Tuesday, March 27, 2018

Manifesto PH Memang Tak Boleh Pakai! Tun M Akui



KANTOI... Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui pernah menasihatkan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan manifesto mereka sendiri terutama dalam isu penghapusan tol lebuh raya.

Menerusi satu wawancara eksklusif dengan akhbar mingguan The Sunday Times dari Singapura, beliau mengakui bahawa,

“ada ketika kita tidak mungkin mampu memenuhi segala janji yang ditawarkan dalam manifestor tersebut.
“Parti kami malah rakan gabungan kami, anda tahu mereka amat berjiwa sosialistik, mereka suka memberi apa yang diminta rakyat. Saya beritahu mereka ada tidak boleh dilaksanakan termasuk mahu memansuhkan tol lebuh raya.
“Saya kata, beginilah, kita perlu selenggara jalan terbabit. Anda juga perlu bina banyak jalan raya. Dari mana dapat duit jika kamu cuba selenggara jalan ini? Namun mereka mahu populariti dan suka berjanji sesuatu,” kata beliau.

Mahathir yang bakal berusia 93 tahun itu merujuk manifesto blok pembangkang tersebut pada 8 Mac lalu yang antara lain menjanjikan konon penghapusan kutipan tol lebuh raya serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau yang juga Pengerusi PH tidak diiktiraf pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu turut ditanya adakah berasa janggal berada dalam pakatan pelik berkenaan dan Pengerusi PPBM tersebut menjawab: Ya, ia amat janggal!

“Mereka inilah pernah gelar saya pelbagai nama buruk dan saya juga pernah kutuk mereka dengan gelaran tertentu – tetapi kini bekerja dengan saya,” dalih Mahathir sambil menambah, mereka sendiri memilihnya menjadi pemimpin.

Untuk rekod, sepanjang 22 tahun memerintah negara ini, pembangkang pernah melabel dirinya sebagai diktator zalim maha Firaun manakala Mahathir menyelar mereka sebagai rasis cauvinis anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ia memang pelik diterima mereka, namun anda dapat lihat saya serasi dengan mereka,” kata Mahathir merujuk pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan keluarganya pun mengambil masa lama untuk bersetuju kerja dengan beliau.

“Ia amat susah untuk dia pada mulanya menerima saya sebagai pengerusi PH, dan kemudian nama saya turut naik sebagai calon perdana menteri jika menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 menewaskan Barisan Nasional (BN).

“Ia memakan banyak masa kepada dia untuk memutuskan namun dia kemudian sedar dan ada orang memberitahu dia bahawa tiada cara lain untuk anda letak sesiapa lagi bagi memenangi sokongan pengundi majoriti Melayu.
“Walau apapun perbezaan kami pada masa lepas, kami telah belajar untuk melupakannya meskipun ada kala ia boleh turun dan naik, tetapi secara umumnya dia menerimanya,” kata Mahathir mengulas sikap terbaharu Anwar.

Bagaimanapun Mahathir mendedahkan bahawa cabaran terbesar beliau ketika ioni ialah untuk menjelaskan kepada ‘akar umbi’ UMNO kenapa dirinya tiba-tiba berubah buat pusingan U dengan menyertai pakatan pembangkang.

“Mereka mungkin tidak faham. Misalnya saya pernah kutuk DAP namun kini bersama DAP. Saya boleh jelaskan tetapi pengikut tegar UMNO tidak boleh terima DAP,” kata Mahathir yang menilai peluang PH masih agak samar.

Lebih lucu, beliau menyifatkan hasrat PH untuk menang PRU hanya 50-50. Jelas Mahathir, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal ditewaskan, Pengerusi BN itu tidak mungkin dapat dikalahkan lagi selepas ini!

“Jika Najib menang, dia akan menjadi lebih kuat. Jadi inilah sahaja peluang terakhir kami untuk mengalahkannya. Jika kami kalah pada PRU ini, maka tiada lagi masa depan kepada pembangkang,” terang Mahathir.

Mengulas kerusi manakah akan ditandinginya, Mahathir mendakwa belum terlintas dalam fikirannya. Beliau pernah bertanding di Kubang Pasu dan dikatakan bakal menjadi calon di Putrajaya, bandar yang diwujudkanya dahulu.

“Saya tidak mungkin kalah. Saya perlu pilih kerusi terbaik untuk saya menang,” kata beliau menambah Johor akan menjadi medan pertempuran terbaik PH untuk menang namun sukar ditembusi apatah lagi menawan negeri itu.

Mahathir bagaimanapun menjelaskan bahawa jika blok tersebut kalah dalam PRU pada kali ini, mereka perlu terbuka menerimanya tetapi mengeluh: “Saya tentunya akan berasa amat sedih.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

7 comments:

ted manoff said...

Tuan ibnu...tlg jgn siar lagii berita palsu..atau kami akn repot kepada pihak berwajib...jaga2 tuan ibnu..

Anonymous said...

Blog semput ni

Anonymous said...


Wah barua-barua dedak roket cuba berlagak seperti mafia apabila semua tindakan jahat mereka untuk menghapuskan perjuangan Islam berjaya dihalang.

Blog ini tidak semput, yang semput nyaw-nyawa ikan ialah barua dan pemimpin pakatan wayang pimpinan puak evangelis.

Pemimpin dan barua biawak ini mempunyai lidah bercabang. Contoh: Semasa PRU 13, mereka berjanji mahu menghapuskan PTPTN tetapi sekarang untuk PRU14 mereka berjanji mahu mengekalkan PTPTN.

Jika pakatan biawak lidah bercabang berjanji mahu menghapuskan GST dalam PRU 14, mereka akan buat u-turn dalam PRU 15 dengan mengekalkan GST ! Inilah pakatan putarbelit !

Kita kagum dengan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang tegas dalam perjuangan mahu menghapuskan PTPTN dan GST dan mengkaji semula kadar tol dll untuk kebaikan rakyat.

Anonymous said...


PEMIMPIN PAKATAN BIAWAK LIDAH BERCABANG

Dahulu pemimpin-pemimpin pakatan wayang pimpinan puak evangelis roket sibuk mengutuk, menghina dan memaki hamun MahaFiraun tetapi sekarang pemimpin-pemimpin biawak lidah bercabang ini sibuk pula menyembah dan menjilat MahaFiraun seolah-olah MahaFiraun telah menjadi 'suci' sebaik sahaja beliau menjadi pemimpin pakatan wayang dan semua dosa lampaunya telah 'diampun' oleh lim gonna end yang sedang menghadapi perbicaraan mahkamah kerana dakwaan rasuah.

Nampaknya pakatan wayang telah menjalani proses metamorphosis menjadi pakatan komedi ! Kah kah kah kah kah

Anonymous said...



Manifesto PH tidak boleh dipercayai?


Laporang NST ----> Dr M: Pakatan unable to fulfil all election promises


Tun Dr Mahathir Mohamad said Pakatan Harapan will not be able to fulfil all the pledges it made to the people, in the event the pact wins the 14th General Election (GE14).

Reference: https://www.nst.com.my/news/politics/2018/02/337270/dr-m-pakatan-unable-fulfil-all-election-promises

Anonymous said...

Engkau yang mangkuk engkau yang biol

Anonymous said...

Kah kah kah Che Det kata Mehnipesto PH tak dapat dipenuhi

Kah kah kah

Kira PH asal (DAP, PAN dan PKR) semua janji2 torak2 belaka

Cakap macam Husam Moses dan Wan Way Him

a. Kuasa 10
b. Mimpi 15x
c. Sumbu ajaib jimat minyak
d. RUmput sugar
e. Kambing Jamnapari

Hanya satu menihfesto bagi PH yg penting yakni orang Islam boleh murtad

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pakatan-harapan-mahu-perjuangkan-murtad/

Pakatan Harapan Mahu Perjuangkan Murtad?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan diminta mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada pendirian Pakatan Harapan Sarawak berhubung murtad dalam kalangan umat Islam baru-baru ini menyamai pendirian dan dasar Pakatan Harapan di peringkat Pusat.

“Kenyataan media itu ditandatangani Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak, Fidzuan Zaidi.

“Kenyataan media ini mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak “membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela untuk mengikuti supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan” selain mendesak kerajaan Sarawak “mempertimbangkan dengan serius meminda undang-undang negeri yang berkaitan untuk menyediakan keperluan untuk surat pelepasan”,” katanya di Facebook hari ini.

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru dilantik memegang jawatan itu sejak beberapa bulan lalu dibarisi oleh parti pembangkang DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan PAN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails