Terkejut saya bila membaca kenyataan tokoh evangelis DAP, Hannah Yeoh, di laman Facebook beliau yang berbunyi:
“Ahli-ahli politik sekalian - jangan sesekali jadi sampai macam ni, dah tak masuk akal” kepada laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk “Masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada pemimpin Pakatan, kata Hadi”.
Kenyataan Hannah Yeoh ini adalah bukti betapa bencinya tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS sebagai seorang pemimpin, kepada PAS sebagai sebuah parti politik dan kepada Islam sebagai dasar perjuangan PAS sehingga beliau boleh menyebut “dah tak masuk akal” kepada kenyataan Presiden PAS itu hanya berpandukan tajuknya sahaja.
Memang saya sendiri mulanya merasa hairan dengan tajuk laporan portal berita The Malaysian Insight ini kerana ia menggambarkan seolah-olah Presiden PAS meletakkan punca masalah ekonomi Malaysia kepada pemimpin Pakatan Harapan secara keseluruhannya, termasuk Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden AMANAH dan Presiden PPBM.
Bagaimanapun, bila dibaca laporan asal kenyataan Presiden PAS di dalam laman web Harakah Daily hari ini, bertajuk “Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin”, maka nyatalah portal berita The Malaysian Insight tidak beretika kerana menaikkan bahagian kecil kenyataan Presiden PAS sebagai berita dan meletakkan tajuk mengelirukan kepada berita itu.
Sangat jelas kenyataan Presiden PAS yang diguna, iaitu “Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat, adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an, merekalah yang mewujudkan masalah”, adalah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada yang “tak masuk akal” pun pada kenyataan Presiden PAS ini kerana penegasan bahawa Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara telah berulangkali dibuat oleh beliau sebelum ini, malah bukan sahaja Presiden PAS tetapi ramai lagi tokoh negara yang menyebut perkara yang sama, termasuk Sultan Johor dan pemimpin DAP sendiri.
Semua ini menunjukkan betapa mendalamnya kebencian tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS, kepada PAS dan kepada Islam sehingga sanggup melakukan kerja yang sangat tidak beretika dengan menggunakan berita yang di”spin” sebegitu rupa hanya untuk mempengaruhi masyarakat supaya turut membenci Presiden PAS, PAS dan Islam.
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
2 comments:
KUANTAN - Pas meminta rakyat jangan mengundi parti itu sekiranya mereka bersama dengan Umno pada PRU14 ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat boleh melihat perkara itu selepas kerajaan sedia ada sekarang membubarkan Parlimen.
Menurutnya, ketika penamaan calon nanti, rakyat boleh menilai sendiri sama ada Pas akan bersama Umno atau kedua-dua parti ini bertanding merebut kerusi.
“Kita nak rakyat lihat ini, kalau rakyat tak percaya. Kalau Pas bersama (bekerjasama) Umno jangan undi Pas.
“Tapi rakyat kena berjanji, kalau Pas tak bersama Umno, mereka wajib kena undi Pas. Berani janji?,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada pengundi berhubung dakwaan Pas menjalin kerjasama atau bergabung dengan Umno pada PRU14 pada Sesi Dialog, Anda Tanya? Pas Jawab di Kampung Padang, di sini, malam tadi.
Sesi dialog tersebut turut disertai Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Adun Beserah, Andansura Rabu.
Kira-kira 200 penduduk setempat menghadiri sesi tersebut bagi mendapatkan secara jelas mengenai sesuatu isu dan tawaran manifesto yang akan ditawarkan Pas kepada penduduk di negeri ini. -Sinar Harian
Pak kara,,,dap dan ph serta melayu yg jadi balaci pecacai angkat najis memang benci kpd hj hadi. Sebab utamanya ialah haji hadi JADI PENGHALANG usaha mereka ( cina kafir ) menguasai putrajaya. Syukur alhamdulillah,,Allah swt bagi ilham kpd hj hadi tolak projek 16 sep si pesalah liwat oleh mahkamah tu,,jika tidak, ugama islam dan negara terancam.
Post a Comment