Thursday, March 08, 2018

Saudi Anjur Maraton Pertama Disertai Wanita Sahaja

Saudi Anjur Maraton Pertama Disertai Wanita Sahaja

RIYADH – Arab Saudi kembali melakar sejarah. Kali ini, negara terbesar di rantau Asia Barat itu menganjurkan acara maraton pertama kalinya khusus untuk wanita yang berlangsung Sabtu lalu.

Media tempatan melaporkan, perlumbaan dikenali sebagai Al-Ahsa Run itu bagaimanapun hanya melibatkan jarak sejauh tiga kilometer di sekitar bandar oasis dekat Teluk Parsi yang terkenal dengan 30 juta pokok kurma tersebut.
Meskipun Al-Ahsa terletak 495 kilometer dari ibu kota Riyadh, acara julung kali dalam sejarah itu bahkan menerima sambutan luar jangkaan dengan disertai 1,500 pelari dalam pelbagai kategori termasuk profesional dan amatur.
Uniknya, semua peserta waima dari luar negara tampil tanpa dedah aurat dengan hijab dan berjubah labuh warna gelap, bahkan ada memakai niqab untuk melindungi muka di sebalik laluan kering berdebu akibat cuaca panas.
Ia menerima tajaan Ketua Pengarah Sukan Arab Saudi, Hospital al-Moosa dan Kerajaan Wilayah Al Ahsa. Bulan lalu pihak berkuasa mengumumkan wanita tempatan boleh sertai Maraton Antarabangsa Riyadh mulai tahun depan.
Langkah itu susulan kelonggaran dasar kerajaan membenarkan wanita Arab Saudi menjadi penonton di stadium bermula sambutan Hari Kebangsaan pada 23 September lalu, sekali gus mengubah polisi negara itu sejak 1932.
Malah golongan itu kemudian dibenarkan memandu kenderaan mulai Jun depan selain boleh menyertai pasukan keselamatan dan menjalankan operasi perniagaan di kedai sendiri tanpa perlu kebenaran suami atau saudara lelaki.
Apa yang menarik, maraton berskala mini di bandar Al-Ahsa itu menyaksikan peserta Arab Saudi, Mizna al-Nassar muncul juara mengalahkan lawan dari Amerika Syarikat dan Taiwan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Jurutera yang berusia 28 tahun itu dipetik laman berita tempatan Sabq, turut bercita-cita hendak menjadi atlet mewakili Arab Saudi pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun dan sudah berlatih sejak 2014.
Mizna bahkan dilaporkan berkata, dia mendapat sokongan penuh ahli keluarganya sendiri selain turut mengikuti diet ditetapkan pakar profesional dan menjalani latihan intensif berkala. – Agensi


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Dalam oramg beriman berlumba2 atau bermarathon untuk menegakkan Islam. PH melalui DAP berlumba2 menghina Islam. Walaupun begitu PAN PKR dan Bwrsatu amat cinta abadi dengan DAP

newshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

Adakah dengna kenyataan jahat ini pun nak sokong Liberal Sekular Taghut

https://www.ismaweb.net/2018/01/22/pemimpin-bersih-kata-al-quran-kitab-cetak-rompak-rasulullah-sesat-lapor-portal/

Pemimpin Bersih kata al-Quran kitab cetak rompak, Rasulullah sesat, lapor portal

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ekstremis Kristian, Clement Chin menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak di mana 70 peratus isi kandungan yang dicedok daripada cerita-cerita lama sebelum kewujudan Islam, lapor menara.my.

Memetik tulisan ekstremis itu dalam laman Facebooknya, dia yang turut terbabit dalam himpunan Bersih mendakwa al-Quran telah berulang kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun bagi menjadikannya bermelodi dan mudah untuk dihafal.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran? Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70 peratus cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” tulis ekstremis itu yang dirangkaikan kepada seorang pengguna lain bernama Abdul Basit Abdul Azeez.

Memetik laporan menara, Clement yang terbabit mengedar Bible dengan memasukkan ke dalam laci meja di hotel-hotel ketika berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.

Ekstremis Kristian itu berkata, apa yang dilakukan umat Islam adalah tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.



“Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.

“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, ‘O Hubal, meninggilah’,” kata ekstremis itu.

Masih tidak berpuas hati, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas itu mempersoal pula penggunaan kalimah Allah, yang sememangnya hak mutlak milik umat Islam.

Clement menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.

“Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu”.

“Dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan Ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik, kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”

“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Makkah di mana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar,” katanya.

Anonymous said...

http://www.malaysia-today.net/2018/03/04/amanah-dipergunakan-oleh-bukan-islam/

AMANAH DIPERGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM?


AMANAH DIPERGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM?

By MT Webmaster On Mar 4, 2018
36




Dr Kamarul Zaman Yusoff

Lanjutan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah menukar agama dari Islam ke Kristian, semalam, 2 Mac 2018, Pakatan Harapan Sarawak telah mengeluarkan satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, dan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi.

Kenyataan media bertajuk “Undang-Undang Dan Garis Panduan Yang Jelas Diperlukan Untuk Menukar Agama” ini mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya “membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela untuk mengikuti supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan” selain mendesak kerajaan negeri Sarawak supaya “mempertimbangkan dengan serius meminda undang-undang negeri yang berkaitan untuk menyediakan keperluan untuk surat pelepasan”.

Disebutkan di dalam kenyataan media ini bahawa:
“Prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori berikut:
1. Mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam;
2. Mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam.”

Mereka yang paling aktif memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam murtad ini adalah pemimpin parti politik seperti DAP dan PKR selain pertubuhan sivil seperti SIS, G25 dan IRF di mana di dalam buku G25 bertajuk “Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy” yang diharamkan oleh kerajaan pada 27 Julai 2017 umpamanya, peguam Aston Paiva menggesa supaya diwujudkan prosedur pentadbiran mengenai kemurtadan. Begitu juga di dalam satu kertas kerja beliau dengan Penang Institute di mana Aston Paiva menggesa supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang memansuhkan dengan segera undang-undang anti-murtad dan menyediakan prosedur mengenai kemurtadan.



Bila individu seperti Aston Paiva yang menggesa supaya prosedur mengenai kemurtadan disediakan atau dijadikan lebih jelas bagi memudahkan proses pemurtadan, ia tidaklah terlalu pelik kerana Aston Paiva adalah seorang bukan Islam, tetapi apabila yang menyuarakan gesaan begini adalah seorang Islam seperti Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, sedangkan kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak ini sepatutnya dibaca oleh Pengerusi atau Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak, maka persepsi yang timbul adalah Pengerusi AMANAH Sarawak dipergunakan oleh bukan Islam untuk kepentingan mereka.

Apatah lagi bila gesaan ini sendiri bercanggah dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, sehari sebelumnya di dalam portal berita Malaysia Date Line, malah di dalam lidah rasmi AMANAH, iaitu AMANAH Daily, juga, ketika mengulas isu permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah untuk menukar agama dari Islam ke Kristian ini, bahawa “semua NGO Islam, badan dakwah dan Jabatan Agama serta Pusat Zakat haruslah bersatu dalam memastikan umat Islam yang mahu murtad tidak meneruskan niat mereka”. Itu belum lagi diambil kira kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 November 1996 serta kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac 2009 mengenai masalah murtad ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails