Wednesday, March 21, 2018

Hinanya M'sia. Presiden Majlis Peguam Sekat Haram Alkohol.



Kuala Lumpur: Presiden Majlis Peguam George Varughese dilaporkan sebuah portal telah menolak usul peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor atau Amir Bahari untuk mengharamkan sebarang hidangan alkohol dalam mana-mana majlis badan itu.

Dakwa Varughese seperti dipetik daripada The Malay Mail Online, Majlis Peguam tidak mempunyai bidang kuasa bagi membicangkan usul ini. 

“Cadangan itu tidak dibincangkan…kerana bentuk dan isi kandungannya bukanlah sesuatu yang boleh dibincangkan oleh Majlis Peguam.” 
“Bentuk dan kandungan usul ini tidak konsisten dengan profesion perundangan atau Akta Profesion Undang-Undang.” 

Sebelum ini dilaporkan beberapa aktivis peguam memberikan komen positif cadangan yang dibawa oleh Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor tersebut. Ini merupakan kali kedua peguam Amir Bahari membawakan usul ini dan juga kali kedua ianya ‘ditolak’. 

Setahun yang lalu, usul yang dibahaskan Amir pada mesyuarat am tahunan badan itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi.Hinanya 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bab Hukum ditentukan oleh undi. Begitulah hinanya hukum Islam dalam negara sekular di Malaysia.

Oleh itu tukarlah negara umat Islam sekular ini kepada negara Islam dengan mengundi parti Islam (PAS) dalam PRU 14 ini.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

13 comments:

  1. http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

    “DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

    BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

    Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

    Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

    Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

    Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

    “Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

    Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

    “Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

    “Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

    ReplyDelete
  2. https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2018/01/02/tuduh-pas-sesat-biar-satu-malaysia-tahu-belang-dap/amp/

    Tuduh PAS sesat biar satu Malaysia tahu belang DAP

    BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – PAS menyelar kenyataan Setiasaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng apabila mendakwa parti itu sebagai sesat.

    Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika Guan Eng menuduh PAS sesat, maka apa pula yang perlu dilabelkan kepada DAP.

    Membidas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Idris menyifatkan sesat pada pandangan Guan Eng adalah apabila parti itu tidak boleh dicucuk hidung oleh DAP.

    “Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat, kerana menentang pesta arak. PAS sesat kerana menentang gay. PAS sesat kerana menentang LGBT.

    “PAS sesat kerana hendak mendidik masyarakat hidup bermoral dan berakhlak. PAS sesat kerana tidak bersetuju dengan Ateis.

    “PAS sesat kerana menentang golongan anti hadis. PAS sesat kerana pemimpin kerajaan Kelantan tidak dituduh rasuah. PAS sesat kerana hendak memperjuangkan syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Semalam, sebuah portal melaporkan bahawa Guan Eng melabel perjuangan PAS sebagai sesat ketika mengulas peletakan jawatan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.



    Mengulas lanjut Idris berkata, lagi banyak serangan yang dilakukan Guan Eng mengenai Islam yang diperjuangkan PAS, ia lebih menguntungkan parti itu.

    Jelasnya, perbuatan itu secara tidak langsung membuka mata masyarakat mengetahui siapa Guan Eng dan DAP yang sebenar.

    “Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar.

    “Tindakan ini bukan sahaja akan menimbul kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu. Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada berbagai kaum,” katanya.

    Menurut Idris, modal Guan Eng dilihat tidak berkesudahan dengan memfitnah PAS bersama dengan UMNO, dengan mendakwa parti itu tidak bersuara berkenaan isu 1MDB serta Felda.

    “Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati LGE terhadap PAS. Lihatlah kenyataan PAS di Harakah, akhbar rasmi PAS.

    “Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Copy n Paste dari Tweet Omak Kau

    Hanisya@omak kau
    @Nomy69


    15h
    1 undi kepada PH bermakna 1 undi utk DAP menjadi kuat sebagai kuasa PENENTU..
    Sapa setuju angkat tangan!!

    ReplyDelete
  4. ni yg aku nak kata.. walaun2 dan wakauntit2.. ni tak tau undang2. tuuuu...suruh la tok2 lobai
    ...lobai2 kau kat parliment tu putuskan buat undang2 haramkan arak. Selagi tak diputuskan di patlimen...toksah ckp banyak2 la....buat sakit hati ja. Mcm menyalak kat tunggoi. Perangai tok lobai yg suka memonteng sessi bahas di parliment...apa yg nak diharap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terfikir sama ada barua 10:39 am ternakan sifu evangelis ini buta , pekak atau dungu setiap dia diam membisu setiap kali pemimpin-pemimpin pakatan termasuk sifu evangelis ponteng sessi bahas di parlimen.

      Aku juga yakin cadangan barua tersebut di atas juga berunsur hipokrit kerana sifu evangelis sendiri mempromosi pesta arak.

      Barua ini sendiri takut nak mengutuk cadangan pesta arak sifu evangelis.

      Toksah cakap banyak2.

      Delete
  5. https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/

    PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum
    Published on Nov 9, 2016

    ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
    Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

    “Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

    “Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

    Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

    Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

    Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

    Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

    Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

    ReplyDelete
  6. DAP pun Ponteng Parlimen

    http://omakkau.blogspot.my/2015/04/setelah-didedahkan-beberapa-ahli.html

    SETELAH DIDEDAHKAN BEBERAPA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT "PONTENG" KETIKA PENGUNDIAN RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN KEGANASAN (POTA) 2015, SEMALAM MEREKA MUNCUL DI PARLIMEN BAHAS DAN UNDI PINDAAN AKTA HASUTAN.

    Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang diluluskan pada Selasa lalu dilihat berpunca daripada kegagalan kehadiran ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) semasa proses pengundian itu menyebabkan media sosial termasuk blog menjadi kecoh.

    Ramai rakyat, terutamanya para penyokong, pendokong dan ahli gagasan Pakatan Rakyat melahirkan rasa kecewa amat, akan sikap yang dipamirkan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan, termasuklah Dato' Menteri Besar Selangor, merangkap Ahli Parlimen Gombak, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan, YAB Lim Guan Eng.


    Pada pengundian Bacaan Kali Kedua pada hari berkenaan, terdapat 64 wakil rakyat membuang undi dan terus menyusut kepada 60 orang pada pengundian Bacaan Kali Ketiga. Ini bukanlah kali pertama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hilang dari Dewan Rakyat. Penggal lepas pun terdapat beberapa kali Ahli-Ahli Parlimen PR ponteng semasa Rang Undang-Undang yang penting hendak diluluskan termasuklah Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru dahulu. Senarai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir telah pun menjadi viral di media sosial selain turut merangkumi kedua-dua Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

    POTA 2015 telah diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan lebih 12 jam dengan undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan). Semalam pindaan terhadap Akta Hasutan bacaan ke-2 telah diluluskan dengan 108 undi setuju dan 79 undi tidak setuju. Akhirnya ahli-ahli Parlimen yang "ponteng" semasa pengundian POTA 2105 telah muncul di parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi pengundian termasuklah Azmin Ali dan Lim Guan Eng. Kini gambar mereka hadir pada sesi perbahasan dan pengundian tersebar di laman sosial.

    Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

    ReplyDelete
  7. Strategi UMNO menakut2kan pengundi Islam dengan DAP, PAS pun tiru. Tapi, PAS lupa DAP "menjaga" Islam lebih baik di P. Pinang berbanding Kelantan. PAS lupa, orang dah tak takut DAP. PAS lupa, orang sekarang memuncak marah kat Najib bukan DAP. PAS lupa, orang sanggup buat apa sahaja untuk menjatuhkan Najib dan gerombolan parti penyokong Najib (termasuk PAS). PAS lupa , penduduk kampung sekarang dah guna whatsapp.....sama dengan ibukota.

    ReplyDelete
  8. Kali ni, aku tak undi PKR, tak undi UMNO, tak undi PAS, tak undi MCA/MIC...ini kalilah aku undi DAP sebab komen blog nak Hashim menyebabkan aku tertarik dengan DAP. DAP ni dibaratkan kain buru, yg aku tahu dari dahulu lagi sampai sekarang DAP menentang UMNO (bukan menentang Malaysia), tak macam PAS dahulu menentang UMNO sekarang bertunang dengan UMNO....PARTI GILA TALAK !

    ReplyDelete
  9. hudud dah masuk karung dedak ha ha ha.....

    ReplyDelete

  10. Pengajaran yang kita dapat ialah jika pihak kafir mendapat kuasa, mereka akan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    ReplyDelete