Pengunjung sebuah taman di Tokyo tidak melepaskan peluang bergambar dengan berlatarkan keindahan bunga-bunga sakura yang mekar. - Reuters
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
TOKYO: Puluhan ribu pengunjung membanjiri Taman Awam Ueno di bandar raya ini untuk menyaksikan keajaiban pemandangan pokok cherry blossom atau sakura yang sudah masuk fasa mekar penuh.
Bunga yang menjadi tarikan ikonik itu dilaporkan mekar penuh sembilan hari lebih awal daripada yang dijangkakan, dan semuanya terjadi kerana dibantu faktor kedatangan suhu yang panas.
Reuters melaporkan, dianggarkan sejumlah 85,000 orang mengunjungi taman tersebut, yang menjadi salah satu lokasi utama untuk menyaksikan keindahan bunga-bungaan merah jambu dan putih tersebut.
Pada Khamis, kelopak bunga berguguran ke tanah akibat dipukul angin kuat.
“Saya datang ke sini untuk pastikan saya tidak terlepas menikmati pemandangan ini,” ujar seorang penduduk tempatan, Kaori Izumi, 42 tahun.
Secara rasmi, musim mekar di Tokyo pada tahun ini bermula pada 17 Mac, sembilan hari sebelum tarikh mekar penuh yang dijangkakan.
Di Jepun, bunga sakura yang mekar menandakan hari pertama persekolahan, sekali gus bermulanya tahun fiskal pada 1 April. Bunga yang berwarna merah jambu muda itu adalah simbol 'permulaan baharu yang segar'.
Tahun lalu, lebih daripada 3.5 juta orang melawat taman tersebut untuk menyaksikan bunga ikonik itu selama tiga minggu Festival Sakura berlangsung. Jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding bilangan pengunjung dalam tempoh yang sama pada 1998.
Subhanallah, walhamdulillah!
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
3 comments:
Amboi! Cantiknya pokok bunga sakura tu. Harap masa depan ada peluang pergi ke Jepun dan tonton secara live bunga sakura ni.
Indahnya ciptaan tuhan.
Allah tidak menurunkan hukum hudud untuk diperbodohkan tetapi untuk dilaksanakan dan akan turun rahmat allah. Muhammad azren kamu tidak sukan pas apa yang dilaksanakan walaubaik macammana pun kamu tentu perlekehkan tapi percayalah tanggungjawab pas dah dilaksanakan untuk membawa ruu355 diparlimen sekarang terpulang pada kerajaan dan semua umat islam untuk berjuang bersama supaya dapat dulaksanakan. Umno memperbodohkan pas itu akan dinilai oleh allah swt tentang rela diperbodohkan itu tiada sebab sekarang puak penentang dan menyokong rakyat dah dapat lihat dan allah swt maha mengetahui apa yang terniat di hati hambanya. Percayalah yang diperbodohkan bukan pas tetapi siapa yang memperbodohkan dan menentang perjuangan menegakkan hukum allah. Mohammad azren teruskan cari kebenaran agama allah.
Post a Comment