Monday, March 19, 2018

'Malaysia Sejahtera' Manifesto Gagasan Sejahtera



a) Pada hari ini, Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang dianggotai oleh PAS, IKATAN dan BERJASA, serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh (NGIs) mengumumkan, Manifesto GAGASAN yang bertemakan ‘MALAYSIA SEJAHTERA’ akan dilancarkan pada Ahad, 18 Mac 2018.

Pelancaran manifesto tersebut akan dilakukan dalam satu Majlis Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh Pengerusi GAGASAN, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.






b) Berikut adalah senarai sembilan teras penting yang menjadi dasar umum Manifesto GAGASAN yang bakal dilancar nanti:
  1. Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas daripada korupsi
  2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat
  3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup
  4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar
  5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang
  6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah
  7. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri
  8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi
  9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan
Fb Syed Ahmad Fadhli 


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


5 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/16/66-skandal-kerajaan-kleptokrasi-dap-pulau-pinang/

66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang

pru14.tv – Seluruh rakyat Malaysia malah warga antarabangsa juga turut menunggu untuk melihat pilihanraya yang bakal kita hadapi. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sensasi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Barisan Nasional akan ditentang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun pembangkang cuba mengambarkan individu tersebut adalah Mahathir.

Satu kumpulan sedang berusaha untuk mempertahankan kerajaan yang sedang membangunkan Negara dibawah Najib Razak dengan menutup segala lubang kesengsaraan rakyat yang diciptakan oleh 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Kerajaan dan kumpulan pakatan kleptokrasi sedang berusaha bertungkus-lumus untuk menjatuhkan kerajaan sekarang dan menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya agar mudah mereka merompak kekayaan Negara mengikut telunjuk kuasa yang ada pada mereka.

Siapakah yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat jelata yang bakal keluar mengundi pada PRU14 nanti. Setidaknya sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh kumpulan Pakatan yang kleptokrasi di Pulau Pinang, Selangor dan sejarah 22 tahun Mahathir.

Apakah rakyat mahu memberikan Negara ini kepada Pakatan yang tidak langsung memikirkan hal ehwal kebajikan rakyat dan hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan tanpa mereka mampu melakukan apa juga idea untuk membantu walaupun dihadapan rumah mereka sendiri.

Bukan mudah untuk menjatuhkan kerajaan pakatan kleptokrat yang akan menggunakan segala kekuatan dan wang untuk membeli undi, melancarkan fitnah sepanjang masa dan membohongi rakyat dengan kepelbagaian cara.

Tambahan pula, permainan politik perkauman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Kleptokrat ini sudah tiada memikirkan kesannya terhadap polarasi kaum dalam Negara ini asalkan hajat mereka tercapai.

Segenap jentera kerajaan Pakatan Kleptokrat dari segenap cabang pula telah dikerah sepenuhnya. SPR bakal dijadikan mangsa oleh mereka jika didalam pilihanraya akan datang mereka menerima kekalahan.

Sebagaimana biasa mereka akan mengatakan SPR tidak telus dan berbagai tuduhan dilakukan terhadap SPR. Tetapi jika mereka menang SPR akan dipuji melambung dan mengatakan inilah SPR yang adil dan telus.

Anonymous said...

SAMBUNGAN

Skandal-skandal kerajaan DAP Pulau Pinang 2008 – 2018

1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.

Anonymous said...

SAMBUNGAN

Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.

Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Hapuskan sebuah pakatan kleptokrasi yang tidak memikirkan hal berkaitan rakyat , difikiran mereka hanya ada wang dan kekayaan dan bagaimana untuk merompaknya di negara ini. Itukah Kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Kit Siang, Mahathir dan Guan Eng serta MB Selangor Azmin.

Anonymous said...

MENIFESTO RAHSIA PAKATAN HARAPAN

PAKATAN HARAPAN BUKAN MEDAPAT BERKAT TAPI DIBENARKAN MURTAD!!!

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2018/03/02/pakatan-dap-mahu-undang-undang-dipinda-bagi-kebenaran-umat-islam-murtad/amp/

Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.

“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.

“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.

Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.

Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.

Anonymous said...

Jika kita cintakan Allah dan RasulNya, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 yang sedang berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan kafir harbi.

Sebab-sebab kita menolak dan memulaukan Pakatan Sekular Liberal ( PSL) pimpinan kafir harbi:

1. Pemimpin-pemimpin PSL mempunyai lidah biawak atau lidah bercabang cakap tak serupa bikin.

2. Pemimpin-pemimpin PSL telah menentang, menghina , memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya mereka membenci Islam.

3. PSL menafikan hak umat Islam sebagai rakyat manoriti(67%) untuk mengamalkan ajaran Islam.

4. Ini bererti pemimpin-pemimpin PSL terdiri dari munafik dan kafir harbi

5. PSL telah gagal menguruskan masalah kritikal seperti tanah runtuh, banjir kilat dan bekalan air dengan baik.

6. PSL telah gagal menunaikan janji-janji yang telah buat dalam PRU terdahulu.

7. Pemimpin-pemimpin PSL sedang tikam belakang dan tindas-menindas dan tipu menipu antara satu sama lain. Ini bererti PSL adalah lemah kerana pelbagai konflik dalaman yang sangat serious walaupun mereka berpura-pura senyum semasa sessi penggambaran.

8. Pemimpin-pemimpin PSL mengidap gila pengaruh, gila kuasa, gila jawatan pengerusi, PM, TPM , menteri kanan, MB, TMB, exco dll.

9. Reformasi telah basi kerana hilang sokongan rakyat, bersih telah jadi bershit kerana dedak Yahudi Zionis punya angkara.

10. Sebilangan pemimpin-pemimpin PSL terlibat dalam pelbagai skandal rasuah seperti banglo terlajak diskaun, terowong, kertas kerja, skandal tanah , lombong pasir dll. lebih kurang 66 skandal.

11. PSL dipimpin oleh pemimpin-pemimpin evangelis parti kafir harbi.

12. PSL menyokong, mempromosi dan membela murtad, kesesatan dan kemungkaran seperti LGBT, sekularisme, liberalisme , atheis , feminisme dll yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jika kita umat Islam cintakan Allah dan RasulNya dan agama Islam , marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14.

Jika kita bencikan skandal rasuah, murtad, kesesatan dan kemungkaran, marilah kita semua menolak dan memulaukan semua parti sekular, liberal dan kafir harbi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails