SUKAN
SIAPA sangka peribadi wanita yang sering dianggap ayu dan lemah-lembut mampu menjangkaui kelaziman dengan kebolehan berkuda dan memanah menandingi keupayaan golongan lelaki.
Itulah bakat istimewa yang ada pada diri Erina Emilina Ismail, 28, yang terkenal dengan ketangkasan dan kehebatannya dalam acara berkuda sambil memanah.
Erina merupakan satu-satunya peserta yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Grunwald International Mounted Archery Games dalam acara Horse Back Archery yang bakal berlangsung di Grunwald, Poland pada Mei 2018.
Sukan memanah memerlukan fokus dan koordinasi tangan serta mata yang baik. Apatah lagi cabaran berganda dalam acara berkuda sambil memanah yang memerlukan pengendalian kuda yang mahir untuk memanah.
Rata-rata netizen dalam media sosial menyokong dan kagum dengan kehebatan srikandi itu mewakili Malaysia dalam sukan yang digalakkan dalam Islam ini.
Menurut Erina, minatnya terhadap sukan sejak berada di menara gading tetapi terpaksa dipendamkan bagi mengutamakan pembelajarannya untuk memperoleh segulung ijazah.
“Ketika di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, saya memang aktif dalam sukan berkuda dan meminati memanah sambil berkuda selepas menonton dokumentari di televisyen.
“Selepas tamat pengajian, baru saya berpeluang mempelajari sukan ini seterusnya menyertai beberapa kejohanan hingga mewakili Malaysia ke luar negara,” katanya pada Berita Harian.
Terdahulu, Erina pernah mendapat Johan dalam Pertandingan Memanah Berkuda Kebangsaan UTM Zawra sekaligus mengetepikan pencabar peserta lelaki.
Erina juga telah menyertai World Horseback Archery Federation pada 2017 di Korea Selatan dan Grunwald International Mounted Archery Games di Poland pada tahun yang sama.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan muslimat pemanah ini mewarisi perjuangan Khaulah Binti Azwar seperti dalam sejarah Islam.. Lihat kisahnya di sini!
No comments:
Post a Comment