Monday, March 12, 2018

Pas Bentuk Negara Islam, Ini Manifestonya. -Dr Nik Zawawi




MANIFESTO Pas yang dilancarkan semalam jelas memberikan gambaran kestabilan negara berlandaskan Islam.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, manifesto tersebut telah mendapat perkenan daripada Majlis Ulamak Pas.


Menurutnya, manifesto tersebut lengkap merangkumi semua aspek.

“Sistem Islam jika diamalkan mampu memberikan kestabilan negara melalui pendidikan dan ekonomi akan kita laksanakan jika diberi kuasa memerintah Malaysia.
“Manifeso ini lengkap meliputi rakyat, pegawai kerajaan, semua kaum dan jaminan kepada agama-agama lain,” katanya.

Tambahnya, manifesto tersebut dilengkapkan oleh Pas dan dikemukakan kepada Gagasan Sejahtera untuk penambahan.

“Kita dahului semua parti termasuk pemansuhan GST dan tol selain menegakkan syariat Islam melalui rang undang-undang dan akta bersesuaian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beli enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isu penerimaan dana luar melalui rakaman audio yang tular kononnya adalah Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Islam diajar kemukakan bukti dan bagi pihak Nik Abduh beliau telah menafikan fitnah tersebut.
“Benda ini datangnya dari musuh jadi kita tak mahu layan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Bandar Tun Razak kali ke-30 semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Bandar Tun Tun Razak, Md Shukor Aziz berkata, Pas kawasan telah menghantar nama calon wanita, Dr Rosni Adam bagi kerusi parlimen itu di PRU14 nanti.

“Calon berkelayakan bertanding jawatan tersebut berdasarkan statusnya merupakan orang tempatan yang juga menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Bandar Tun Razak dan pusat.

“Bagaimanapun, kita menunggu pengumuman rasmi daripada pusat mengenai calon yang bakal bertanding di sini," katanya.
- Sinar Harian

Komen Weblog Ibnu HasyimUntuk betulkan balik Islam di Malaysia, kita perlu mengubahnya melalui 'peti undi' iaitu undi PAS (Parti Islam Se Malaysia) dalam PRU atau pilihanraya umum. Kerana PAS sebuah parti politik Islam. 

Lihat dalam Perlembagaan PAS..

"Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan."
Maka...
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

18 comments:

Anonymous said...

Kita Mahu Islam, maka kita kena tolak mana2 yg anti Islam dan pihak yg bersekutu dengan mereka

Hujah evergeen dari website ISMA.

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Mari kita tolak PAN, Bersatu dan PKR, kerana mereka adalah khadam DAP

https://v2.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/

KATA PEDANG: DAP tetap anti-Islam walau berkawan dengan Tun M

PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.

Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.

Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.

Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.

Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.

Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?

Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

KATA PEDANG: Setuju pemimpin bermasalah perlu ditukar tapi bukan dengan DAP dan konco-konconya.

Anonymous said...

JOM LAYAN VIDEO KAUM PAN TERSINGGUNG BILA DAP KENA KUTUK

Nampak sanga khadam. Ini dia punya link


https://www.ismaweb.net/2017/10/02/video-pemimpin-pan-tidak-puas-hati-dap-kena-kutuk/

Wacana Isu Semasa dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 29 September 2017 di Dewan Seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Anonymous said...

BAWAH PAKATAN BUKAN DAPAT BERKAT TETAPI DIBENARKAN MURTAD

https://aidcnews.wordpress.com/2018/03/02/pakatan-dap-mahu-undang-undang-dipinda-bagi-kebenaran-umat-islam-murtad/

Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.

“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.

“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.

Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.

Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.

Anonymous said...

Kesian balaci2 PAN, satu hujah diatas, satu pun tak boleh dijawabnya . Kalau datang KL aku belanja makan roti canai (Sekeping saja tau).

Dah la kalah debat. Sumber rujukan nak share info pula boleh dikatakan isu2 yg disebut oleh Mr Husam bekas datuk. Last2 kena gelak.

Mr Husam terkenal dengan:
A. Mimpi 15 kali.
B. Menjulang nama Allayarham TGNA tapi selalu mengata keluarga dia
C. Di Anugerahkan Kuasa 10 oleh bekas Datuk, Mr Wan Rahim
D. Demo makan rumput
E. Menharamkan mengundi PAS sampai dicela oleh ramai pemimpin PAN
F. Sumbu jimat minyak.
G. Ada sumber Audio. Aku boleh buat Audio, The Rock cakap jawa
H. Kambing Jamnapari

Sorry to say. Aku kesian kat kebangangan hampa ni

Anonymous said...

Ted Manaoff, aku nak pesan sumbu jimat minyak yg mr Husam promote tu

Anonymous said...

negara islam? berapa banyak negara islam di dunia ini!di brunei misalnya,negara islam hudud 'berpilih' dlm perlaksanaan nak buat negara islam banyak2 kemungkaran dilakukan,bila rakyat dapat tahu,dikatakan fitnah..adakah islam yg dituntut allah/diredhai allah ataupun islam ala pas?memaki hamun boleh!ambilduit orang boleh!mengejar kesenangan/kemewahan tak kira halal/haram boleh!macam2 kerenah lagi,islam tidak tertegak dengan 'ASEBAB DUNIA' ISLAM tertegak dgn 'KEIMANAN YG IKHLAS'TERHADAP ALLAH.Contoh ini ditunjuk oleh para2 AMBIYA',Nabi s.a.w dan sahabat2 dan orng2 BERIMAN.Surah al-fatihan,tiap2 hari minima 17x sehari,KAMI MENYEMBAHMU DAN MEMINTA PERTOLONGAN DGNMU.mana mungkin meminta pertolongan mahklok (politik dunia),untuk mendapat keredhaan allah.

Quantum Metal Consultant said...

Sistem Islam.. Apa yang sistem Islamnya? Hudud 25 tahun pun masih terkial kial.

Air berkarat pun 25 tahun juga.

Dengar cakap, lembu pun boleh terbang.

Anonymous said...

KAH KAH KAH KLUANGMAN PUN BANYAK LAYAN HUSAM MIMPI 15X. YG BOEH BUAT SISTEM ADALAH GOMEN. BUKAN MACAM HUSAM CAKAP LETAK SUMBU BOLEH JIMAT MINYAK.

KLUANGMAN TERLEBIH MAKAN PIL NI

Anonymous said...

Tapi Semestinya aku akan sokong orang yg cakap mahu Islam dari sokong orang yg anti Islam

DAP=PH, PAN, PKR dan Bersatu = Khadam DAP

https://www.ismaweb.net/2018/01/13/mengapa-persepsi-dap-anti-melayu-anti-islam-semakin-membarah/

Mengapa persepsi DAP anti-Melayu, anti-Islam semakin membarah?

PADA 7 Januari 2016, Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman mengumumkan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 bahawa 64 peratus daripada 1,716 responden Melayunya di Selangor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Ekoran itu, pemimpin DAP, khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, secara terbuka menyalahkan kempen UMNO dan PAS sebagai punca semakin meningkatnya sentimen kebencian orang-orang Melayu Islam terhadap DAP di samping menggesa pemimpin, ahli dan penyokong DAP merasa bimbang dan mengambil berat mengenai perkara ini.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang bagi menangkis persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam adalah supaya pemimpin, ahli dan penyokong DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam dan memberikan penerangan bahawa DAP bukan anti Melayu dan anti Islam.

Bagaimanapun, langkah-langkah ini kelihatan tidak memberikan sebarang kesan ekoran pengumuman terbaru Wan Saiful Wan Jan mengenai dapatan kaji selidik ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura, antara Mei dan Jun 2017 bahawa 71 peratus daripada 1,104 responden Melayunya di Johor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Persepsi DAP adalah anti-Islam khususnya adalah begitu meluas sekali, malah dinyatakan secara terbuka bukan sahaja oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah oleh pelbagai tokoh Melayu Islam lain, termasuklah di dalam khutbah Aidil Adha Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 2015.

