Sunday, March 11, 2018

Pakaian Atlet Wanita Negara U/Islam M'sia, Wajarkah?

Terjunan berbisa, Jun Hoong-Pandelela raih perak di Beijing
Pasangan penerjun negara itu mengumpul 312 mata untuk memenangi pingat perak acara 10m platform berirama wanita. 

SUKAN
Ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong memulakan musim 2018 dengan langkah kanan apabila meraih pingat perak pada kejohanan Siri Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2018 di Beijing, hari ini.

Pasangan penerjun negara itu mengumpul 312 mata untuk memenangi pingat perak acara 10m platform berirama wanita di National Aquatics Center-Water Cube, demikian menurut laman sesawang rasmi FINA, www.fina.org.


Gandingan tuan rumah Zhang Jiaqi/Zhang Minjie meraih pingat emas setelah mengumpul 368 mata, manakala pasangan Taneka Kovchenko/Melissa Wu dari Australia memenangi gangsa dengan 299 mata pada pusingan pertama Siri Dunia itu.

Sementara itu dalam saingan akhir acara 3m papan anjal berirama wanita, Leong Mun Yee/Nur Dhabitah Sabri sekadar menduduki tempat kelima setelah mengutip 283 mata.

Tuan rumah China meneruskan penguasaan pada kejohanan itu apabila pasangan Chen Yiwen/ Wang Han memenangi pingat emas dengan mengutip 336 mata, manakala Anabelle Smith/Esther Qin dari Australia (298 mata) dan gandingan Kanada Jennifer Abel/Melissa Citrini-Beaulieu (293 mata), masing-masing meraih perak dan gangsa.

Nur Dhabitah akan beraksi dalam acara 3m papan anjal wanita, esok.
 BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau Malaysia negara Islam, tak mungkin pakaian atlet wanitanya begini. Pakaian wakil sukan wanita dari 'negara Islam' tentu berpakaian sopan dan menutup aurat. Apa lagi waktu beraksi.

Bagaimana untuk mewujudkan suasana begitu di Malaysia? Pemerintahan di Malaysia perlu dibetulkan tafsirannya supaya selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Puluhan tahun kita merdeka, Islam yang di dalam Perlembagaan masih ditakrif secara sekular.

Untuk betulkan balik, kita perlu mengubahnya melalui 'peti undi' iaitu undi PAS (Parti Islam Se Malaysia) dalam PRU atau pilihanraya umum. Kerana PAS sebuah parti politik Islam. Lihat dalam Perlembagaan PAS..

"Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan."
Maka...
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

5 comments:

  1. Bagi Pakatan, lagi terbuka lagi bagus sebab mereka anti undang2 tutup aurat

    https://www.mynewshub.cc/politik/mp-dap-marah-terengganu-kemuka-garis-panduan-aurat/

    MP DAP Marah Terengganu Kemuka Garis Panduan Aurat

    Published on Mar 2, 2015 in Politik

    KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membantah langkah kerajaan Terengganu mahu melaksanakan garis panduan pemakaian bagi pelancong terutama wanita.

    Advertisement

    Beliau menyindir kerajaan Terengganu melaksanakan langkah ekstrem itu berikutan laporan bahawa negeri tersebut mencatatkan bilangan pelayaran tertinggi di laman web lucah sebelum ini.

    “Baru beberapa minggu menyatakan akan menangkap mereka yang tidak sembahyang Jumaat dan membawa mereka menaiki van jenazah sebagai hukuman. Kita masih tertanya-tanya tentang mekanisme yang akan digunakan oleh penguatkuasa untuk menangkap mereka yang tidak sembahyang Jumaat sedangkan mereka sendiri sepatutnya hadir solat Jumaat.

    “Kini saya amat terkejut dengan laporan bahawa kerajaan Terengganu akan memaksakan garis panduan pemakaian bagi pelancong, terutamanya wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Lip Eng berkata, Terengganu negeri yang menarik minat ramai pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai dan laut sambil berjemur dengan pakaian renang masing-masing.

    Justeru, beliau hairan kenapa Terengganu boleh terfikir untuk melaksanakan dasar sedemikian sedangkan pihak berkuasa negeri itu sepatutnya lebih memikirkan usaha memperbaiki kualiti hidup rakyat, membawa masuk pelaburan asing dan pelancong asing.

    Beliau mendesak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan.

    “Saya minta kerajaan segera mengekang dasar-dasar keagamaan melampau oleh kerajaan Terengganu ini, kerana jika ia tidak dipantau dan dihentikan segera, barangkali mereka akan mengharamkan penjualan pakaian dalam di pasar malam atau pusat beli-belah atau mengharamkan atlet wanita memakai baju tidak berlengan atau seluar pendek dalam sukan badminton, bola tampar, acara renang dan sebagainya,” katanya. – mynewshub.cc

    ReplyDelete
  2. Jika pemimpin parti Islam PAS menentang kemungkaran seperti mendedahkan aurat , puak pakatan wayang pimpinan DA-Pig pula akan menyokong tindakan wanita mendedahkan aurat untuk menjamu mata dan hawa nafsu serakah jantan keparat dalam pakatan.

    ReplyDelete
  3. Parti kafir harbi DA-Pig amat menyokong dan membela kemungkaran dan kesesatan dan menentang dan menghina ajaran Islam kerana Islam menentang kemungkaran dan maksiat.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat buaya tembaga jantan ternakan DA-Pig bebas minum arak, berpelukan, mencium, menari dan .... dengan aktivis betina DA-Pig.

    ReplyDelete
  4. kamu perlu keluarkan gambar tersebut... kamu agen menyebarkan gambar tersebut... klu marah pun, banyak lg cara nak pamerkan persepsi kamu... kamu mesti bertanggungjawab kerana mempamer semula secara kekal dalam wall kamu... ini tandany kamu tu sembang je lebih... patutny kamu promosikan yg baik-baik supaya boleh diambil contoh...


    ReplyDelete
  5. Wah barua parti PANIPU berlagak 'suci' sambil menyondol dedak cap roket dan menjilat sifu evangelis banglo terlajak diskaun yang menentang Islam.

    Malang bagi barua PANIPU yang sibuk memburuk-burukkan parti Islam PAS sedangkan semua keburukan itu terdapat pada parti PANIPU sendiri yang menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig yang memusuhi Islam dan umat Islam.

    ReplyDelete