Friday, March 16, 2018

Ragvinder Singh Gesa SKMM Siasat LGE Siar Berita Palsu.


CYBERJAYA – Seorang blogger, Ragvinder Singh Jessy hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa memuat naik berita-berita palsu menerusi laman sosialnya.
Pemilik blog www.thethirdforce.net itu mendakwa setiausaha agung DAP itu sengaja berkongsi artikel berita palsu terbitan portal milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwww.bulentinmutiara.com tentang projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
“Berita palsu itu berbaur hasutan dan fitnah termasuk menuduh Barisan Nasional membeli undi rakyat dengan menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ragvinder turut menggesa SKMM untuk melakukan siasatan segera terhadap Lim kerana tindakannya itu boleh menggugat kestabilan negara serta menjejaskan keharmonian antara rakyat.
“Guan Eng perlu lebih bersikap bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin, dan tindakan sebar berita palsu dan fitnah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara,” katanya. – BERNAMA


IKLAN
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Boleh walau Bukan Warga Malaysia
Dikehendaki Segera!! 
Tukang Gunting Rambut Lelaki 
-Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
-Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
-Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
-Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 

Kelebihan / Kemudahan 
- Majikan yang prihatin 
- komisyen dan gaji terjamin. 
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
oleh ramai penduduk. 
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
- kedai berhawa dingin. 

Boleh bukan warga Malaysia.
Lokasi : Cheras, Selangor  & Chow Kit, KL.

Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.
018 2018342 
011 33111321

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails