Wednesday, March 28, 2018

Tempat PAS Tak Bertanding, Undi Parti Mana? -Alang Syukrimun.

Imej yang berkaitan

JUMLAH kerusi PAS bertanding
Mengikut kenyataan terkini, PAS bakal bertanding tidak kurang dari 130 kerusi. Mengikut maklumat yang diperoleh pula, kemungkinan besar PAS bertanding antara 160 hingga 170 kerusi seluruh Malaysia!
Jumlah ini adalah yang tertinggi sejak PAS diasaskan pada tahun 1957. Jauh lebih besar dari kuantiti PRU13 iaitu sekadar 73 kerusi sahaja. Ini adalah kali pertama PAS bertanding melebihi jumlah majoriti mudah di Parlimen. Dengan melihat kepada jumlah pertandingan sahaja sudah boleh menjawab kritikan yang mengatakan PAS tidak berkeinginan untuk memerintah.
Mungkin ramai keliru dengan 40 kerusi yang disasarkan PAS. Ia hanya jumlah yang difikirkan perlu mengikut situasi semasa untuk berperanan sebagai king-maker. Ia tidak bermakna PAS cuma mahu 40 itu sahaja. Kalau boleh, semua kerusi yang dipertandingkan oleh PAS mahu dibolot. Tetapi mengikut strategi PAS, dengan berperanan sebagaiking-maker, segala janji yang ditawarkan di dalam Manifesto dapat dilaksanakan tanpa perlu menanti majoriti mudah terlebih dahulu.

Ada kerusi PAS tidak bertanding
Walau bagaimanapun, 170 kerusi yang bakal ditandingi tidak cukup untuk memenuhi semua tuntutan penyokong yang mahu mengundi. PAS memiliki 195 kawasan berdaftar dan hampir semua 222 Parlimen mempunyai ahli dan penyokong PAS. Maka sudah tentu akan ada beberapa kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS atas faktor strategi dan sebagainya. Situasi sama juga berlaku di peringkat Dun.
Justeru itu timbul persoalan dari penyokong dan pengundi PAS; Sekiranya tidak ada calon PAS atau Gagasan Sejahtera yang bertanding di tempat mereka, maka parti manakah yang perlu mereka pilih? Adakah BN? Adakah PH? Adakah parti bebas? Adakah melakukan undi rosak? Adakah tidak turun mengundi? Atau adakah menukar tempat mengundi?
Kesemua jawapan di atas adalah salah! Tiada jawapan yang objektif bagi persoalan ini. Jawapannya bersifat subjektif dan memerlukan pertimbangan dibuat dengan waras oleh pengundi.
Soalan mengenai perkara ini pernah ditanya di dalam satu program baru-baru ini. Maka Presiden PAS menjawab haruslah memilih yang paling kurang mudaratnya.

Mengukur mudarat 
Definisi darurat haruslah difahami mengikut perspektif Islam. Perkara ini dibahaskan di bawah tajuk Maqasid Syariat. Sarjana Islam mengkelaskan darurat kepada lima bahagian yang dinamakan sebagai ضروريات الخمس (Lima darurat). Ada yang menyenaraikan enam.
Lima darurat itu adalah:
  • Agama
  • Nyawa
  • Akal
  • Keturunan atau maruah
  • Harta
Secara disiplin, darurat ini perlu disusun mengikut tertib di atas. Sekiranya bertembung antara darurat, maka yang atas perlu didahulukan mengatasi yang bawah. Agama perlu didahulukan mengatasi nyawa dan harta. Nyawa perlu didahului mengatasi akal dan begitulah seterusnya.
Maka dalam bab memilih parti dalam pilihan raya, perkara pertama yang harus dipertimbangkan adalah soal masa depan dan nasib agama. Parti mana yang paling mengikut, menjaga dan memperjuangkan agama wajib menjadi pilihan.

Parti yang memperjuangkan agama secara tepat lebih baik dari yang memperjuangkan secara kurang tepat.
Parti yang memperjuangkan secara kurang tepat lebih baik dari yang hanya mempergunakan agama untuk tujuan politik. Parti yang mempergunakan agama lebih baik dari yang langsung tidak mempedulikan agama. Dan yang tidak mempedulikan agama lebih ringan berbanding yang memusuhi agama.
Sekiranya berlaku persamaan dari sudut agama antara parti yang bertanding, barulah melihat kepada darurat yang kedua pula iaitu nyawa. Tetapi jika perbezaan sudah dikesan dari sudut kepentingan agama, maka cukup dengan itu untuk menentukan pilihan kita. Tidak perlu lagi membandingkan dengan darurat yang lain.

Aplikasi di kawasan yang tiada PAS 
Saya berani katakan dan bertanggungjawab atas kenyataan ini, bahawa PAS merupakan parti yang paling baik dalam menjaga agama di negara ini. Walaupun masih banyak kekurangan bagi parti ini, tetapi inilah yang paling baik berbanding yang lain. 
Tetapi bagaimana jika PAS tidak bertanding di tempat kalian? Parti manakah pula yang perlu dipilih? Kaedah mengukur mudarat masih perlu dijalankan. Katakan berlaku pertembungan dua penjuru antara BN dan PH. Pertimbangan harus dibuat berdasarkan pihak mana yang paling memberi manfaat atau setidaknya, paling kurang mudaratnya terhadap agama.
Antara yang mempergunakan agama atau yang tidak serius beragama dengan yang memusuhi agama, lebih baik yang mempergunakan agama. Sekurang-kurangnya agama digunakan walaupun niat mereka tidak ikhlas. Jika memilih yang berniat jahat terhadap agama, lebih mengancam kedudukan agama di negara ini.
Ada yang mengatakan pihak mempergunakan agama itu adalah munafik manakala yang menentang agama pula kafir. Maka kafir lebih ringan dari munafik. Perkara ini pernah diajukan kepada Presiden PAS. Jawab beliau, Nabi S.A.W dulu memerangi kafir yang menentang Islam, tetapi membiarkan munafik bersama dengan Islam.

Ibrah perang Rom-Parsi 
Al-Quran merekodkan kisah pertembungan antara Rom dan Parsi di zaman Nabi S.A.W menerusi Surah ar-Room. Bagaimana Nabi S.A.W dan orang beriman menyokong Rom dan bergembira dengan kemenangan Rom ke atas Parsi. Firman Allah S.W.T:
غُلِبَتِ الرُّومُ (٢) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (٣) فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (٤)

  • "Orang-orang Rom telah dikalahkan. (2) Di tanah yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. (4)" [ar-Rum:2-4]

Ayat ini boleh dijadikan iktibar dalam memilih pihak yang tidak memperjuangkan Islam. Walaupun kedua pihak ini tidak mewakili Islam, namun secara politiknya Nabi S.A.W menyokong Rom berbanding Parsi. Ini kerana Rom adalah lebih baik daripada Parsi dari beberapa segi. Yang paling utama kerana Rom adalah penganut Kristian yang merupakan agama Samawi yang turut mempercayai Allah secara asas. Sedangkan Parsi adalah penganut Majusi yang menyembah selain Allah iaitu api.
Sikap kedua pihak ini terhadap Islam boleh dinilai jelas melalui utusan dakwah yang dihantarkan oleh Nabi S.A.W. Ketika surat dihantar kepada Maharaja Rom Heraclius, beliau hampir-hampir beriman tetapi dihalang oleh pembesarnya. Lalu beliau menolak dengan baik. Tetapi ketika menghantar surat kepada Maharaja Parsi bernama Khosrow II, beliau telah mengoyak surat tersebut tanpa habis dibacakan. Menunjukkan kebencian Parsi terhadap Islam.
Islam lebih memilih Rom kerana mereka lebih rendah mudarat berbanding Parsi. Namun bukan bererti mereka bersetuju dengan Rom, kerana pada akhirnya Islam turut berperang dengan Rom seperti yang berlaku dalam perang Mu'tah, Tabuk dan perang-perang selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Dengan menyokong satu pihak yang lebih ringan mudarat, Nabi S.A.W telah berjaya mengurangkan ancaman kepelbagaian musuh terhadap Islam.
Maka mengambil kira dari sudut ini, perlu untuk kita mengundi pihak yang lebih ringan mudarat terhadap Islam sekiranya tiada pilihan yang lebih baik. Dr Yusof al-Qardhawi ketika ditanya apakah perlu untuk orang Islam di negara minoriti Muslim mengundi, maka jawab beliau ya, bahkan wajib untuk memilih pemimpin yang paling kirang mudarat terhadap Islam.

Tidak keluar mengundi?
Atas asas ini juga, tidak wajar bagi umat Islam yang berada di kawasan yang tidak diwakili mana-mana calon PAS untuk tidak mengundi. Tindakan sebegitu hanya membesarkan risiko kerusi tersebut dimenangi oleh musuh Islam. Samalah juga sekiranya kesemua calon adalah non-Muslim, tetap perlu mengundi atas tujuan mengurangkan mudarat terhadap kepentingan agama. Dalam situasi ini, fatwa Dr Qardhawi di atas boleh diaplikasikan.
Tuan Guru Presiden PAS menulis secara panjang berkenaan risiko menolak pilihan raya di zaman ini. Maka tidak keluar mengundi dalam keadaan demikian bukanlah satu langkah yang bijak. Jangan diingat dengan tidak mengundi kerana kesemua calon non-Muslim atau tidak layak, kalian boleh terlepas daripada disoal Allah. Sekiranya sikap kita tidak keluar mengundi menyebabkan calon yang memusuhi Islam menang begitu sahaja, kalian juga perlu menjawab di hadapan Allah nanti. Sedangkan sekecil-kecil zarah perkara pun akan disoal oleh Allah, inikan pula perkara yang melibatkan kepentingan umum.
ALANG IBN SHUKRIMUN
10 Rejab 1439 27 Mac 2018 (ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 27/3/2018
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

7 comments:

Anonymous said...

Hello Azren Liberal Pro Abuya Penang. Ridhuan Thee dah jawab


https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

ABCD = Asal Bukan Condong DAP. PH adalah milik DAP. PAN PKR dan Bersatu hanyalah khadam atau keldai mandul tunggangan DAP

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

DAP is PH, for PAN PKR and Besatu they are only stooges such of infertile donkeys a riding animal of DAP

https://www.ismaweb.net/2017/01/29/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous said...

Katakan tidak kepada DAP dan sekutu2 mereka

http://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram umat Islam bersekongkol dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Anonymous said...


Sibangsat liberal 9:38 AM ternakan puak evangelis roket ini selalu menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dengan menulis Wal Harammu, wal Halalku dalam komen 9:38 AM dll. Bahkan sibangsat ini menolak Sunnah Rasulullah s.a.w.

Allah telah menyifatkan manusia-manusia seperti sibangsat liberal 9:38 AM yang menentang ajaran Islam dan perjuangan Islam ini adalah lebih buruk dari haiwan.

Maka si bangsat liberal ini adalah setaraf dengan 'babi-babi' kaki dua ternakan sifu evangelis roket.



Anonymous said...

Moga tuan mohammad azren mendapat hidayah allah bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka sekiranya kamu muslim dan sekiranya non muslim kembalilah kepada islam bersama2 kita berjuang demi islam. Ameeen

Anonymous said...



Orang-orang bodoh yang tidak bermoral sahaja yang mengundi Pakatan Tiada Harapan pimpinan parti kafir harbi DA-Pig kerana telah terbukti pakatan ini menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini.

Ostad-ostad dan tuang punahsihat ternakan sifu evangelis roket lim gonna end seperti ostad WanG GAji dan 'meja yes boss' dalam Pakatan Tiada Harapan hanya berfungsi sebagai punahsihat 'rubber stamp' yang menyokong dan meluluskan semua tindakan anti-Islam pemimpin-pemimpin kafir harbi DA-Pig dan khadam-khadamnya tanpa sebarang pertimbangan yang wajar.

Contoh sikap anti-Islam Pakatan Tiada Harapan pimpinan pemimpin-pemimpin evangelis DA-Pig:

(i) menentang, mempersenda, menghina atau memburuk-burukkan menghina ajaran Islam seperti azan, pembinaan masjid, pakaian menutup aurat wanita, khutbah Jumaat dan khutbah hari raya, fatwa seperti fatwa melarang sambutan valentine day, undang-undang Syariah seperti Hudud, ulama Islam dan mufti, institusi Islam seperti mahkamah Syariah dan jabatan agama Islam, Perlembagaan Persekutuan seperti parkara 3(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan , pindaan RUU355, dll.

(2) mempromosi, menyokong dan membela pelbagai bentuk kemungkaran, kesesatan dan murtad seperti pesta arak terbuka, atheis, LGBT, ajaran sesat seperti Qadiani dan Syiah, kebebasan untuk murtad dll.

Ulama-ulama, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli yang beriman pasti akan meninggalkan Pakatan Tiada Harapan pimpinan puak evangelis untuk menyertai perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Marilah kita semua umat Islam bersatu padu dan kembali kepada ajaran Islam dan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails