Wednesday, March 28, 2018

Gadis Bertudung Aksi Ligat ‘Superman’ Bermotosikal. Wajarkah? (Video).



Terbaharu, video aksi dua remaja wanita yang ligat menunggang motosikal sambil melakukan gaya ‘Superman’ telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rakaman video berkenaan yang dimuat naik menerusi sebuah laman page di laman Facebook menunjukkan dua wanita yang dipercayai berusia belasan tahun itu melakukan aksi berbahaya itu di sebatang jalan yang tidak sibuk.
Tidak diketahui lokasi dan tarikh sebenar kejadian, kedua-dua remaja yang bertudung itu menunggang sambil berbaring di atas motosikalnya, sementara seseorang merakam adegan itu dari sebuah kenderaan lain.

Rakaman itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada netizen lantaran aksi berbahaya yang ditunjukkan bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya, malah turut menjatuhkan imej sopan-santun seorang wanita Muslim.

“Berapa hantaran nak kasi dekat dua orang awek yang ni min? apa pun simpan dulu video ni, cukup 30 tahun post balik video ni bagi anak dia tengok mak dia pernah jadi superman ‘bergetah’ 😂,” tulis Adam Haikal.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nursyafiqah Ali pula menyifatkan aksi itu sekadar untuk mendapatkan perhatian dan tidak sesuai dilakukan oleh seorang wanita, selain membahayakan nyawa.

“Kadang-kadang nak dapat perhatian dan pujian malah rasa bangga kerana mampu buat macam tu sebab kebanyakan yang buat begitu cuma lelaki je, ni perempuan pula siap bertudung pulak tu,” katanya.

Sehingga kini video rakaman itu telah menerima perkongsian lebih daripada 25,183 sejak dan mendapat lebih daripada 2,000 komen daripada pelajar alam maya. Lapor  MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
Wajarkah? Lihat begini dalam sejarah Islam?

Inilah Sejarah SRIKANDI PEJUANG WANITA ISLAM ...

https://www.youtube.com/watch?v=tXX6Redw79U
11 Jan 2018 - Dimuat naik oleh Gita Putri Lestari
SEMUA VIDEO Yang Anda CARI : https://www.youtube.com/channel/UCOhQJp644kIaqktbSh59TRw ...


Pahlawan Wanita Serba Hitam: Khaulah Binti Azwar

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. 

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian. 


Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya, Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Rasulullah SAW. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. 


Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah SAW telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, 

”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahawa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Pejuang yang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi. 

Keberanian pejuang yang memangkin semangat baru bagi kelompok Rafi, semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Khalid mendekati penunggang kuda itu lalu bertanya, 

“Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” 

Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi. Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. 

“Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” 

Penunggang kuda itu pergi lagi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika penunggang kuda itu kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya: 

“Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. 

“Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu  seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan kerana hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. 

“Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. 

Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Begitu kisah gadis muslimah dalam perjuangan Islam. Adakah gadis bertudung di atas beraksi ligat di atas motosikal itu, mempunyai ciri-ciri lasak seperti Khaulah binti Al-Azwar? Bagaimana mentarbiah remaja dan kanak-kanak dalam  menuju ke situ?

Itulah yang perlu difikirkan! Wallahu 'aklam.


UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

3 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan Ibn Hasyim. Tetapi bila ditegur atau halang PH pula tuduh kita tak open minded.

Anonymous said...



Lagu ini ku tujukan kepada superman ‘bergetah’ yang suka menunggang motorsikal secara berbahaya:

Hantu atau Buaya

Sakit hatiku memikirkan kamu
Sakit mataku melihat wajahmu

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja


Anonymous said...


BERITA BAIK UNTUK PERJUANGAN ISLAM

80 ahli PKR Gua Musang sertai PAS


KOTA BHARU: Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) mengimpikan mahu menawan Kelantan, hari ini 80 orang pula pemimpin dan penyokong PKR menyertai PAS.

Kumpulan terbabit diketuai bekas penyelia Dun Nengiri, Syed Azhar Syed Alwi. (Foto atas: Syed Azhar menyerah borang menyertai PAS.)

Beliau bersama 80 ahli dan kepimpinan PKR Cabang Gua Musang menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad.

Hadir sama pada program bersejarah di JKR 10 petang ini Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Dato’ Che Abdullah Mat.

Syed Azhar juga Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang. – HARAKAHDAILY 27/3/2018



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails