Tuesday, March 13, 2018

Eric See-To : Jika Bukan Kenalan, Kenapa Guan Eng Bergambar Di...



AIDCNews -12/03/18 – Jika bukan kenalan rapat, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng datang ke rumah dan bergambar dengan suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah projek terowong dasar laut, soal Eric See-To, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN).

“Ya, Ketua Menteri bertemu ramai orang sepanjang masa dalam segala macam acara umum dan dia tidak boleh mengingat siapa dan di mana yang mengambil foto dengannya.
“Tetapi adakah anda pernah membuka kasut anda dalam acara awam di pejabat Ketua Menteri, di restoran, di ceramah, di dalam dewan atau di istana.
“Biasanya, anda akan membuka kasut anda jika anda berada di rumah seseorang.
“Dan jika anda mengambil risiko untuk pergi ke rumah seseorang maka orang itu mesti lebih penting dan saya pasti anda ingat di mana foto itu dirakam
“Adakah anda bersetuju, Encik Ketua Menteri ?,” soalnya dalam Facebook.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 


11 comments:

Anonymous said...

http://www.ibnuhasyim.com/2018/01/bongkar-66-skandal-kerajaan-dap-pp.html?m=1

66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang
pru14.tv – Seluruh rakyat Malaysia malah warga antarabangsa juga turut menunggu untuk melihat pilihanraya yang bakal kita hadapi. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sensasi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Barisan Nasional akan ditentang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun pembangkang cuba mengambarkan individu tersebut adalah Mahathir.

Siapakah yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat jelata yang bakal keluar mengundi pada PRU14 nanti. Setidaknya sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh kumpulan Pakatan yang kleptokrasi di Pulau Pinang, Selangor dan sejarah 22 tahun Mahathir.
Apakah rakyat mahu memberikan Negara ini kepada Pakatan yang tidak langsung memikirkan hal ehwal kebajikan rakyat dan hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan tanpa mereka mampu melakukan apa juga idea untuk membantu walaupun dihadapan rumah mereka sendiri.

Skandal-skandal kerajaan DAP Pulau Pinang 2008 – 2018
1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.

Anonymous said...

31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.
Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.
Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.
Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Anonymous said...

PAN adalah pengkhianat tegar kerana bersengkongkol dengan DAP ug anti Islam


http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2017/01/29/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous said...

Panjang gila korang huraikan ye..tapi bila pemimpin negara bergambar dgn cina gemuk..semua dah jadi bisu...ini ke tindakan yg digelar setan bisu?

Anonymous said...

Sekarang ni..berita dari tv tiga suku dah x jadi berita penipu lagi bagi walaun...dulu sanggup mati..nk bakar bagai...ko dah tau tv3suku tu penipu yg korang ikut tu pasal apa?..korang semua yg bodoh! (Pinjam dialog pramlee dlm 3abdul..)

Anonymous said...

Pertama Anon 8.39 adalah PANipu sebab, Hujah yg di copy paste itu adalah ada dari Ismaweb, satu ruangan portal dari ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) yg bermula apabila Ikram mula di selewengkan untuk menyokong parti cauvanis dan rasis yakni DAP.

Kedua, PAN-Cho-Chai PANipu pula gagal kerana lebih mengomel tanpa hujah konkrit

Ketiga, Ini ada gambar bro.............. Ingat kami macam Husam Audio ka. Ada gambar kaler bro. Setakat Audio tu, aku boleh berlakun jadi the Rock bercakap jawa dan mengaku The Rock ahli PAN.

Ikan cakap, Zawai dapat title dari Sapa. Ni aku nak cakap Husam dan Wan Rahim tu baru saja hilang title. Kalau kao nak tau apasal, tanya Husam sendiri

Kesian balaci2 PAN. Kalau datang KL aku belanja makan roti canai (Sekeping saja tau).

Dah la kalah debat. Sumber rujukan pula Mr Husam bekas datuk. Last2 kena gelak.

Mr Husam terkenal dengan:
A. Mimpi 15 kali.
B. Menjulang nama Allayarham TGNA tapi selalu mengata keluarga dia
C. Di Anugerahkan Kuasa 10 oleh bekas Datuk, Mr Wan Rahim
D. Demo makan rumput
E. Menharamkan mengundi PAS sampai dicela oleh ramai pemimpin PAN
F. Sumbu jimat minyak.
G. Ada sumber Audio. Aku boleh buat Audio, The Rock cakap jawa
H. Mengaku hero, berucap kat ADUN pun tersekat2 macam kereta Datsun 3 silinder

Sorry to say. Aku kesian kat kebangangan hampa ni

Anonymous said...

Adusss aku pakai hujah pemimpin PAN nak belasah Husam. Balik la Azren. Husam tu cakap merapu2. Dah jadi liabiliti PAN tauuu

Anonymous said...

Help help Husam n Wan Rahim. Azren kena buli

Anonymous said...

PAS itu UMNO,UMNO itu PAS kedua spesis parti yang tak boleh diharap dan akan memudaratkan negara dan khususnya orang Melayu.RUU355 sudah tekubur dan PAS masih nak memperbodohkan penyokongnya.

Anonymous said...

PANIPU itu DA-Pig,DA-Pig itu PANIPU kedua spesis parti munafik dan kafir harbi yang tak boleh diharap dan akan memudaratkan negara dan khususnya orang Melayu Islam. RUU355 dan Hudud ditentang dan difitnah oleh DA-Pig dan PANIPU untuk menakut-nakutkan orang ramai dan gabungan munafik-kafir harbi masih nak memperbodohkan penyokongnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails