TUN Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain sering menyebut bahawa DAP tidak akan mampu untuk menguasai kerajaan jika PH menang di dalam PRU 14.
Inilah yang Tun Dr Mahathir nyatakan sewaktu diasak oleh saya di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 khamis lalu dan inilah juga yang dinyatakan oleh pengkagum beliau dalam Facebook saya.
Alasan mereka adalah kerana jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP di dalam PRU 14 tidak akan lebih banyak daripada gabungan kerusi PKR, PPBM dan PAN.
Satu lagi alasan mereka adalah kerana pemimpin PH telah bersetuju sejak 8 Januari lalu bahawa calon Perdana Menterinya adalah Tun Dr Mahathir, bukan pemimpin DAP.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan para penyokong beliau mungkin sudah lupa bahawa soal ini sebenarnya sudah dijawab oleh beliau sendiri di dalam satu tulisan beliau pada 13 Mac 2014.
Di dalam tulisan ini, Tun Dr Mahathir menepis pandangan yang menyatakan bahawa Cina yang menjadi minoriti tidak akan mampu untuk menguasai Malaysia sebagaimana Cina menguasai Singapura.
Kata Tun Dr Mahathir: “Menjadi Perdana Menteri secara fizikal adalah tidak perlu. Jika Perdana Menteri berada di bawah kawalan DAP maka ia akan menjadi sebuah kerajaan yang didominasi oleh Cina.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Physically holding office is not necessary. If the Prime Minister is totally under the control of the DAP then it would become a Chinese dominated Government.”)
Kata Tun Dr Mahathir lagi: “Hari ini Melayu terbahagi kepada tiga buah parti. Untuk mana-mana parti menang, sokongan Cina adalah penting. Parti-parti Melayu bergantung kepada undi Cina untuk menang. DAP melihat ini sebagai satu peluang untuk memilih parti Melayu mana akan menang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Today the Malays are divided into three parties. For any party to win, Chinese support is essential. The Malay parties have become dependent on Chinese votes to win. The DAP sees this as an opportunity to choose which Malay party should win.”)
Tambah Tun Dr Mahathir: “Mereka (pemimpin DAP) percaya bahawa Pakatan mereka akan menang cukup kerusi (di dalam PRU 13) untuk membentuk Kerajaan. Ia akan menjadi Kerajaan yang tunduk kepada DAP kerana jika DAP keluar maka Pakatan akan tumbang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “They (DAP leaders) believed that their Pakatan would win enough seats (in the 13 GE) to form the Government. It would be a DAP subservient Government because if it (DAP) leaves the Pakatan it will fall.”)
Bagaimanapun, kata Tun Dr Mahathir lagi, walaupun kalah di dalam PRU 13, DAP tetap tidak berputus asa (the DAP is not about to give up): “Akan ada peluang lain di dalam PRU 14. Jika kecenderungan ke arah kemerosotan sokongan terhadap BN berterusan, ia mungkin menyebabkan visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi akan terlaksana. Malaysia akan menjadi seperti Singapura.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “There will be another opportunity in the 14th General Election. If the trend toward declining support for BN continues, it may result in the DAP vision of Chinese dominance in politics as well as the economy being realised. Malaysia will be like Singapore.”)
Sama-samalah kita nantikan apakah ramalan Tun Dr Mahathir bahawa visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi, dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura, selepas PRU 14 akan terlaksana atau tidak.
Paling sadis dan ironis sekali adalah hakikat bahawa, jika ramalan Tun Dr Mahathir ini menjadi kenyataan, ia sebahagian besarnya adalah berpunca daripada saham yang disumbangkan oleh beliau sendiri. Semoga Tun Dr Mahathir tidak lupa ramalan beliau ini. -HARAKAHDAILY 28/3/2018
2 comments:
PH dikuasai sepenuhnya oleh DAP manakala PKR PAN dan Bersatu adalah khadam sahaja. Orang beriman wajar menolak PH diatas dasar DAP anti Islam. Hujah DAP anti Islam saya petik dari Ismaweb dan DAP hina Islam dari Ustaz Ridhuan Tee yg saya akan copy n paste dibawah ini
Di Malaysia orang Islam wajar menolak Pakatan kerana DAP menghina Islam
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/
DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.
Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.
DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…
ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.
Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.
Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.
Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?
Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.
TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP
Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.
Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee
Post a Comment