Friday, March 23, 2018

Gadis Pukul Tentera Israel Dipenjara 8 Bulan


Ahed Tamimi, 17

SEORANG gadis Palestin ini, Ahed Tamimi, 17, yang mengejutkan dunia kerana keberaniannya menampar dua askar Israel di Tebing Barat pada Disember tahun lepas, telah dihukum penjara selama lapan bulan oleh mahkamah tentera Israel.

Keputusan dibuat selepas peguam Ahed, Gaby Lasky berjaya mencapai perjanjian dengan pendakwaraya.
Menerusi perjanjian itu, Ahed bersetuju untuk mengaku salah di atas empat daripada 12 tuduhan yang dikenakan ke atasnya iaitu melakukan serangan, menghasut dan dua tuduhan menghalang tugas.
Selain Ahed, ibunya Nariman Tamimi dan sepupunya, Nour turut didakwa. Nariman turut dihukum penjara selama lapan bulan dan hukuman berkenaan dicapai juga menerusi perjanjian yang dicapai antara Lasky dengan pendakwa.
Manakala Nour pula hanya dikenakan hukuman penjara 16 hari dan memandangkan dia ditahan melebihi tempoh tersebut, maka Nour dibebaskan.
Sepanjang perbicaraan, kesemua mereka diarahkan ditahan di penjara. Kes itu dibicarakan secara tertutup di mahkamah tentera dengan alasan Ahed masih bawah umur. Meskipun Lasky memohon supaya ia diadakan secara terbuka namun ditolak mahkamah.
Kes tersebut mendapat perhatian dunia dan tindakan Ahed, yang memukul tentera Israel itu, telah menjadikan dia sebagai wira serta disanjung tinggi oleh penduduk Palestin kerana berani menentang kezaliman rejim berkenaan.
Video Ahed menampar dua tentera Israel itu menjadi viral. – MYNEWSHUB.CC
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


10 comments:

  1. syabas PAS, King Maker / King Supporter ? No, PAS join me (UMNO) in BN before GE. Alhamdulillah, PAS give Kelantan to UMNO and take little of "dedak" ...alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa kata. Husam Audio ka?

      Kesian kat hang. Sumbu ajaib jimat minyak dah beli?

      Delete
  2. Jom kaji balik, yg paling banyak cakap umno dan pas akan bersatu adalah husam musa.

    Siapakah Husam Musa yg menjadi Pujaan Macai2? Sila tengok kat link siap ada video tu

    https://m.malaysiakini.com/news/394586

    'Ini bukan magik, ini sains'

    Gara-gara memperkenalkan alat yang dikatakan boleh menjimatkan penggunaan petrol motosikal, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan Datuk Husam Musa menerima kecaman netizen di Facebook.

    Semuanya bermula apabila laman pseudosains PW Community memuat naik video menunjukkan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu sedang memperkenalkan sejenis alat kepada beberapa pemuda di halaman sebuah rumah.

    "Pagi ni kita akan masukkan alat ni dalam tangki motor. Tujuannya untuk jimatkan penggunaan minyak motor, sekarang ini harga minyak pun mahal. Budak-budak motor duit dia tak banyak.

    "Yang kedua alat ini boleh kurangkan asap. Asap ini adalah tanda bahawa minyak tidak dibakar habis.

    “Kerana itu jadi asap dan kemudian ada bekas asap yang hitam dipanggil karbon," katanya dalam mukadimah ketika menjelaskan keupayaan alat itu lima orang pemuda yang hadir bersama motosikal masing-masing.

    Video kita-kira lima minit itu dikongsi hampir 500 pengguna Facebook dan mencapai hampir 50, 000 kali tontonan selepas 12 jam disiarkan.

    Penjelasan 'ke laut'

    Pentadbir laman itu dalam nota iringan bersama video menjelaskan mereka tidak dapat memberikan penjelasan saintifik kerana tidak tahu komposisi kimia dalam alat yang dipromosikan Husam.

    “Namun apa yang boleh kami katakan ialah penjelasan Datuk YB (Husam) mengenai molekul minyak menjadi bulat dan solid memang ke laut,” katanya.

    Sementara itu, terdapat pengguna Facebook mengambil kesempatan menyindir Husam yang bergaya seperti jurujual yang sedang memperkenalkan produk itu.

    "Masukkan bongkah besi atau batu. Nanti minyak dalam tangki akan jadi penuh, " kata pengikut Facebook PW Community, Sharizal Muhammad.

    "Terpaksa jual produk macam ini pula. Sebab dia dah tahu bakal kehilangan kerusi PRU14 nanti," kata Khuram Ji pula.

    Alat yang kelihatan seperti pintalan tali itu menurut pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, akan membantu menjaga ekologi dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  3. Sambungan

    115 kuasa kuda

    Katanya, apabila alat tersebut dimasukkan ke dalam tangki motosikal ia akan menyebabkan keseluruhan minyak dibakar.

    "Insya-Allah secara 100 peratus. Ini bukan magik, ini adalah alat sains. Di mana molekul-molekul minyak (petrol) menjadi bulat, menjadi solid lalu dibakar sepenuhnya sehingga meningkatkan prestasi motosikal.

    "Kita tidak boleh meningkatkan kuasa kuda motosikal tapi bila minyak tidak dibakar habis sebahagian daripadanya, kuasa motor itu tidak di dijanakan sepenuhnya.

    "Walaupun 115 kuasa kuda tetapi kita hanya boleh laju mungkin boleh sampai 90 kuasa kuda atau 100," jelasnya merujuk kepada kapasiti enjin (cc).

    Tambah beliau, apabila alat tersebut digunakan ia akan menjana sepenuhnya tenaga sesebuah motosikal.

    "Kalau 115 kuasa kuda jadi 115 kerana itulah minyak dijimatkan. Kotoran tidak dikeluarkan dan kita akan rasa lebih kuasa, lebih power.

    "Jadi adik-adik guna alat ini. Alat ini boleh bertahan selama 15 tahun," ujarnya lagi.

    Sementara itu, Husam turut memasukkan alat penjimatan petrol itu ke tangki pemuda-pemuda tersebut sambil menegaskan nama mereka akan diambil bagi tujuan mendapatkan maklum balas keberkesanan alat tersebut.

    "Enjin pun akan terjaga dengan baik. Kerana bila enjin bersih, dia akan menjaga baik.

    "Dan kita nak laporan sejauh mana berkesan alat ini, sekiranya berjaya insya-Allah Pakatan Harapan akan mengedar alat ni secara diskaun kepada anak-anak muda bermotor di negeri Kelantan supaya kita boleh menjimatkan petrol, kurangkan asap, kurangkan karbon dan menjaga motosikal kita dengan baik," kata naib pengerusi Parti Amanah Negara itu.

    Malaysiakini telah menghubungi Husam dan masih menunggu maklum balasnya berkaitan kritikan itu.

    ReplyDelete
  4. Adoiiiiiiiiii kelas la sikit broooo kalau nak jadi macai pun. Petik Dr Mujahid, Dr Dzulifly dan lain2. Ini tak Husam Musa dangan Wan Rahim


    Ada class and ada taste please

    ReplyDelete
  5. https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/jadi-liabiliti-husam-musa-ditolak-parti-sendiri/

    Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri

    PEMIMPIN Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa semakin teruk merosakkan dirinya sendiri melalui isu demi isu yang ditimbulkan sendiri.
    Kenyataan terbaru beliau mendakwa mengundi PAN dan Pakatan Harapan (PH) boleh mendapat pahala manakala mengundi parti bulan (PAS) hukumnya haram.

    “Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam dipetik media.

    Apa yang paling menonjol di sini ialah sikap mahu menghukum dalam proses politik, menetapkan halal atau haram mengundi parti-parti tertentu.

    Husam yang selama ini dikenali sebagai tokoh dari golongan profesional yang kononnya bersikap progresif dalam PAS akhirnya menunjukkan wajah tersembunyinya yang mahu menghukum dengan hukum agama dalam menarik sokongan untuk partinya.

    Sebelum ini, sebagai orang kepercayaan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam bersetuju sekiranya dikatakan dapat pahala undi PAS, partinya sendiri yang memerintah negeri Kelantan.

    Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, tentu sebelum ini Husam tidak menolak kalau dikatakan dapat pahala undi PAS.

    Kali ini dalam Parti Amanah Negara (PAN), Husam mengeluarkan “fatwa” haram undi PAS dan dapat pahala undi PAN.

    Kenyataan kontroversi terbaru Husam ini terus menerima kecaman dari pemimpin-pemimpin PAN sendiri.

    Pemimpin pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan mengkritik kenyataan Husam itu di laman Facebook beliau.

    Seorang lagi pemimpin PAN, Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani juga menolak kenyataan Husam yang mengeluarkan hukum agama itu.

    Pemimpin-pemimpin PAN berbalas-balas komen sesama sendiri di laman Facebook Nik Abdul Razak yang dikenali lantang mengkritik pemimpin partinya sendiri.

    Sebelum ini, Nik Abdul Razak mengkritik Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi yang mewajarkan tindakan Pengerusi PAN Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, memanggil PAS dengan gelaran “PIGS” (PAS, Ikatan, Gagasan Sejahtera).

    Perbalahan terbaru dalam PAN ini bukan sahaja menunjukkan perbezaan ketara dalam parti itu, tetapi juga menjadi satu kayu ukur penerimaan terhadap Husam yang kebelakangan ini terlibat dalam beberapa kenyataan dan aksi memalukan.

    Tahun lepas, Husam dalam satu rakaman video mengiklankan “sumbu jimat minyak” yang menyebabkan beliau ditertawakan oleh netizen dan dikecam hebat oleh komuniti sains tempatan.

    Baru-baru ini, Husam muncul lagi dalam rakaman video, kali ini bercerita tentang sejenis rumput yang suka dimakan oleh lembu.

    Dalam rakaman itu, beliau sendiri telah cuba merasa rumput tersebut, mencetuskan aksi lucu yang sekali lagi mengundang ejekan ramai.

    Aksi dan kenyataan beliau yang serba tidak menjadi kebelakangan ini telah mencetuskan penentangan secara senyap dan terbuka terhadapnya.

    Ada yang tidak bersetuju sejak awal kemasukan Husam ke dalam PAN, yang boleh menggugat pemimpin tertentu daripada naik kerana imej Husam sebagai pemimpin yang agak kuat.

    Kesilapan-kesilapan beliau akhirnya dijadikan alasan untuk menolak bekas pemimpin berpengaruh PAS ini.

    Husam kini telah menjadi liabiliti kepada PAN dan PH hasil kesilapan-kesilapannya yang merosakkan imej beliau dan parti yang beliau wakili.

    ReplyDelete
  6. Macai Macai PAN pulak petik isu2 diutarakan oelh Husam Musa.

    Kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Ini aku copy paste dari blog Tulang Besi (Dulu dia ni lebih hingaq dari Hsuam waktu cerita UG ni !!!!!!!!!!!!!!!!!!)

    http://www.malaysiawaves.net/2010/05/pembangunan-dr-mahathir-merugikan.html

    SUNDAY, MAY 16, 2010
    Pembangunan Dr Mahathir Merugikan Rakyat Malaysia, Orang Melayu dan Orang Miskin. Hanya Untungkan Kroni


    Kepada aktivis PERKASA yang tersangat berbangga dengan Dr Mahathir, sedarlah sikit. Kamu telah tertipu. Dr Mahathir adalah seorang yang kuat menipu. Semua program pembangunan beliau hanyalah untuk mengkayakan kroni dan anak-anak beliau semata-mata. Orang biasa macam kita sentiasa tertekan dan tertindas. BUKTI PERTAMA saya bawa adalah gaji pekerja2 di MAlaysia.

    Pada tahun 1970, harga kereta Volswagen adalah RM5k sebiji, rumah teres dua tingkat harganya RM25k dan coca cola pula 50 sen sebotol. Gaji seorang yang baru tamat universiti adalah RM800 sebulan.

    Setelah Dr mahathir turun takhta, kita lihat harga rumah teres dua tingkat adalah RM200k, kereta Proton Wira pula RM60k sebulan, dan coca cola pula RM1.50 sebotol.

    Namun, secara purata, gaji permulaan mereka yang keluar universiti hanyalah RM1200 sebulan sahaja.

    Sebab itu 80% rakyat Malaysia menjalani kehidupan mereka sehari-hari dengan BERHUTANG. Majoriti rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada kad kredit untuk hidup.

    Mahathir hanya membela kroni dan mereka yang berduit. Polisi Mahathir adalah menyokong smeua yang kroni dan syarikat besar mahu.

    Apabila kroni-kroni ini mahu menaikkan harga barang, Mahafiraun menyokong. Tapi, bila rakyat mahu gaji mereka naik, Mahafiraun tidak pernah menyebelahi rakyat.

    UNTUK BAGI KRONI, RUGI RAKYAT TANGGUNG

    Itu adalah satu lagi amalan Mahafiraun. Apabila Proton hampir nak mati pada tahun 1983 ke atas, Mahafiraun naikkan cukai import kereta serta naikkan harga Proton sehingga kereta Proton paling murah pun harga sampai RM60k. Dan, kerugian Proton telah mencecah paling kurang RM11 - 12 billion. Semuanya dibayar dengan wang minyak milik rakyat.

    Mahafiraun telah diberi amaran bahawa projek kereta nasional tidak akan berjaya di Malaysia kerana rakyat Malaysia jumlahnya sedikit - 13 juta pada tahun 1983. Tapi, Mahafiraun tak kesah. Dia tak kesah rakyatnya terpaksa bayar kereta 5 kali ganda dari harga sepatutnya (Proton Wira tu sepatutnya harga sebiji tak sampai RM15k sebab kualiti cukup buruk). Yang penting ego dan kehendak serta nafsu syaitan beliau dipenuhi.

    Juga untuk mengatasi masaalah penduduk ini, Mahafiraun telah melancarkan program yang begitu tidak rational yakni menambah penduduk Malaysia sehingga 70 juta orang pada tahun 2000. KAlau RM11-12 billion tu pakai duit BAPAK Dr MAHATHIR, saya pun tak kesah. Tapi kerugian Proton tu ditanggung oleh rakyat MAlaysia. Duit Mahafiraun satu sen haram tak keluar. Memang bangsa celaka Mahafiraun ni.

    Lagi satu, waktu ekonomi sedang berkembang sebelum 1997, semua kekayaan negara dibahagi2kan sesama kroni Mahafiraun terutamanya budak2 Daim Zainunddin yang dipanggil "Paremba Boys".

    Pada masa itu, kita rakyat Malaysia satu sen haram pun tak dapat nikmat dari dasar penswastaan Mahafiraun.

    Tapi, bila semua rugi, rakyat terpaksa bayar balik hutang2 kroni yang telah terlungkup meniaga walaupun diorang ni monopoli. Maknanya apabila untuk rakyat tak merasa, apabila rugi rakyat tanggung.

    Kerugian dari penswastaan yang gagal ini dianggarkan menghampiri RM80 billion. (Jumlah liabiliti yang terpaksa ditanggung atas kebodohan kroni2 Mahafiraun seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Tajuddin Ramli, Halim Saad, Renong dsbnya dianggarkan RM80 billion).

    itu tak termasuk projek2 bodoh yang memang dari mula orang dah tahu akan rugi seperti PERWAJA, PROTON, projek enjin motosikal HICOM yang semuanya rugi, dua kilang simen di Langkawi dan Perak pun telungkup (dgn kos lebih RM2 billion) dan banyak lagi.

    Wang modal asing yang keluar dari Malaysia pula dianggarkan dalam RM 30 billion semuanya keluar terus dari Malaysia pada tahun 1997.

    ReplyDelete
  8. Kamu semua Macai2 dapat dedak, kami orang kampung telan kopi pun dah tak larat nak tambah gula. Kos hidup melambung, anak kat IPTA terpaksa tunda pengajian kerana tak "sempat" sambar dedak untuk tampung kos sara hidup.

    Kamu ibarat kera, mengapi2kan orang kampung yg memang melarat dan terdesak. Nak beli sabun untuk basuh puki pun tak berduit. Menoreh udahlah takde susu, harga getah menjunam jatuh.

    PAS sama dengan UMNO, subahat dengan kerajaan zalim.

    Macai2 PAS/UMNO yg berperangai macam kera ni, inshaAllah akan masuk neraka jahanam.

    Porrahhhhh

    ReplyDelete
  9. Air Paip kat Selangor PERCUMA. Angin Paip air kat Kelantan PERCUMA. Undilah PAS ha ha ha

    ReplyDelete