Saturday, March 10, 2018

Splash Punca Krisis Air S'gor? Ini Jawab Khalid Ibrahim.




AIDCNews -09/03/18 –Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung kritikannya terhadap Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) sebagai punca krisis air di negeri itu.
Khalid berkata krisis air di Selangor tidak menjadi seteruk hari ini, jika Hannah selaku Speaker DUN membenarkan isu Splash dibahaskan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
“Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya tidak begitu penting.
“Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab,”katanya dalam satu kenyataan.
Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Hannah yang menyalahkan Splash yang disifatkannya telah gagal menyediakan maklumat terkini status kerja membaik pulih lalu menyebabkan lebih banyak gangguan pada rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan.
“Pengurusan tertinggi Splash harus dipertanggungjawabkan dan rakyat Selangor mahu tindakan tegas diambil,” kata Hannah.
Membidas kenyataan itu, Khalid berkata kesilapan Splash juga ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.
Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut.
“Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
“Namun nampaknya Dato’ Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian. Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.
“Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.
“Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,”katanya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk tadbir Selangor secara Islam, undilah Parti Islam Malaysia (PAS)!
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

2 comments:

Anonymous said...

Krisis air yang kronik di Sgor yang menerima hujan tropika sepanjang tahun adalah disebabkan oleh kecuaian dan sikap tidak bertanggung-jawab pakatan wayang pimpinan parti kafir harbi DA-Pig

Kecuaian dan sikap tidak bertanggung- jawah pakatan wayang pimpinan DA-Pig telah menyebabkan rakyat Sgor hidup menderita kerana ketiadaan air.

Sikap pemimpin evangelis yang memimpin DA-Pig yang suka menyalahkan pihak lain dan parti lawan untuk menutup kelemahan pakatan wayang jelas menunjukkan pakatan wayang tidak layak memerintah negara ini.

Anonymous said...

Normal lah masalah air hanya seketika berbanding dengan percuma sudah hampir 10 tahun. Jika dilihat negeri lain lebih banyak masalah air sudah menjangkau puluhan tahun tidak pernah selesai. Contoh di Sabah, Johor, Kedah dan Kelantan sehingga sekarang masih tak selesai. Masalah air dinegeri-negeri ini berterusan sehingga sekarang. Tapi tak jadi isu sebab negeri-negeri dipimpin oleh golongan perasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails