TERIMA kasih jika yang bertanya, jikalau benar-benar ikhlas untuk melihat hukum Allah SWT ditegakkan. Kalau hanya hendak perli semata-mata maka ini jawapannya.
Daripada 20 tawaran Gagasan Sejahtera yang dibaca oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, perkataan hudud yang dicari. Bagi mereka yang perli ini, adakah mereka hendak sokong?
RUU 355 yang tidak mengubah prinsip apa-apa pun hiruk pikuk. Pada hal Mahkamah Syariah yang sama, hakim yang sama, pendakwa yang sama. Cuma hendak ditingkatkan bidang kuasa saja daripada 6 rotan kepada 100 sebatan syariah (bukan sebatan mahkamah sivil).
Terlalu marah dengan PAS sehingga sudah hilang rasional. Sila lihat dalam teras keenam, “pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak syariah”.
Sila lihat juga di dalam tawaran kesebelas di dalam manifesto Gagasan Sejahtera “memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan”.
Ertinya ayat yang diguna pakai di dalam teras dan tawaran ini sudah jami’dan mani’ (merangkumi semua). Saya tidak mahu minta mana pula manifesto dan tawaran mereka mengenai untuk memperkasakan syariah. Inilah masalahnya bukan tidak faham, tetapi buat tidak faham.
Untuk pengetahuan semua, Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, bukan sahaja hudud, tetapi juga qisas dan takzir. Hudud sebahagian daripada syariah Islam. Sebagai seorang Islam kita tidak boleh menolak hukum qisas dan takzir. Malahan satu ayat di dalam Al-Quran pun tidak boleh ditolak.
Menunjukkan PAS bukan parti menghukum, tetapi yakin penyelesaian ada bersama Islam. PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membawa negara teokrasi, otokrasi dan revolusi.
PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membentuk negara ala Iran, ala Saudi, bukan IS. Tetapi PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi. PAS dan Gagasan Sejahtera tidak akan memisahkan Islam dalam politik dan bernegara.
Gagasan Sejahtera juga akan mengukuhkan institusi agama yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam, jauh sekali untuk menghapuskannya. Payah menerangkan kepada golongan yang serba salah ini, mereka fikir PAS ini parti hendak hukum orang ja.
Biar rakyat menilai tawaran Gagasan Sejahtera berbanding dengan BN dan PH.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
22 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 22/3/2018
Naib Presiden PAS
22 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 22/3/2018
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
8 comments:
http://www.ibnuhasyim.com/2018/03/mana-agenda-islam-dalam-janji-pakatan.html?m=1
Mana Agenda Islam Dalam Janji Pakatan Harapan?
Benarkah Tiada Agenda Islam Dalam Janji 100 Hari Pakatan Harapan Seperti Dikatakan Pas
BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Melihat kepada janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sangat menimbulkan kegusaran apatah lagi langsung tidak menyentuh aspek Islam.
Mengulas berkaitan janji 100 hari gabungan parti itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Aminuddin Yahaya berkata, ia agak merisaukan apabila janji-janji tersebut tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.
“Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?
“Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.
“Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.
Beliau berkata demikian mengulas janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan yang diumumkan semalam. Antara yang dijanjikan ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.
Gabungan itu turut berjanji untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.
Apapun janji mereka Tuan Aminuddin berkata, beliau tidak dapat pastikan sekiranya ada terselit janji yang menyentuh soal Islam.
Tetapi dari maklumat media sosial katanya, ia jelas ia tidak menampakkan agenda islamisasi PH.
“Di kala Islam ditekan di sana sini oleh golongan Liberal, LGBT, Evangelist dan pelbagai lagi, ia seolah-olah tidak dilihat secara serius oleh PH. Perjuangan mereka hanya berlegar dari aspek maddi sedangkan aspek rohi dan pembinaan manusia seperti ditinggalkan,” katanya
Oleh Siti Fatimah Ishak
BAGI ORANG PAKATAN BIAR ISLAM DIHINA JANGAN DAP DIHINA. APA BUKTINYA MARI SINI
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/
DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.
Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.
DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…
ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.
Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.
Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.
Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?
Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.
TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP
Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.
Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee
PAKATAN WAYANG PIMPINAN PUAK EVANGELIS ROKET ADALAH KEPALA BAPAK MUNAFIK
Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan PAS.
PAS telah berusaha untuk melaksanakan Hudud yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah di peringkat negeri yang diperintah oleh PAS tetapi malangnya sebilangan pemimpin-pemimpin Melayu sekular dan liberal dalam pakatan mempunyai lidah biawak (lidah bercabang) kerana mereka mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada waktu yang sama mereka bersekutu, berkerjasama dan bersekongkol dengan parti perkauman kafir harbi DA-Pig menentang, memfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam termasuklah Hudud.
Bahkan puak sesat dan menyesatkan ini telah menghasut orang ramai supaya orang ramai membenci dan menolak ajaran Islam termasuklah Hudud.
Sekarang barua, pemimpin dan ostad dalam pakatan pimpinan puak evangelis sibuk pula bertanya mana Hudud apabila PRU14 semakin hampir untuk menghina perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Puak munafik ini sanggup menjadi khadam puak evangelis menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (67%) untuk mengamalkan ajaran Islam di negara ini.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
(i) Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka. (Al-Maaidah 5:10)
(ii) Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (Al-Munaafiquun 63:1)
(iii)(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka (orang-orang munafik) mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). (Al-Munaafiquun 63:3)
(iv)Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah 2: 8-9)
PAKATAN MENENTANG PINDAAN RUU355 YANG BERTUJUAN MEMPERKASAKAN DAN MEMARTABATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MAHKAMAH SYARIAH UNTUK KEBAIKAN UMAT ISLAM.
Cubaan pemimpin PH halang usul RUU 355:
(1) Seluruh rakyat dapat menyaksikan betapa bersungguhnya pemimpin DAP mengganggunya bermula dari tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, cuba melengahkan masa dengan mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
(2) Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (DAP), mempersoalkan kewajaran RUU 355 diteruskan .
(3) Hsiao-Leung (PKR) pula membangkitkan persoalan mengenai perkenan Majlis Raja-Raja yang didakwa tidak diperoleh sebelum RUU 355 dibawa ke Parlimen.
(4) Boon Chye (PKR) mempersoalkan kewajaran memberi keutamaan kepada Presiden PAS itu.
(5) Turut terserlah ialah pembohongan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di dalam video khas yang dikeluarkan oleh DAP bagi memburukkan RUU 355 dengan mendakwa RUU persendirian tidak pernah dapat dibentangkan walhal ia pernah beberapa kali dibenarkan, termasuk usaha Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminda Akta Pertubuhan pada 1988.
(6) Jelaslah bahawa tindakan pemimpin PKR dan DAP ini, selain tindakan Khalid Samad dari PAN 'melalak' tidak berpuas hati apabila Parlimen ditangguhkan, menimbulkan lebih banyak keraguan ke atas komitmen PH mempertahankan Islam.
Sumber rujukan: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/77-berita/ruu355/944-cubaan-pemimpin-ph-halang-usul-ruu-355
KESIMPULAN
Kita umat Islam merasa amat bersyukur kepada Allah kerana Allah telah mendedahkan sikap sebenar DAP, PKR dan PAN terhadap Islam dan umat Islam iaitu mereka tidak mempunyai komitmen untuk mempertahankan Islam. Maka kita boleh bayangkan apa akan berlaku kepada agama Islam dan umat Islam jika mereka berkuasa di negara ini.
Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam bersatu-padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.
Konon parti PANIPU yang menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig adalah parti 'Islam' tetapi putar belit PANIPU terdedah apabila manifesto Pakatan Munafik pimpinan puak evangelis untuk PRU14 tidak mengadungi sebarang agenda Islam.
Wah Mike sudah lupa perjuangan Islam sebaik sahaja dia dapat berselfie dada dengan amoi ! Maka pemimpin dan ostad dan barua PANIPU hanya layak menjadi khadam pemimpin evangelis dalam DA-Pig sahaja !
Wahai semua, kamu kena belajar dan faham tentang:
1. Agama Islam
2. Politik Islam
3. Parti politik yg guna nama Agama Islam.
PAS sebuah parti yang mengeksploitasi agama Islam untuk kepentingan individu di dunia, hukumnya HARAM mengundi PAS.
Saya sudah memberitahu kamu, terpulanglah nak undi mana.
(Saya pemegang 3 PhD di Arab Saudi, Mesir dan Jordan dalam bidang berkaitan Agama Islam)
Anon2:06 1000 kali phd pun tak guna diakhirat sebab allah tak pandang phd tapi iman. Berjuanglah untuk islam cuba utamakan agama islam jika islam kalau bukan islam kembalilah pada fitrah bahawa kita semua hamba allah beriman dan beramallah kerana allah
Munafik 2:06 PM ternakan pemimpin evangelis roket berlagak 'suci' sambil membuat dakwaan karut tanpa sebarang bukti terhadap parti Islam. Inilah sikap munafik khadam parti kafir harbi DA-Pig iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong !
Kita percaya dia pemegang 3 PhD (Perasaan Hasad Dengki) kerana dia bencikan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan cintakan kebatilan yang di bawa oleh pakatan munafik pimpinan sifu evangelis.
Post a Comment