Monday, March 05, 2018

Reman 5 Hari Lagi, Projel Malu DAP/Guan Eng. Kecuali Balacinya.

Hasil carian imej untuk terowong bawah laut
Tahniah Parti PCM! Pada 21 Julai 2017 yang lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat laporan dan menyerahkan bukti berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ..

Samakah seperti lagenda 'Singapura dilanggar todak'? Rakyat yang dipaksa menderita 'menahan betis' dari serangan todak.



Terowong Pulau Pinang: Reman ahli perniagaan disambung lima hari.
PUTRAJAYA: Tempoh reman ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang dipercayai menerima RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang dilanjutkan lima hari lagi bermula esok.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tempoh reman suspek itu hingga 10 Mac ini.

  
Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini, direman enam hari mulai 28 Feb lepas.

Menurut sumber, suspek yang juga suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu.

-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu HasyimTambah reman 5 hari lagi, kepada pemasalah projek memalukan tadbiran DAP/Guan Eng. Kecuali kepada balacinya yang tidak pernah ada rasa malu dan terlalu tebal kulit mukanya.

Oleh itu kepada rakyat dari kepelbagai kaum dan agama, yang ditipu dan dizaliminya, perlu kembali kepada cara hidup fikrah di bawah kepimpinan PAS. Iaitu..


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

  1. SYABAS SPRM

    Kita umat Islam mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM kerana berjaya membongkar kes rasuah di Pulau Pinang dan mengambil tindakan yang wajar ke atas suspek-suspek yang berkaitan. Semoga SPRM mendakwa semua orang yang terlibat yang terlibat dalam kes rasuah tersebut di mahkamah

    ReplyDelete
  2. Kena siasat Consortium Zenith Construction tu milik siapa dan siapa pula dibelakangnya. Tiba-tiba termasuk nama orang kuat TH pula. Harap SPRM tak terlepas pandang dengan perkara ini.

    ReplyDelete