukan, Pelik, Mengapa? - Dr Kamarul Zaman



Kutipan derma yang dilancarkan pada Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ pada Khamis malam jelas melemahkan semangat ahlinya dengan jumlah kutipan yang tidak seberapa.

Bukan sahaja tidak menunjukkan keseriusan PH untuk berkuasa mentadbir Malaysia, malah dengan jumlah kutipan yang dicapai turut tidak masuk akal.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff bekata, situasi itu pasti kelihatan 'pelik' kerana yang hadir pada majlis pelancaran manifesto itu bukan calang-calang orang.

"Pelik juga kerana ramai yang hadir adalah berjawatan besar di dalam kerajaan seperti Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri mahupun berjawatan besar di dalam bidang swasta.

"Tetapi, Pengerusi Majlis, Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan kutipan derma tabung pilihan raya yang diminta daripada semua pemimpin dan semua hadirin hanyalah berjumlah sebanyak RM13,676 sahaja.

"Jumlah itu terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan ceramah DAP di Sekolah Han Chiang, George Town pada 6 Mac 2008, sebelum DAP berkuasa di Pulau Pinang , menurut buku Lim Guan Eng, adalah berjumlah sebanyak RM123,000," katanya sinis dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Kamarul Zaman, mustahil individu berjawatan besar yang hadir pada majlis pelancaran di IDCC Shah Alam pada Khamis malam itu hanya mampu menyumbang sebanyak RM10 atau RM20 seorang.

"Kalau saya adalah pemimpin PH, saya akan merasa malu dan lemah semangat dengan jumlah kutipan derma Majlis Pelancaran Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan yang terlalu sedikit ini kerana ia tidak selari dengan laungan untuk merampas Malaysia," katanya. - AgendaDaily 



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

Anonymous said...

Apa yang peliknya, berbanding dengan perlancaran apa-apa program BN. Sebab setiapkali perlancar program BN, terpaksa bagi duit poket, cabutan bertuah, makan minum dan arahan wajib hadir kepada kakitangan awam bagi memenuhi kerusi-kerusi. Manakala dalam perlancaran manifesto pakatan dapat kutipan lagi, ini bermakna mereka yang dengan sukarela dan ikhlas menderma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails