Saturday, March 10, 2018

Lelaki Cina Ini Edar Akhbar Harakah Percuma..



Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Asap

Hari ni pergi farmasi nak beli ubat.   Tak ramai pelanggan.   Cuma ada seorang lelaki berbangsa Cina sedang duduk. 

Aku menyapa,  'beli ubat uncle'?  Periksa tekanan darah jawabnya.

Sebelum keluar aku ambil sisipan akhbar Harakah yg diberi percuma kepada pelanggan.   Wa, minat politik?  
Tiba tiba uncle tu menyapa.   

Suka suka je kataku.    

Sekarang politik manyak pening.   Orang Melayu sekalang sudah pecah lima.  Ini macam kita orang Cina pun susah hati.  

Aku tersenyum mendengar kata kata uncle tu yang masih tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan betul.   Dah 60 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan dengan betul.  Aku menepuk lengan uncle tu dan bertanya,  'uncle sokong siapa?' 

PAS katanya.   Aku malas nak tanya apa sebabnya dan berlalu keluar.   Di dalam kereta,  terdetik di dalam hati,  kalau orang Cina boleh sokong PAS,  tak kan orang Melayu tak boleh.

Kalau orang Cina boleh nampak kebaikan dalam PAS tak kan orang Melayu tak nampak.  Kepada pemimpin pemimpin orang Melayu,  hendak dibawa kemana bangsa ini?   Mengapa dicarik carik bangsa ini?

Bangsa lain tahu mereka tidak akan dapat menerajui negara ini tanpa menggunakan parpet parpet yang terdapat di dalam kalangan orang Melayu.  Orang Melayu perlu keluar dari agenda perut untuk tidak menjadi abu jika Menang,  menjadi asap bila kalah.

Jangan sampai satu hari nanti ada ilmuan Melayu  yang menulis buku tentang Melayu dan Islam berjodol 'PERMATA YANG HILANG'.  (TKO)



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Unknown said...

PERCOMA pun, takda siapa nak..................HAHAHA.

Alfatehah buat TAN SRI SANUSI JONED.
Semoga rohnya dirahmati ALLAH dan ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
Dia berjuang hingga ke nafas terakhir, tidak duduk di
sejadah dalam surau/mesjid sepanjang hari, menadah
tangan ke langit, minta REZKI turun percoma dari Allah.
Kerana perjuangannya yang jujur, pemergiannya dipermudahkan
ALLAH di pagi Jumaat, dalam wuduk, ketika menunggu subuh.

Bagaimana pula dengan kita yang sentiasa menghina arwah,
minta dia menghabiskan wkatu tuanya di sejadah..????
Entah-entah, mati dengan mata terbeliak, tercekik DEDAK
kerana hari-hari duduk menulis kisah seks dan menghina
orang lain, seolah-olah kita ni dah sah akan masuk SORGA.

Anonymous said...

Cik Minah berlagak suci tetapi komennya penuh dengan prasangka buruk terhadap orang lain seolah-olah Cik Minah dah sah akan masuk syurga.

Wah Cik Minah sembang mau lebat, habuk pun tarak.

Anonymous said...

Sebenanya sebahagian orang kafir mengakui kebenaran yang dibawa oleh parti Islam PAS. Kesedaran orang kafir ini amat menakutkan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi DA-Pig.

Jika mereka mengundi PAS dalam PRU 13, maka tidak mustahil untuk mereka mengundi PAS dalam PRU 14.

Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada orang- orang kafir untuk menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Anonymous said...

Hi bro,engko tak tahu dia pangkah apa dalam PRU14 nanti sebab engko tak nampak.Depan engko bolehlah dia cakap undi PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails