Monday, March 12, 2018

Halang Katy Perry Beli Gereja, Rahib Rebah Meninggal Dunia.

Rahib rebah, meninggal dunia dalam cubaan halang Katy Perry beli gereja
Catherine Rose Holzman, 89 tahun merayu agar penyanyi Katy Perry (gambar) tidak meneruskan hasrat membeli gereja yang menjadi pertikaian. - Foto REUTERS/Dylan Martinez


LOS ANGELES: Seorang rahib wanita Roman Katolik yang menentang keras pembelian sebuah gereja di Los Angeles kepada bintang pop sensasi Katy Perry meninggal dunia selepas rebah sewaktu pendengaran kes itu di mahkamah pada Jumaat.

Catherine Rose Holzman, 89 tahun adalah salah seorang daripada rahib yang mencabar penjualan gereja itu di mahkamah Los angeles, lapor saluran televisyen Fox.

"Kepada Katy Perry, tolong hentikan (pembelian). Ia tidak membantu sesiapa sebaliknya melukakan hati banyak pihak," Holzman dipetik berkata kepada wartawan sewaktu memasuki mahkamah. Semalam sebuah laman web yang memihak kepada kumpulan rahib terbabit memaparkan gambar Holzman dengan tulisan, "Berehatlah wahai bidadari yang kami hargai."

Namun tiada sebarang komen dari jurucakap Perry mahupun pihak polis mengesahkan mengenai punca kematian. Sisters of the Immaculate Heart of Mary, gereja yang menjadi pertikaian pernah dihuni oleh Holzma sebelum ini.

Holzman dan empat rakannya yang lain sedang cuba untuk menjual gereja terbabit dengan harga AS$15.5 juta kepada seorang pengusaha restoran yang mahu mengubahsuai gereja itu kepada sebuah hotel. Bagaimanapun penjualan itu dihalang pada 2015 dan membuka ruang kepada Perry untuk membelinya. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertembungan antara hiburan semasa dengan gereja? Dalam Islam tiada begitu..

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

13 comments:

Anonymous said...

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/05/pas-ajak-sekat-perhimpunan-kristian-zionis-di-melaka/

PAS ajak sekat perhimpunan ‘Kristian Zionis’ di Melaka

PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan sebuah perhimpunan gereja yang bakal diadakan di Melaka bulan ini, dengan menyifatkan program itu agenda “Kristian Zionis” dan “budaya Yahudi” yang perlu disekat secara tegas oleh kerajaan.

“Mutakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” tulis Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan di Facebook, sambil memuat naik poster acara itu.

Perhimpunan itu, “Nations of the Golden Gate allignining with Jerusalem’s Jubilee”, diadakan selama 4 hari dari 15 ke 18 Jun, di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese) di Melaka.

Kristian Zionis merujuk kepada kelompok di kalangan penganut Kristian yang menganggap umat Yahudi ditakdirkan untuk “kembali” ke tanah suci di Baitul Maqdis sebelum dunia menyambut kedatangan semula Nabi Isa bagi menyelamatkan manusia.

Kepercayaan ini merupakan antara yang terkandung dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang dijadikan rujukan ajaran Yahudi.

Menurut penganjur, perhimpunan itu memilih rantau Asean kerana gabungan itu menyambut ulang tahun ke-50 atau Jubli Emas tahun ini.

“Mengapa tidak Malaysia?” menurut catatan mengenai program itu di sebuah portal Kristian, Christianity Malaysia.

“Hati nurani Kristian merindui kehadiran Tuhan di kalangan kami. Sememangnya Tuhan mengumumkan menerusi pengutusNya mengenai takdir Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan pemangkin kebangkitan semula di Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di bawah segmen Golden Gate.”

Golden Gate merujuk pintu masuk di timur Haram al-Sharif di Baitul Maqdis, yang menempatkan Masjid Al Aqsa.

Baitul Maqdis yang kini di bawah pemerintahan Israel, merupakan tanah suci 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Acara di Melaka itu juga menerima kerjasama sebuah kumpulan berpengkalan di Petaling Jaya bernama “Elim Freedom” yang turut mengutamakan peranan Baitul Maqdis, di samping Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).

JHOPFAN merupakan pertubuhan berpengkalan di Israel diasaskan Tom Hess, seorang pastor warga Amerika Syarikat.

Nasrudin menyifatkan penganjuran acara di Melaka itu satu bentuk provokasi untuk mencabar sensitiviti umat Islam Malaysia.

“Sejarah luka penderitaan ummat Islam angkara kekejaman Israel tidak mungkin boleh dilupakan. Kini, sengaja dicetus provokasi melampau terhadap ummat Islam dengan menganjurkan Jerusalem’s Jubilee di bumi Malaysia.

“Budaya Yahudi ini tidak selayaknya dibenarkan bertapak di atas tanahair kita. Kerajaan perlu tegas bertindak. Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya.

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2017/11/29/apa-sudah-jadi-dengan-hanipa-maidin-pemimpin-parti-pan/


‘Apa sudah jadi dengan Hanipa Maidin pemimpin parti PAN’

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – “Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?”

Demikian persoalan dilontarkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berikutan kontroversi pemimpin parti PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berhubung isu membela ateisme.

Beliau turut berasa hairan dengan pendirian Hanipa sebelum ini, terutama ketika berada di dalam PAS, yang begitu lantang memperjuangkan hukuman bunuh ke atas umat Islam yang murtad.

Bagi, Dr Kamarul, Hanipa kini bukan sahaja tidak lagi berani memperkatakan mengenai kemurtadan anak muda Melayu atau penyebaran ateisme di kalangan mereka, malah mengatakan ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah bahawa ateisme dilindungi Perlembagaan Malaysia adalah menyimpang daripada fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.

“Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, menurut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.

“Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang,” katanya.

Mengimbau kembali suatu masa dahulu, Dr Kamarul berkata, ketika Hanipa masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an.

“Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membandingkan tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?

“Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.

“Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian,” katanya.

Anonymous said...

Parti kafir harbi DA-Pig telah menyamun tanah tapak masjid dan menentang, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Dan berpuluh kampung dan gerai perniagaan Melayu Islam telah dirobohkan dalam negeri yang diperintah oleh rejim perkauman DA-Pig.

Bahkan pemimpin dan kroni DA-Pig terlibat dalam 66 skandal rasuah dll yang amat merugikan rakyat dan negara.

Malangnya sebilangan pemimpin dan barua munafik Melayu bersekutu, berkerjasama dan bersekongkol dengan DA-Pig menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

Tuan Ibnu apa yg sedang berlaku di Pasar Besar Pasir .Puteh....

Anonymous said...

Macam ini ke penyelesaian yg adil yg PAS boleh berikan?

Anonymous said...

Bukan ke sudah saya nyatakan bahawa Kedaulatan Islam hanya RETORIK!. Nah sekarang sudah ternyata ianya adalah benar. Macamni ke PAS mahu dapatkan kepercayaan Rakyat yg semakin hambar dan meluat melihat Lobai cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Adakah anda mahu nasib orang melayu Kelantan sama dengan nasib melayu Penang?

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/522-2012-04/12688-16-apr-kerajaan-dap-rampas-tanah.html

16 APR - KERAJAAN DAP RAMPAS TANAH
lim-guan-eng

GEORGETOWN: Kira-kira 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong di sini, meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun melepaskan jawatan masing-masing dan keluar dari Pulau Pinang. Penduduk

terbabit tidak berpuas hati dan kecewa selepas mengesyaki Kerajaan DAP Pulau Pinang berkomplot dengan pemaju swasta ‘merampas’ tanah mereka menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, berkata kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut menggunakan pelbagai kaedah bagi memaksa penduduk keluar dari kampung berkenaan.

Menurutnya, beliau disuruh keluar dari rumah sendiri sebab ingin memberi laluan kepada pemaju membina jalan raya yang menghubungkan projek pembinaan dan kami mendapati Chuan Aun atau Jeff Ooi terbabit membantu pemaju. Orang kampung sudah lama bersabar dengan sikap Guan Eng yang langsung tidak prihatin dengan nasib penduduk kampung dan Jeff Ooi yang berpakat dengan pemaju halau kami dari tanah sendiri.

Pada Februari lalu, penduduk kampung itu mendakwa kerajaan negeri cuba 'merampas' lapan lot tanah milik persendirian di kampung itu dengan alasan untuk membina projek perumahan awam dan meluaskan tanah perkuburan.
Penduduk mendakwa kerajaan negeri bertindak mengugut akan menyaman mana-mana pemilik lot tanah yang enggan menyerahkan hak milik masing-masing menggunakan akta berkenaan.

Sehubungan itu, penduduk melaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat sama ada wujudnya penyelewengan kuasa oleh kerajaan negeri bagi mengambil tanah penduduk.

Zarus berkata, penduduk kampung turut merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya menyelamatkan tanah dan rumah penduduk daripada menjadi mangsa kerakusan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng.

Katanya, penduduk sudah tidak tahu lagi kepada siapa ingin mengadu dan harapan. Jika boleh mereka mahu kampung ini diwartakan sebagai tapak warisan kerana usianya sudah mencecah 350 tahun dan penduduk mahu mewariskan tanah ini kepada generasi akan datang.

Anonymous said...

Sapa cakap Wan Rahim yg kata Husam Kuasa 10 atau Husam yg mimpi 15x dan ada sumbu ajaib 15x.

Mereka berdua ni dah ditarik pingat dan title.

Itu pun nak percaya lagi ka

Anonymous said...

tama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

Ini aku petik dari blogger PAN sebelum gang2 GHB buat Kuali. Nah kao

http://www.malaysiawaves.net/2010/05/mahathir-bazir-rm100billion-rakyat-kena.html?m=1


Mahathir Bazir RM100billion. Rakyat Kena Bayar PTPTN
NOTA EDITOR: Penulis Barry Wain menyatakan beliau ada bukti ke atas dakwaan beliau yang Dr Mahathir telah bazirkan wang rakyat sebanyak RM30 billion. Bagi saya sendiri, saya yakin pembaziran Mahafiraun ini melebihi dari itu. Misalnya, rakyat Malaysia terpaksa membeli kereta Proton dengan harga 100% dari harga pasaran sebenar. Keuntungan yang dikaut Proton itu adalah SATU PEMBAZIRAN kepada rakyat Malaysia. Misalnya, sepatutnya rakyat Malaysia membayar sebiji Proton Wira dengan harga RM25k, tetapi disebabkan oleh Mahafiraun, kita terpaksa membayar dengan harga RM60k. Bayangkan pembaziran yang DIPAKSA ke atas Rakyat Malaysia.

Misal lagi satu adalah bagaimana duit milik rakyat Malaysia hilang dalam sekelip mata. Duit yang berjumlah RM30 billion telah lenyap kerana digunakan untuk "berjudi" dalam Pasaran Mata Wang Antarabangsa. Di waktu bank-bank negara dari negara kaya pun tak berani main di Pasaran Wang Antarabangsa ini, Mahafiraun dengan bantuan Nor Mat Yaakob telah bermain "judi" dengan wang rakyat. Apabila rugi, RM30 billion wang rakyat LENYAP. Nor Mat Yaakob tidak pernah dibicarakan malahan dilantik Menteri Penuh. Padahal, Nor Mat Yaakob sepatutnya duduk dalam Penjara Kajang bersama2 Halim Saad dan Tajuddin Ramli dan Daim Zainuddin.

Rakyat Malaysia pula diberitahu untuk berhenti bergantung pada Kerajaan. Maka, rakyat Malaysia tidak boleh lagi mendapat biasiswa tetapi harus membayar balik PTPTN. Bila tamat pengajian, gaji permulaan siswazah lebih rendah dari kos hidup. Terpaksalah kita bekerja sampai ke lubang kubur.

Manakala, perompak2 seperti Mahafiraun dan Nor Mat Yaakob hidup mewah dan senang selepas menghilangkan wang rakyat RM30 ribu juta.

Sekian

Anonymous said...

Woioo Pakatan. Dulu kata Mahathir curi duit. La ni kata dah maaf. Punyala bukan duit macai Pakatan tapi duit rakyat. Kao suruh Mike Sabu pesan sama itu orang kata kasi pulang la itu duit

Anonymous said...

Aku takkan sokong pakatan penyamun yang dipimpin oleh sifu evangelis yang benci Islam sebab aku cintakan Allah dan RasulNya.

Puak munafik dan kafir harbi sedang meroyan gila babi sebab PAS tidak mahu menjadi zombi DA-Pig.

Woi barua dedak roket berlapis.... PAS parti Islam tidak akan bersekutu dengan parti kafir harbi dan munafik.

Puaka Rimba said...

Audio Husam dan Perobohan Pasar Pasir Putih. 2 isu terkini yg menghimpit kepimpinan PAS. Makan pasir Pas kali ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails