Sunday, March 25, 2018

Kenapa Tun M Terpaksa Hadir Berdepan Dr Kamarul?



SIK: Terdapat begitu ramai, lama dan lantang para pengkritik serta musuh kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mereka kini mensucikan, melutut dan membuntut kepadanya.



Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejak puluhan tahun, Tun M menerima kritikan bergunung-ganang dan melaut banyaknya di mana jika dibukukan boleh menjadi perpustakaan.

"Paling kuat, paling banyak, dan paling kerap adalah sejak tahun 1998, selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan Umno berpecah dua melahirkan Parti Keadilan Negara.

"DAP juga tidak pernah berhenti bercakap tentang Tun M. Semuanya buruk dan salah pada pandangan mereka. Paling kuat adalah tentang Melayu dan kemelayuan dalam penswastaan, DEB.
"(Juga) Wawasan 2020, selain ultra Melayu, rasisme, Umnoputra dan deretan skandal kewangan. Mereka juga menjadikan semua majlis mereka medan mengkritik Tun M yang mengetuai BN, Umno dan Kerajaan.
"(Kini) Belum sampai setahun pun Tun M disucikan (para pengkritiknya itu)," ujar mengulas mengenai Wacana Sinar Harian Ke-53 "Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?" ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Beliau juga menambah, sebelum itu Tun M dikritik dalam Umno sendiri sehingga melahirkan Team B, kemudiannya menjadi Parti Semangat 46.
PAS juga menurutnya, tidak terkecuali mengkritik dan membantah dasar-dasar dan tindakan Tun M yang tidak selari dengan Islam, salahguna ISA dan menyekat kebebasan media.

Malah PAS tegasnya, konsisten mengkritik salahguna harta dan premis awam, salahguna polis, pembaziran, salahguna dana awam untuk _bailout' syarikat kroni dan mengamalkan nepotisme dan lain-lain.

Namun jelas Sanusi, perkara itu berbeza dari dilalui Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Terangnya, pandangan dan analisa Dr Kamarul menerusi penulisannya memberi bekas mendalam kepada Tun M dan gerombolannya dalam PH hingga beliau terpaksa hadir berdepan sendiri.

"Malah tiada satupun kritikan-kritikan puluhan tahun dari pelbagai penjuru itu dihadapi oleh Tun M dengan cara hadir berdepan dengan pengkritiknya, seperti dibuat kepada Dr Kamarul.

"Mahfuz, Mohd Sabu, Kit Siang, Lim Guan Eng dan Khalid Samad menghentam Tun M lebih 30 tahun, sekali berdepan dengannya, terus melutut, membuntut. Semua ludah dan kahak dijilat kembali," sindirnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah menambah, ketika menjadi Menteri Pelajaran pada 1970-an, Tun M pernah hadir berdepan dengan gerakan mahasiswa.

Ketika itu ceritanya, mahasiswa berdemontrasi membantah dasar-dasar kerajaan, terutama isu kemiskinan di mana gerakan mahasiswa tahun 70-an, dipengaruhi pelbagai aliran melahirkan ramai tokoh pemimpin dalam pelbagai sektor.

Terutama menurutnya, pemimpin gerakan politik hingga turut mencetuskan perubahan lanskap politik negara beberapa tahun kemudiannya.

"Sehinggalah ke zaman Tun M menjadi PM, dia mengurung pimpinan mahasiswa tahun 70-an di celah kangkangnya dalam Umno dan kerajaan, dan kini diulangi lagi.
"Sebesar mana kesan tulisan Dr Kamarul kepada Tun M, PH dan 'banduan' politik Tun M? Hanya mereka yang 'merasainya'," ulas beliau. 
HARAKAHDAILY 24/3/2018


Bandingkanlah perbedaan PAS dengan parti-parti lain di Malaysia..

FASAL 7, Perlembagaan PAS. Hukum dan Kekuasaan
  • Memperjuang Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung PAS.
Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

7 comments:

Anonymous said...

Rasanya tk payah kot buat perbandingan pas yg dah kelaut tu,parti was2..itu kata2 org2 pas sendiri yg dh sedar kebenarannya,mana yg masih menyokong dan dok angkat pemimpin pas yg ada sekarang,mmg lah buta hati buta mata dan buta pengetahuan..atau buat2 buta.

Anonymous said...

Kalah lagi debat. Husam yg nombor 3 cerita pasal audio. Pemimpin Pencen pula nak lawan orang tak da jawatan. Apa lubang brooo. Bagi no akaun bank kao, kami bagi 5 hinggit buat beli sumbu ajaib terlajak audio tampal kat dahi. Moga2 jimat minyak otak kao sikit

Anonymous said...

Mahathir Kepala Perompak dan Bapa Pelingkup Negara atau Mat Sabu kaki penipu dan pemfitnah? Atau kedua-duanya benar?

Anonymous said...

Kredit kepada Mr Semut Hitam

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/03/bukan-sebab-tua-tapi-pakatan-ketandusan.html?m=1

BUKAN SEBAB TUA, TAPI PAKATAN KETANDUSAN CALON!!!

Ramai yang meminta untuk komen mengenai kehadiran mengejut Tun Mahathir dalam satu wawancara yang dianjurkan oleh Sinar Harian semalam bertajuk "Terlalu Tuakah Tun Mahathir?".


Pertamanya, tajuk perbahasan yang diadakan itu tidak merujuk kepada situasi sebenar. Yang menjadi persoalan dikalangan rakyat pada ketika ini bukan merujuk kepada faktor usia semata - mata.


Tetapi sebaliknya, kemampuan puak Pakatan Haprak itu sendiri yang menjadi bahan pertikaian kerana secara tidak lansung ianya menunjukkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak relevan.


Mereka ternyata tidak mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi Barisan Nasional sehingga terpaksa mempergunakan seorang bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun sebagai sandaran.


Malah, tindakan mereka mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya puak Pakatan Haprak tu berjaya merampas Putrajaya juga membuktikan bahawa mereka ketandusan pemimpin berkaliber.


Tidak ada dikalangan puak Pakatan Haprak itu yang layak untuk menjawat jawatan tersebut kerana masing - masing mempunyai agenda Politik Peribadi mereka sendiri. Maka sebab itu mereka terpaksa pilih Tun Mahathir.


DAPigs tidak berani nak menamakan calon mereka kerana mereka tahu rakyat sudah pasti tidak akan menyokong. PKR pulak tidak berani nak letak calon kerana perbalahan dalaman yang tidak kunjung sudah.


PAN lansung tidak ada barisan pemimpin yang berkelayakan sebab semuanya hanya sekadar jadi Pak Angguk kepada DAPigs. Takkan diorang nak letak Mat Sabu jadi PM? Maka sebab itu diorang pilih Tun Mahathir.


Pokok pangkalnya, bukan soal usia itu yang menjadi bahan perbahasan. Tetapi soal kompetensi puak Pakatan Haprak tu sendiri yang menjadi bahan pertikaian sebenar dikalangan rakyat.


Namun, apa yang jelas, Tun Mahathir bukan seorang pemimpin yang layak untuk menjadi calon Perdana Menteri kerana dasar perjuangannya adalah untuk kepentingan Politik Peribadi. Bukan sebab dia nak memperjuangkan kebajikan rakyat!!!

Anonymous said...


Dr Kamarul Yusoff Berani Kerana Benar

Tahniah dan syabas kepada Dr Kamarul Yusoff sebagai ahli panel forum kerana beliau sentiasa bersikap professional dan bertindak cool menyampaikan fakta-fakta dalam suatu forum yang jelas bersikap prejudis terhadap Dr Kamarul Yusoff dengan menyambut kedatangan Mahatir dan memberikan tumpuan dan kemuliaan kepada Mahatir sedangkan forum sedang berlangsung. Sepatutnya kehadiran Mahatir tidak mengganggu forum yang sedang berlangsung. Mana adab forum?

Jika fakta-fakta Dr Kamarul Yusoff tidak penting atau tidak mempunyai impak yang besar, mengapa Mahatir perlu pergi ke forum tersebut? Ini bererti fakta-fakta Dr Kamarul Yusoff mempunyai kesan yang besar ke atas Mahatir sendiri.

Kita memahami sikap penyokong-penyokong Pakatan Tiada Harapan yang bertindak secara tidak rasional dengan memfitnah dan menghina Dr Kamarul Yusoff kerana penyokong-penyokong Pakatan Tiada Harapan ini adalah penyokong fanatik yang gagal membezakan antara baik dan buruk sehinggakan mereka menolak fakta-fakta ilmiah yang disampaikan oleh Dr Kamarul Yusoff.

Kita masih ingat lagi pemimpin PANIPU yang bernama Mike Selfie Amoi telah bersikap tidak rasional di atas pentas dengan menghempas mikrofon !!

Kita masih ingat lagi peristiwa kerusi terbang ke arah orang yang bertanya soalan Memali kepada Mahathir dalam forum nothing2hide (or something2hide?). Adakah bertanya soalan tentang Memali adalah dosa besar bagi pengikiut fanatik part sekular liberal?

Kita masih ingat lagi Program Dialog Anak Muda : Deklarasi Rakyat, Realiti atau fantas? pada 2 April 2016, seorang pemimpin yang kononnya hebat telah melarikan diri dari menjawab soalan CheguBard.

Maka tiada perbezaan antara penyokong fanatik Nazi dan penyokong fanatik Pakatan Tiada Harapan.

Anonymous said...

11:30

Komen biarlah atas landasan ILMU bukan landasan EMOSI !

Anonymous said...

Biasalah penyokong fanatik Pakatan Tiada Harapan selalu bersikap emosional , membabi buta dan tidak rasional dengan memfitnah, menghina dan memburukkan peribadi Dr Kamarul kerana mereka gagal menafikan fakta ilmiah yang disampaikan oleh Dr Kamarul.

Penyokong Pakatan Tiada Harapan juga berpura-pura sayangkan Tuan Guru Nik Aziz tetapi pada waktu yang sama mereka menghina dan memfitnah keluarga Nik Aziz.

Inilah sikap hipokrit puak Pakatan Tiada Harapan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails