KOTA BHARU: Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berharap rakyat Kelantan mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang pada PRU14 tidak lama lagi.
Serunya, parti yang memerintah mengikut kehendak Islam wajib dipertahankan di mana Kelantan telah menjadi contoh dalam aspek pentadbiran Islam di Malaysia.
"Perkara yang baik mesti dipertahankan termasuk kerajaan Kelantan. Insya-Allah ada ganjarannya kerana membantu menyebarkan agama Allah," ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana hari ini.
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Dato’ Abdul Fattah Mahmood serta para pimpinan PAS.
Ustaz Azhar juga mahu rakyat di negeri itu menolak pemimpin yang memperlekehkan undang-undang Islam pada PRU14 ini.
“Golongan itu mesti ditolak kerana mereka lebih pandai daripada Allah Yang Maha Esa. Adakah patut mendakwa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan?
"Kenyataan itu menggambarkan dia lebih pandai dari Allah. Golongan ini mesti ditolak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2018
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Ya, kita pertahankan. Buka kepala paip, yang keluar angin BUKANNYA air. Inilah parti Islam yang patut kita pertahankan.....
ReplyDeleteYang buka kepala paip keluar angin bukan air berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Wayang pimpinan DA-Pig.
Delete