DAP malangnya gagal berbuat apa-apa dan seolah-olah “helpless” untuk menangani perkara ini selain hanya membuat laporan polis yang tidak bererti atau membuat ugutan yang tidak terkota untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebut DAP anti Islam, termasuk ugutan Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Abdul Hadi.


Persepsi DAP anti-Islam yang dipersetujui oleh 64 peratus daripada Melayu Selangor pada November 2015 dan dipersetujui oleh 71 peratus daripada Melayu Johor antara Mei dan Jun 2017 sepatutnya sangat membimbangkan pemimpin DAP dan pemimpin parti-parti Melayu yang bersekutu dengannya di dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, pertamanya, walaupun melibatkan dua negeri yang berbeza, secara kasarnya terdapat peningkatan yang ketara di dalam persetujuan orang-orang Melayu Islam bahawa DAP adalah anti Melayu dan anti Islam antara 2015 dan 2017, iaitu 64 peratus pada 2015 dan 71 peratus pada 2017, walaupun pelbagai usaha dibuat oleh DAP bagi mengatasinya.

Keduanya adalah kerana kedua-dua kaji selidik yang menunjukkan wujudnya persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam ini bukanlah dikendalikan oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP, tetapi dikendalikan oleh pihak-pihak yang sama ada bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP.

Bila kaji selidik yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP atau memihak kepada musuh-musuh DAP.

Ketiganya adalah kerana kedua-dua kaji selidik ini dikendalikan di negeri-negeri bukan “Malay-belt” di sebelah Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia tetapi di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, khususnya melalui 15 Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri di Johor.

Anonymous said...

Alhamdulillah ada Isma, NGO Islam yang moderate. Apa jua kata2 dan perbuatan DAP yg anti Islam direcord dan di khabarkan kepada umum.

Inilah yg kita mahu. Orang yg mempertahankan Islam, bukan macam PKR, PAN dan Besatu

Anonymous said...

Kesian balaci2 PAN, satu hujah yg aku copy diatas, satu pun tak boleh dijawabnya . Kalau datang KL aku belanja makan roti canai (Sekeping saja tau).

Dah la kalah debat. Sumber rujukan nak share info pula boleh dikatakan isu2 yg disebut oleh Mr Husam bekas datuk. Last2 kena gelak. Alooooo brader, ada class sikit la. Orang canang mimpi 15x pun mahu nak dijadikan rujukan

Mr Husam terkenal dengan:
A. Mimpi 15 kali.
B. Menjulang nama Allayarham TGNA tapi selalu mengata keluarga dia
C. Di Anugerahkan Kuasa 10 oleh bekas Datuk, Mr Wan Rahim
D. Demo makan rumput
E. Menharamkan mengundi PAS sampai dicela oleh ramai pemimpin PAN
F. Sumbu jimat minyak.
G. Ada sumber Audio. Aku boleh buat Audio, The Rock cakap jawa
H. Kambing Jamnapari

Sorry to say. Aku kesian kat kebangangan hampa ni

Anonymous said...

Ingat Pakatan lawan PAS saja ka. Hampa la ni dilawan oleh PAS, Isma, Jamaat Tabligh, GPMS dan bagai. Ini adalah kerana DAP anti Islam. Ada apa pada PAN?????? Nak harap Ikram, makin hari makin malam daaaa.

Anonymous said...

http://catatanzabidi.blogspot.my/2017/02/mat-sabu-bermimpi-di-siang-hari.html?m=1

MAT SABU BERMIMPI DI SIANG HARI
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yakin parti Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu dapat menawan Putrajaya walaupun ia melibatkan pertandingan tiga penjuru antara BN vs PAS vs Pakatan Harapan.

Malah beliau yakin PAN dapat menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan. Saya tergelak membaca kenyataan Mat Sabu ini yang mana keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan bahawa tiga penjuru antara BN dengan PAS dengan Amanah telah menyebabkan BN menang besar.

Perpecahan di kalangan parti pembangkang memberi kelebihan kepada BN. Ini yang menyebabkan Dr Mahathir susah hati yang mahu melihat PAS bersama mereka. PAS takkan bekerjasama selagi DAP dan PAN ada.

Jadi macam mana Mat Sabu boleh nampak PH boleh menang selagi PAS berada di luar. Nampaknya Mat Sabu bermimpi di siang hari. Kerusi Mat Sabu sendiri pun belum tentu selamat. Dia selalu berpindah kawasan dan sepatutnya sebagai presiden parti komponen PH, beliau kena menang dan kalau PH membentuk kerajaan pusat, beliau sudah tentu menjadi menteri kanan.

Mat Sabu berkata Somalia sudah 30 tahun lebih berbalah sesama sendiri. Sepatutnya Mat sabu cermin diri sendiri. Kita sudah ada Umno, PAS, PKR, kenapa perlu ada PAN pulak. Melainkan Mat Sabu rela melihat Melayu berpecah undi untuk memberi kemenangan kepada DAP. Oleh itu Mat Sabu adalah ejen DAP yang mahu memecahbelahkan orang Melayu.

Katanya, umno dan PAS sekapal menghantar makanan ke Myammar untuk pelarian Rohingya. Apa salahnya mereka sekapal demi membantu umat Islam. Kenapa Mat Sabu tak ajak DAP membantu umat islam Rohingya jika benar DAP pro Islam.

Anonymous said...

Pakatan Hina Mufti

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/selangor/azmin-anggap-kenyataan-hina-mufti-keterlaluan-1.582164

Azmin anggap kenyataan hina mufti keterlaluan
ABDUL YAZID ALIAS

31 Disember 2017 3:51 PM

2
SHAH ALAM 31 Dis. - Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan mufti berhubung insiden Memali yang berlaku 32 tahun lalu seolah-olah membuatkan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang itu tidak senang duduk.

Mungkin bimbang tindakan sedemikian boleh mencetuskan kemarahan serta kecaman daripada rakyat, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter miliknya semalam mengkritik mana-mana pihak yang mempersenda serta menfitnah mutfi atas kepentingan politik.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu yang menjadi sasaran kritikannya itu, kenyataan Mohamed Azmin tersebut dibuat beberapa jam selepas Dr. Mahathir dilapor menyalahkan golongan mufti ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

“Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha, hentikan sandiwara.

“Tidak wajar mana-mana individu mempersenda dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir menyalahkan golongan mufti kerana tidak menyangkal amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan menjadi punca tercetusnya insiden berdarah tersebut pada November 1985.

Menurut Dr. Mahathir, mufti ketika itu diam seribu bahasa seolah-olah mereka bersetuju dengan amanat Abdul Hadi berkenaan selain menggelarkan mereka kafir kerana tidak pula menyertai Pas.

Tragedi Memali di Baling, Kedah yang berlaku ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mencatatkan titik hitam dalam sejarah negara ini apabila 18 nyawa dilaporkan terkorban.


Anonymous said...

Macam aku banyak kali cakap laaaa. Kalau Husam cakap merapu, macai PAN cakap macam mana. Kalau Husam mimpi 15 x, macai mimpi beratus kali, jika Husam demo makan rumput, macai demo makan apa yaaaa (Nak sebut pun geli)

Anonymous said...

Woi kayu 6:07 pm ternakan parti PANIPU khadam parti kafir harbi,

Perlembagaan parti Islam PAS pimpinan terdiri dari Al-Quran , Sunnah, Qias dan Ijma' bukan kitab Bible evangelis, kitab Weda atau kitab Theravada dll.

Jika kamu menghina PAS dengan menulis Islam ala PAS maka aku akan ikut Islam ala PAS sebab Islam ala PAS berasaskan Al- Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias sama dengan Islam ala Rasulullah s.a.w.

Sekarang aku cabar kamu menunjukkan sebarang ayat alQur'an yang membenarkan kamu menyokong kafir harbi DA-Pig nenentang dan menghina Islam.

Anonymous said...

Hudud 25 tahun pun masih belum dapat dilaksanakan sebab puak munafik dan puak kafir harbi termasuk kamu kluangay sibuk menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan Hudud untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya membenci Hudud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails