Wednesday, March 07, 2018

Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana?



Allah swt berfirman dalam surah Fussilat ayat 33-36,


وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ. وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ. وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maksudnya, 

  • "..Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. 
  • Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..."

1. Ayat diatas adalah merupakan ayat pendekatan dakwah yang dipraktiskan dalam lapangan politik. Disebutkan bahawa manusia sekalipun jahat yang bersifat syaitan boleh dilunakkan dengan berbaik kepadanya, kecuali syaitan di kalangan jin, Allah memerintahkan kita memohon perlindunganNya.

2. Budaya Politik Matang dan sejahtera  PAS sedang menangani cabaran politik akal pendek yang dipelopori oleh Pakatan Harapan.

3. Politik akal pendek ini bukan bertujuan untuk memurnikan  kecelaruan dan kecamukan suasana politik. Ia adalah budaya politik bebal dan kecewa tambahanlagi ia menjurus ke arah politik kebencian.

4. PAS sendiri berpengalaman selama 60 tahun di arena politik secara berani dan sabar sekalipun melalui siri demi siri penindasan dan kezaliman  di padang politik yang senget masih tetap mampu bertahan dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.

5. Sebut apa sahaja keburukan yang direkayasa untuk kepentingan politik bagi menghalang kemaraan PAS, semuanya telah PAS lalui. Dari halangan berceramah, pemimpin ditangkap, dibunuh, ahli dibelasah dan diboikot, pilihanraya yang tempang, dinafikan hak, dirampas hak, dan bermacam-macam bentuk lagi.

6. Namun PAS tidak langsung bebal dan kecewa malah  mengambil jalan singkat "shorcut" untuk mencapai matlamatnya.

7. PAS kekal menggunakan pendekatan kemuka hujah dan idea untuk melawan seteru politiknya. Fitnah, adu domba, provokasi kaum dan agama, politik persepsi jahat, dijauhi daripada sikap dan pendekatan PAS.

8. Politik masa kini memerlukan anjakan paradigma baru oleh para penggerak dan pengamalnya. Politik berprinsip, politik dakwah, menyeru maaruf dan mencegah mungkar, politik benar bukan persepsi, politik kepentingan rakyat diutamakan, politik damai, politik penyelesaian dan profesional adalah rupa bentuk politik yang didambakan dan wajib didokong.

9. Bukannya politik yang hanya mengejar kepentingan kuasa dan agenda parti semata-mata.

10. Tuduhan demi tuduhan ke atas PAS oleh pemimpin dan juak Pakatan Harapan adalah pelopor politik akal pendek ini.

11. Tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah contoh politik akal pendek yang paling ketara sekali sedang dimomokkan oleh Pemimpin dan juak PH.

12. Bagi mereka idea ini adalah paling mudah untuk dimanipulasikan dalam politik akal pendek supaya rakyat menolak PAS.

13. Jawapan mudah kepada tuduhan ini adalah pertanyaan, "kalau PAS nak gabung dengan Umno, kenapa PAS paling banyak kerusi bakal bertanding lawan Umno.?" Habis, siapakah kini yang sedang bersama Umno yang nak jatuhkan PAS di Kelantan.?

14. Sebelum daripada ini, pelbagai tuduhan yang lebih berat pernah dilontarkan terhadap PAS iaitu parti bersekongkol dengan pengganas, komunis, ajaran sesat dan bermacam-macam lagi, semuanya dihadapi PAS dengan sabar dan tenang. Lambat laun, kebenaran pasti muncul juga.

15. Tuduhan bahawa PAS tidak lagi lawan Umno merujuk isu 1MDB dan Pembentangan Belanjawan sebagai contoh adalah juga politik akal pendek sering dijuarai oleh PH untuk mendiskreditkan PAS.

16. Jawapannya ialah ini merupakan politik persepsi daripada politik akal pendek dimainkan oleh pemimpin dan juak PH dengan menggunakan media baru dan media proksi yang sengaja tidak memberitakan apa sahaja inisiatif PAS atau berusaha menyelewengkan berita sebenar PAS supaya ia dilihat begitu. Malah media proksi ini juga adalah proksi kepada pihak diluar negara yang turut menambah perisa bagi memburukkan PAS.

17. Laporan media proksi berat sebelah, tidak jujur dan tidak beretika menjadi sumber politik akal pendek dan disuap kepada rakyat untuk mensensasikan keburukan terhadap PAS. Politik yang adil,  adalah sewajarnya berita daripada media PAS turut dipetik supaya diperolehi penjelasan yang sebenar dan bukan menelan mentah-mentah apa sahaja berita.

18. Politik sewajibnya adalah ruang bagi penggerak dan pendokong politik untuk berlumba-lumba secara matang dan sihat untuk mengemukakan agenda dan tawaran terbaik daripada parti masing-masing kepada rakyat supaya rakyat memilih apa yang terbaik buat kepentingan mereka.

19. Politik bukannya ruang untuk menyuburkan penipuan, fitnah, provokasi dan adu domba yang semua ini akhirnya mengarah kepada ketidakstabilan dan kecelaruan.

20. Apa yang anehnya,politik akal pendek ini yang sedang dimomokkan oleh juak PH ini rupanya belajar balik daripada seorang mahaguru yang merupakan bekas pemimpin Umno yang hebat dalam sejarah penipuan politik pilihanraya, pakar kepincangan dalam pentadbiran, pengamal kronisme dan nepotisme politik tegar di negara ini. Eloklah, bagai pinang dibelah dua dalam PH itu berkumpul semuanya spesis yang sama daripada benih dan dna yang sama.

21. Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita berpolitik sihat,  matang dan sejahtera. Kita adalah rakyat yang berpendidikan, bermaklumat yang sahih, berilmu dan bijak. Rakyat menuju ke arah negara maju adalah rakyat yang bermaklumat, membaca, menelaah,  mengkaji dan membuat keputusan yang waras dan bijak.

22. Jangan dibiarkan minda dan kepintaran kita yang merupakan anugerah Allah kepada kita dimanipulasi oleh pemimpin dan juak PH yang menjaja politik akal pendek ini.

23. Politik adalah manifestasi kepintaran akal dan kecerdasan minda yang sihat, tambahan lagi sekiranya ia berpandukan prinsip nilai Islam dan akhlak terpuji.

24. Politik juga adalah cerminan budaya dan cara hidup bangsa dan rakyat yang bertujuan untuk menikmati kemakmuran dan kesejahteraan yang diimpikan.

Politik Matang dan Sejahtera adalah tawaran PAS kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh: Muhammad Najhan bin Halim
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dan juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
6 Mac 2018.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

11 comments:



  1. KITA UMAT ISLAM AKAN MENGUNDI PARTI ISLAM PAS DALAM PRU14 DAN MEMULAU DAN MENOLAK PAKATAN SEBAB:

    (1) PARTI ISLAM PAS

    Perlembagaan PAS:

    Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma'

    Tujuan PAS ialah :

    1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

    2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Usaha-usaha PAS :

    1. Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

    2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

    3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

    4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

    5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

    6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

    7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.

    8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

    9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

    10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

    11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

    Nota Penting:

    Dari dulu hingga sekarang, rekod pemimpin-pemimpin PAS adalah bersih dari sebarang rasuah, salah laku, pecah amanah dll.

    ReplyDelete
  2. Sambungan: KITA UMAT ISLAM AKAN MENGUNDI PARTI ISLAM PAS DALAM PRU14 DAN MEMULAU DAN MENOLAK PAKATAN SEBAB:

    (2) PAKATAN PIMPINAN PARTI KAFIR HARBI DA-Pig


    1. Pakatan tidak menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai perlembagaan parti mereka.

    2. Komponen Pakatan terdiri dari parti sekular, liberal dan kafir harbi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    3. Pakatan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig telah menentang, menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan:

    (i) ajaran Islam seperti fatwa, khutbah Jumaat dan hari raya, pakaian menutup aurat wanita Islam, undang-undang Syariah dll. Contoh Hudud dll

    (ii) institusi Islam seperti jabatan agama Islam, mahkamah syariah dll

    (iii) ulama Islam, mufti dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS yang memperjuangkan agama Islam dan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (65%) di negara ini.

    (1v) Kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan agama Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu.

    (4) Pakatan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig telah menafikan hak umat Islam dan menindas umat Islam. Contoh: Berpuluh kampung dan gerai perniagaan Melayu Islam telah dirobohkan di negeri yang diperintah oleh rejim DA-Pig. Ini membuktikan rejim DA-Pig mengamalkan penghapusan etnik Melayu Islam seperti mana yang dilakukan oleh rejim pengganas Israel.

    (5) Pakatan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig mempromosi, membela dan menyokong semua bentuk kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, ajaran sesat seperti Syiah dan Qadiani, pesta arak terbuka, judi, zina, LGBT, atheis dll.

    (6) Pakatan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig mempromosi, membela dan menyokong umat Islam untuk murtad.

    (7) Pakatan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig terlibat dalam pelbagai skandal rasuah dll. Contoh: Parti DA-Pig terlibat dalam 66 skandal yang amat merugikan rakyat dan negara seperti skandal banglo terlajak diskaun, skandal projek kroni dan bini , skandal kertas kerja RM300 juta, skandal rasuah terowong, skandal tanah rakyat, skandal tanah kerajaan, skandal projek yang tidak mendapat kelulusan jabatan alam sekitar sehingga menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, kematian dan kerugian rakyat dll.

    (8) Pakatan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig terdiri dari pemimpin munafik dan pemimpin kafir harbi yang tidak bermoral seperti mencipta pelbagai fitnah dan menyebarkannya untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti lawan seperti parti Islam PAS.

    Akhbar parti kafir harbi roket telah membuat pengakuan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi “ibu kepada semua PRU” dan dijangka menjadi pilihan raya paling kotor pernah diadakan !!!

    ReplyDelete


  3. Audio ciptaan studio sumbu kuasa 10 tidak boleh dijadikan bukti kerana:

    (1) kita tidak boleh melihat wajah orang yang bercakap.

    (2) teknologi moden boleh membantu penghasilan audio palsu.

    (3) terdapat orang-orang yang mempunyai kebolehan meniru suara orang lain.

    (4) tiada pengesahan dari pihak forensik.

    (5) pihak yang mencipta audio tersebut adalah musuh parti Islam

    (6) orang yang didakwa bercakap dalam audio tersebut telah menafikannya.

    (7) suara-suara dalam audio tersebut tidak jelas

    (8) audio ini seolah-olah audio ceramah.

    (9) kita telah mendengar audio ciptaan studio sumbu kuasa 10 dan kita mendapati suara itu bukan milik pemimpin parti Islam yang dimaksudkan.

    Nampaknya parti PANIPU sangat terdesak untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin parti Islam PAS kerana PRU14 semakin hampir. Maka kita tidak merasa hairan melihat barua-barua ternakan PANIPU sibuk menjaja fitnah untuk memburuk-burukkan parti Islam pimpinan ulama !

    Akhbar parti kafir harbi roket telah menulis Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi “ibu kepada semua PRU” dan dijangka menjadi pilihan raya paling kotor pernah diadakan !!!

    ReplyDelete
  4. PARTI PANIPU SANGAT TERDESAK MENCIPTA AUDIO PALSU UNTUK MEMFITNAH PARTI ISLAM PAS

    Jika Sumbu kuasa 10 mimpi 15 kali yakin audio itu tulen, mengapa Sumbu kuasa 10 mimpi 15 kali tidak membuat laporan kepada SPRM? Bukankah selama ini parti PANIPU yang menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig berazam mahu menghapuskan parti Islam PAS dari muka bumi ini?

    Ini jelas membuktikan bahwa Sumbu kuasa 10 mimpi 15 kali sendiri tahu bahwa audio itu adalah palsu !

    ReplyDelete


  5. BUKTI DAP MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN MENAFIKAN HAK UMAT ISLAM:

    DAP HINA AZAN DAN BANTAH PEMBINAAN MASJID OLEH Jimmy Wong


    https://www.youtube.com/watch?v=9dXsU__PtxQ

    Malangnya pemimpin-pemimpin parti sekular liberal seperti Mike Selfie Dada Amoi, Kak Jah Liberal dan MahaFiraun yang mendakwa diri mereka beragama Islam membela dan menyokong pemimpin-pemimpin DAP.

    Sesungguhnya puak munafik ini adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan api dalam sekam yang sedang berusaha untuk melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam dan hak umat Islam dari dalam.

    Umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 dan mereka akan memulau dan menolak Pakatan Khadam pimpinan parti kafir harbi.

    KESIMPULAN

    Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela ajaran Islam dan hak umat Islam dan rakyat yang sedang diancam oleh musuh-musuh Islam.

    Allah dan RasulNya telah mengharamkan umat Islam dari menyokong dan mengundi puak munafik sekular liberal dan puak kafir menjadi pemimpin:

    "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" QS. 4. An-Nisaa' : 144.

    "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." QS. 5. Al-Maa-idah : 57.

    ReplyDelete


  6. WAH HEBAT PENGERUSI PKR SARAWAK MENYOKONG DAN MEMBELA MURTAD !

    Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad


    Sumber : https://aidcnews.wordpress.com/2018/02/26/pengerusi-pkr-sarawak-bela-4-muslim-yang-mahu-murtad/

    Bukankah ini bererti PKR tidak berminat untuk membela agama Islam dan hak umat Islam ? Bukankah ini bererti PKR adalah khadam DAP yang telah menyokong murtad, menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

    Saya sebagai orang Islam tidak akan menyokong atau mengundi PKR yang bersekongkol dengan DAP yang memusuhi ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Ini juga bererti saya menolak PH secara total kerana DAP, PKR dan PAN bersekongkol menyokong dan membela kebebasan murtad!

    Saya akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan mencegah kemungkaran dan kesesatan !

    ReplyDelete


  7. PAKATAN SYAITAN MENYOKONG DAN MEMBELA MURTAD DI KALANGAN UMAT ISLAM !

    Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

    AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

    Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

    “Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

    Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2018/03/02/pakatan-dap-mahu-undang-undang-dipinda-bagi-kebenaran-umat-islam-murtad/

    ReplyDelete
  8. Sembang hebat mcmanapun.. tp kalau masuk parlimen jd pasu bunga dan berkecuali.. baik tak payah..

    ReplyDelete

  9. 'SUPERMAN' DAP DEDAH STRATEGI KOTOR DAP GUNA MELAYU SCREW MELAYU

    Video panas Siapa Memperkudakan Siapa? Melayu 'Skrew' Melayu! jelas menunjukkan parti kafir harbi menggunakan Melayu untuk screw kaum Melayu. Sumber:


    https://www.youtube.com/watch?v=ktI9XEWKMJ8

    Video tersebut membuktikan parti kafir harbi menggunakan strategi kotor 'strategi pecah dan perintah" dengan memperalatkan Melayu untuk screw kaum Melayu !

    Siapakah pengkhianat-pengkhianat Melayu yang diperalatkan oleh parti kafir harbi untuk memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu Islam?

    Kita boleh bayangkan apa akan berlaku jika parti kafir harbi ini dan khadam-khadam sekular liberalnya memerintah negara ini.

    ReplyDelete
  10. DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
    Published on Aug 5, 2017

    Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

    DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

    ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

    Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

    Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

    Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

    Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

    Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

    Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

    Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

    Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

    Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

    Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

    Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

    Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

    Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

    TAMBAHAN:
    1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
    2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
    3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
    4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

    Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

    Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

    Sumber : https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

    ReplyDelete


  11. Wah hari ini barua-barua ternakan pakatan pimpinan DA-Pig sedang tidur berdengkur keletihan selepas mereka sibuk memfitnah , memaki hamun dan menghina parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan menyondol berguni-guni dedak cap roket !

    ReplyDelete